Friday, 30 December 2011

cuci mata

semalam nuha search google images untuk garbar wedding dress. so marilah kita mencuci mata di hari jumaat ini. xde kaitan



suka tangan dress itu



3d flower




bunga itu



dress yang bertingkat-tingkat itu



lace






sweet je tengok



kebaya dress kah ini



simple



kain leret-leret sket








hm..ape ye design yang seswai dengan badan 'pisang' ku ini dan ketinggian yang tak tinggi nih?

Thursday, 29 December 2011

bentuk badan

sekarang nuha da start berimaginasi tentang design wedding attire. cewah.
google images search wedding dress tetibe terjumpa ni pulak


macam-macam buah ada

ada pisang, epal, pir dan hourglass yang ni bukan buah. so kesimpulannya ni sini ialah ketahuilah bentuk tubuh badan kita sebelum berangan akan design baju kawin kita.
mine??
banana kot...

hantaran for him

senarai hantaran dari nuha kepada encik aziz;

1) ring
2) sireh junjung
3) bahulu special from ibunda terchenta
4) sandal nike
5) netbook (done)
6) jam tangan
7) belt & wallet (done)
8) levi's jeans
9) ___________


ada lagi satu empty dulang. nuha suggest letak external harddisk memandangkan kami dah beli netbook. kalau tak letak kat dulang hantaran pon still akan beli juga. atau kalau nak reduce budget, mungkin boleh letak chocolates or fruits. lalala~~~~~ >.<

Wednesday, 28 December 2011

design kad kahwin

quick update. hari ni nuha mc. demam. da puas tido mengadap lappy and buat ape-ape yang patut. hehe. nuha plan nak design sendiri kad kahwin pastu hantar print. hopefully printing cost tak tinggi  sangat. bagi teaser sket proses pembikinan design kad kami.

si rabun IT guna adobe photoshop



p/s: mana ye boleh dapat printing murah-murah?

Friday, 23 December 2011

short date with amy

salam b2b. hari rabu (kelmarin) nuha and housemates (all my housemates are b2b too) arranged a short blind date with the owner of absolutelygorgeous, amy. kami gerak around 8.30 dari ampang. sebelum tu teman housemate jumpa tailor dia di Ampang. Just imagine bari Bangi ke Ampang pastu ke Giant Kelana Jaya. tegar tak tegar tak? haha. we met around 9.30 pm kat KFC. Amy dengan fail, planner dan 2 beg kasut sample. business women katekan.. :)



amy (tudung rusty pink), housemate + fiance & housemate (tengah pegang kasut)




ini kaki saya. sebelah lain sebelah lain





ops, small kaki


amy bawa lebih daripada 4 pasang kasut sample. honest comment: kasut-kasut amy memang sangat sangat dan sangat comfortable. sangat selesa. rasa macam diri atas sponge.

boleh tengok koleksi kasut amy kt blog beliau http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/
contact amy at 013-7694136

perihal kursus kahwin

salam. bulan 12 dah nak melabuhkan tirai.. 2012 dah nak sampai. ok nak cerita pasal kursus kahwin. actually kami plan nak pergi kursus kahwin dalam bulan 1 tahun depan tinggal berapa hari je lagi.  google2 jumpa contact number kursus kahwin..bila call tanye kursus untuk bulan Januari, encik tu kata date yang kami nak tu still available. diorang just tak open lagi date tu di blog sebab maybe harga akan jadi RM150/ orang untuk kursus 3 hari termasuk qiamullail.


so kami tak jadi nak amik date tu and book another date which is in december slot. sebab kami lebih prefer course mode sekarang. lebih murah (RM80 seorang) dan cover 1 and half day je. kalau sampai 3 hari course mungkin kami kena apply cuti and memandangkan encik aziz saya nun di Pasir Gudang yang jauh... 



so insyaallah kami akan attend slot 31 dec & 1 Jan di Presint 9 Putrajaya :)


kami register di pusat kursus pra-perkahwinan islam. diiktiraf jawi/ jakim. Ada banyak pusat kursus beloh pilih; Setiawangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Masjid Negara, LPPKN, Pasar Seni, TTDI, Cheras, Maluri, Putrajaya dan Bandar Tasik Selatan.
nak link Pusat Perkahwinan dan Kursus Kahwin 1Malaysia? klik sini

Tuesday, 20 December 2011

~Pemenang Giveaway:Stunning Me!!by Qaseh Elyn~

da lame tak ber-blog-ging, tak perasan elyn dah announce pemenang untuk giveaway yang elyn buat. nuha buat entry ni untuk join giveaway elyn. bila baca entry winners for the giveaway..baru perasan ada namaku di sana. nuha menang tempat ke.....
......
...
..
.
.
.
x de tempat pon. hehe. nuha dapat voucher 50% for any of elyn's product. huhuhu. macam x caye je.


~ saya menang voucher~


walaupon x menang tempat pertama or kedua or ketiga ke... tapi seronok jugak sebab tersenarai. first time 'menang' contest. alhamdulillah...

pasni nak deal dengan elyn further tentang voucher ni.  

RM100.00 jer pre-wedding photoshoot

pagi ni nuha nak berkongsi something. one of my bestfriend (shereen) sekarang dah mula kalut2 survey sana sini untuk majlis dia yang akan berlangsung September 2012. mine will be awal september and her's will be end of the month. nuha ade tolong-tolong dia survey jugak. shereen ada bagitau nuha yang one of the photog yang dia meet, ada yang buat promo pre-wedding photoshoot dengan harga RM100.00 macam tajuk entry di atas.

rasenye semua b2b suka beli barang/ service dengan harga yang murah kan? nuha pon tak terkecuali. bagi yang ber-budget besar tu, kalau dapat yang murah mestila suke, tapi kalau takde yang murah harga yang standard pon diorang tak kesah, betol tak?

bile dengar my bestfie kata gitu, nuha pon try usha kat fanpage photog yang dimaksudkan. memang ade promo!!! so photog yang dimaksudkan ialah peveyheck.com wedding photography and cinematography studio. peveyheck buat promo ni untuk train diorang punye junior. promo ni ade term and condition jugak:

  •  props sendiri
  • customer sanggup jumpa and discuss dengan peveyhack
  • lokasi ditentukan oleh peveyhack dengan persetujuan customer
  • shooting in january
  • customer kene provide makanan untuk photog
  • shoot and burn sahaja no editing
  • terms lain x ingat

apa yang perlu dibuat ialah emailkan nama penuh, umur, status, phone number, facebook id and email address ke admin@peveyhack.com


nuha tak sure peveyhack and buat pemilihan based on what criteria, tapi hanya 4 pasangan sahaja yang akan terpilih. kepada sesiapa yang berminat, mari kite try. tarikh tutup sebelum 24 Dec 2011. cepat keh!!

Wednesday, 14 December 2011

silent mode

da lame tak buat "new post". kalut dengan final exam dan assignments. thanks god, exams dah habis sabtu lepas. sekarang tinggal 1 lagi assignment but so call "mini thesis" to be submit before 20th Dec. nuha akan pastikan assignment itu di-email dan dipos kepada lerturer tersebut by this week. pastu boleh buat wedding preps sementara ada semester break ni. can't wait~~   >.<


nuha... go go jiayou!!!

Saturday, 10 December 2011

~GIVEAWAY: Stunning Me!! by Qaseh Elyn~

salam bloggers & B2B..
seperti tajuk entry di atas, Qaseh Elyn adalah produk Veil+inner dari Elyn Creation :)
jadi utk mempromosikan Qaseh Elyn, tuan punya badan Elyn ada membuat giveaway untuk B2B dan 3 org akan dipilih sebagai pemenang..

~ Badge Giveaway ~

~ Syarat2 pertandingan ~

nota kaki : bole copy badge di atas ye :)

sebarang pertanyaan bole emel terus ke elyncreation@gmail.com


so nuha pon nak cuba nasib jugak. why not ye x? sambil2 bercerita tentang impian tudung dan veil, boleh masuk contest ni jugak. mari bercerita pasal angan2 tudung dan veil nikah nuha. kenapa pilih untuk cite pasal tudung dan veil nikah?


sebab baju nikah je yang akan menjadi hak milik kekalku. means... beli kain dan hantar tempah sendiri. pas nikah bole simpan forever and ever. kalau baju untuk reception pulak nuha akan sewa je, sepatutnya da siap sekali dengan veil la kot kn. unless nuha kurang berkenan dengan veil yang disewakan lalu dan lantas nak diy sendiri.


berbalik kepada angan2 tudung dan veil nikah nuha. tudung nikah kalau boleh nuha xnak guna tudung yang ada awning. ramai b2b kate susah husband nak kiss dahi kalau pakai tudung ade awning. ye ke?? x kesah la susah nak kiss ke x. nuha just kurang gemar pakai tudung awning. so xmo tudung yang ade awning.


tudung awning era fazira


untuk material tudung pulak, nuha suke kalau guna kain chiffon. macam gambar tudung era fazira and gambar kt bawah ni. rasa macam ayu je konon walaupun x ayu langsung kalau guna chiffon.



so sweet


so kesimpulannye tudung nikah: material chiffon and no awning 
next is veil nikah. sebenarnye nuha sangat sangat dan saaaannggaaaat suke veil yang ade patch 3d flower macam veil nikah elyana ni. comel...










close up 3d flower @ elyana veil


bile bercerita dengan kawan-kawan pasal veil 3d flower ni, boleh-boleh pulak kawan-kawan kate macam batu karang. apakah?? lagi kronik bile ade yang kate macam tumor di kepala.. hahhhh?? banyak orang banyak jugak seleranya kan? xpe2...


pastu nuha suke jugak kt veil yang sarat dengan patch lace and manik-manik kat part atas veil tu. kalau veil tu da sarat, x guna accessory pon xpe.ha..betol tak betol x?? cepat kate betol



patch @ veil siti sarah



veil nikah diana rafar


close up veil nikah diana rafar


selepas ditimbang-tarakan dengan penimbang angan-anganku, nuha rase macam nak veil nikah macam diana rafar ni.
veil patched with lace and beads.
sonang... x yah pakai accessory. setel. last sekali, panjang veil. jom tengok berapa labuh veil nikah elyana.



patch sampai hujung veil


panjang ke kaki rupenye veil elyana ni. mine wouldn't be that long. tidak akan. kerana hamba sudah la kesilll (kecik) nanti kalau panjang2 gitu serupa berumbai2 plak kot. ape tu berumbai2? adik-beradik serabai, serabut, berselirat...kot? so
panjang/ labuh veil nikah nuha akan jadi paras pinggang
 je. lebih kemas dan comels :) 


semua angan2 ni insyaallah akan direalitikan dan dijerumuskan dalam projek diy. uhuuu..nervous. tangan da la langsung x berseni. tapi nak jugak buat untuk mempuaskan hati sendiri. heheh. sekian saje cerita impian tudung dan veil nikah nuha.


p/s: kalau ada orang tolong diy-kan untuk nuha kan best. and that is why nuha join contest Qaseh Elyn nih :)









Wednesday, 7 December 2011

1st trial

salam. 
entry ni da seminggu berstatus 'draft'. hehe. kalau sape-sape b2b yang jadi follower kina mesti kenal dengan menu label dia diy 

menu label kina


kina dengan bermurah hati siap share kat sape2 yang berminat nak guna bracket ni untuk projek diy masing-masing. so nuha pon download je tanpa motif. kalau kina guna adobe illustrator untuk 'buat' bracket ni, nuha guna paint je. paling rabun IT la katekan. sume pon x reti pakai. paint je yang nuha reti. sadis. 
dan hasilnye...



my 1st trial


tukar kaler yang kina guna kepada kaler ni. kaler orange tu patutnye nuha nak kaler peach tapi dalam paint ade kaler orange je. haishhh. takpe2 tunggu habes final exam nuha nak try guna software yang canggih2 sket. tengok nanti bole jadi seperti yang diingini ataupun tidak. ganbatte nuha!!!

nak bracket ni jugak? 
boleh click kat sini


Tuesday, 6 December 2011

budget kahwin

salam b2b and readers. mari mengira budget kahwin masing-masing. actually nuha dapat format budget kahwin ni dari kina. she inspires me a lot. kina ada letak file budget kahwin ni kt blog dia. ingat nak share jugak tapi x reti macam mane nak buat. rabon IT katekan.


ok kenapa kite kena ade budget ni? bagi yang ber-peruntukan besar untuk wedding mereka, budget ni mungkin x berapa nak penting sebab duit tak jadi isu. but still..macam perlu ada jugak just untuk track the money flow. untuk b2b yang budget macam nuha ni, sangat dan amat penting untuk mewujudkan budget ni supaya boleh maintain bernafas tanpa tercungap-cungap dan pengsan. fuhh


kalau men bantai agak-agak gitu je, end up takut terduduk sebab salah budget. so ni roughly budget kahwin nuha. final figure telah di-blur-kan sebab malu. hehe.



my wedding budget



ni pon x betol-betol kira sesatu lagi. ade 40% lagi nak kena fill in betol2. nuha kira bernasib baik sebab banyak jugak yang ibunda ku tercinta sponsor. huuu...antara perkara yang ada dalam budget ni macam majlis akad nikah, barang-barang hantaran, baju keluarga, reception, door gift and etc. bole guna je format ni and kalau ade additional item boleh tambah je. sonang.


so kepada sesapa yang nak format budget kahwin ni bole email kat nuha : hayatihanisah@gmail.com ampunn sebab kerabunan IT atau boleh direct download dari blog Puan Kina kite :)

Monday, 21 November 2011

projek aidiladha part II

salam & happy monday. da lame tak menaip di blog. harini nuha nak sambung cite pasal projek cengkerang aidiladha kt entry beaches maraton. a day after maraton tiga pantai tu, nuha pegi lagi Pantai Pengkalan Balak. masih dengan tujuan yang sama..kutip cengkerang. he3. this time pergi dengan encik aziz. 2 in 1. 
dating + kutip cengkerang = kami. cewah3 


encik aziz saye :)





tengah-tengah kutip cengkerang ni, my handphone murah berbunyi. my mom call. "kakak kat mane tu?" "orang kat Pantai Pengkalan Balak" "Bertuah punye budak, lagi hitam la kakak dok kat pantai tu". 
"cis..." <--- monolog dalaman


pengutip cengkerang tegar - macam nenek bongkok tua da ha


penat sebenarnya terbongkok-bongkok macam nenek tua ni. lenguh2 kaki. bersyukurla kite sebab tak bongkok. pastu orang-orang yang lepak-lepak kat pantai pon of course la pandang ape yang dua orang ni buat kan? malu memang malu..ciyes. tapi bile fikir balik, lantak la nak malu ape, bukan ade orang kenal pon. kalau malu, macam mane nak dapat cengkerang? betol tak betol tak?



pengutip gigih



tadaaaa...hasil kutipan


tengok tu... kami dapat kumpul 1/3 dari dustbag. ok la tu dari hari sebelum. sangat bangga okeh ;)
p/s: hitam sangat ke diri ini?? sob3

Thursday, 17 November 2011

cake house / cake maker @ melaka

salam & happy thursday. happy sebab esok dah jumaat :)
i was thinking to order wedding cake @ melaka. easier ait.
kat area selangor ni memang banyak sangat x cukup jari nak cari dan kira cake house & cake maker yang wujud. tapi nuha concerns more to make me easier. x yah kalut2 + renyah2 nak bawak kek dr selangor ke melaka. 


google punye google..teeeettttt..ade la 8 cake maker yang bertapak di Melaka telah dijumpai.
check it out!



King's Confectionery Sdn. Bhd.
Tesco Melaka

Sweetberry Bakery & Cafe
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh
06-232 8500
013-610 1959

Shyieda Home Bake
kayshyieda@yahoo.com
017-6992422

Anis bakery.net
anisbakery@line.com.my
019-379 7569 / 019-255 4537

Shys Home Made Cakes
012-461 1210

Delicious Cakes at Melaka

Isza Home Bakery
Taman Bertam Jaya, Cheng, Melaka
iszahomebakery@yahoo.com.my
012-312 4025

Kissa & Rayyan My Little Cupcakes
strychnime98@yahoo.com
017-706 2195 Mrs. Siti Nur Hawa



nuha x survey-survey pon lagi harga dan rase. baru cari2 contact je. ni pon 8 je dapat. sape2 yang nak share lagi cake maker @ melaka, adalah sangat2 dialukan~~

lawatan ke ikea

salam.. rase semakin longlai buat assignment tengah2 malam ni.
tapi bile tulis entry automatic jadi segar bugar! hehe


last sunday en. aziz telah memenuhi wishlist nuha
iaitu seperti yang tertera di tajuk entry: melawat ikea 
(maklumla nuha x penah pergi ikea) ooowwwwhhhh... tepuk dahi. malunye


motif pergi ikea??  
saje jalan2 jangan orang sadis bile dengar nuha x penah p ikea


penat jugak la tawaf satu ikea tu. barang2 yang dijual boleh tahan canggih. 
sangat impressed!!
gambar x banyak amik sebab camera tinggal dalam keta. ni pakai phone camera en. aziz je



side table paper lantern lamp. berangan nak diy sendiri. bule??? ;p




flat tv on the wall


from our point of view, cewah macam tulis report plak barang-barang yang dijual kt ikea. eg: furniture, bedroom set, kitchen, etc
were specially designated for limited space areas. ruang2 kediaman yang x bape nak besar.
canggih2 design2 yang ade <--- jakun


sekalung terima kasih kepada en. aziz yang sudi merealisasikan salah satu wishlist saye. next will be... ... ... ... ... sogo. bole???
;p

Wednesday, 16 November 2011

FREE wedding guestbook - SCRAPAPAPERCLIPS GIVEAWAY


    

scrapclips - the creative projects of farah diyana azizan

salam all..first of all thanks to kina yang tulis entry pasal scrapapaperclips ni.
sape scrapapaperclips ni? ape service yang dia offer?
ok let me brief: she is farah diyana azizan, provides handmade wedding
favors, greeting cards, gift and also digital design to photograpgy.


scrapapaperclips just launched new website and she will give her FIRST GIVEAWAY
just to promote and launch her artwork and website.
so lets check the giveaway details and the term and condition~~



GIVEAWAY !!!!
Closing this Thursday (17 November) 12pm noon.
A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding !!!!!!
worth RM180  




pemenang akan dipilih melalui random.org pada hari jumaat pagi = lusa 

Apa yang kite perlu buat :
1. Jadi follower scrapapaperclips
2. Sebarkan berita menerusi entri blog anda dengan tajuk SCRAPAPAPERCLIP GIVEAWAY dan link post tersebut kepada beliau
3. Tinggalkan komen anda di sini bersama2 link yang anda post beserta alamat email 
4. SIAP!!! 


this will be the first contest i join. :)
mari la sesame join..mane tau ade rezeki..

Saturday, 12 November 2011

Hantaran for ME

salam. pagi ni xde mood nak buat assignment.
mari membuat checklist barang-barang hantaran dari dia kepada nuha

  1. sireh
  2. cincin / gelang (untuk batal air sembahyang)
  3. duit hantaran (yang ni tak sure masuk skali dalam dulang ke tak)
  4. camera nikon
  5. produk innershine
  6. kasut (ni nak pakai untuk sanding & bertandang - jimat)
  7. buah-buahan / coklat

memula plan nak bagi 5 dulang berbalas 7 dulang
tapi mak kate sikit sangat. so up lagi 2 dulang
setakat ni baru ade camera nikon je.
yang lain sume x wujud lagi. hehe

Friday, 11 November 2011

progress - misi tambah berat badan

salam. sejak beli weight scale hujung bulan lepas, 
hari-hari balik dari kerja nuha mesti naik atas penimbang tu.
nak tengok berat naik ke tak. rase macam da makan banyak. cewah

setakat dua minggu ni (termasuk raya haji), berat nuha masih same.
maintain..orang bese kalau balik raya kat kampung berat naik.
nuha ape kes??



google image - don't try this. membazir beli pastu  nak hempas :)



geram sangat berat x naik2.
satu petang yang x berapa nak indah, nuha timbang cam bese; 34kg.
dalam hati cakap "ooo..xmo naik ye, meh sini aku timbang dengan beg2 aku sekali"
mase tu ade 2 bag - 1 handbag & 1 beg fail2 assignment

hamek ko nuha... 40kg
yahuuuuu.... suke3
seronok jugak walaupon tipu. hehe

final exams VS company annual dinner

  VS


pagi tadi my colleagues sebok dengan annual dinner survey
company annual dinner akan diadakan pada 3 December 2011 = Sabtu
bersamaan dengan 3 & 4 Dec nuha ade FINAL EXAM
macam xde date laen je :"{


tengok2 kertas survey tu...
HR Dept 4 orang je yang tick kt column x pegi
and one of them is me.
ohhh~~ sangat sedih dan mensayat hatiku ini


beberapa suara kedengaran mase nak pangkah survey
ade yang kate: exam? kalau i memang i priority-kan
exam > dinner
ade plak yang kate: ala rilek la..ko study la awal2


kalau ikutkan exam 4 Dec tu just presentation je.
3 Dec je yang ade writing exam


macam2 opinion..tapi kalau kantoi satu subject,
sape nak tolong bayar RM1200++ untuk repeat paper??
boleh buat wedding project tuh
mase lagi..penat lagi..delay convo + delay nak pegang transcript MASTER
macam2 delay lah kesimpulannye



tapi x nak miss dinner :"(




Wednesday, 9 November 2011

GOSSIP AIDILADHA

salam.
aidiladha baru je lepas. cube try timbang berat..bertambah ke x??
haruslah same aje. haish.

ok back to the topic: gossip aidiladha
malam kite semua beraya haji tu, busu ade buat kenduri
sempena raya korban. jumpa sedara-mara & sepupu sepapat.
[bile lagi nak ketemu sedara-mara kan]

nuha jumpa cousin yang dah membina masjid last May.
she is preggy~~ dah nak masuk 5 bulan.
cepat je rase mase bergerak.


nak jadi citer... my cousin ni pon tanye
dah survey2 ke nk amek pakej dengan sape,
kt mane butik dia, harga macam mane, mane jumpe,
dan lain2 soalan yang berpatutan.
nuha pon jawab je sume. tetibe dia cakap,


"jangan amek ANIS BUTIK yang kat bukit katil tu k"
ANIS BUTIK bukan nama sebenar 
nape kak, ade orang terkena ke? <-- nuha tanye
"akak sendiri yang kene mase tunang okeh. da la dia guna fake eyelash murahan je.
siap mintak pulangkan balik lagi tuh" <-- cousin cakap


o OOOO...
kebetulan bukan Butik Anis yang nuha nk hire
so kurang sket tahap kerisauan


sudahnye sampai nak bersalam mase balik pon cousin tu bagi amaran lagi
JANGAN AMEK BUTIK ANIS tu.
menakutkan saye saje...!!!


semoga nuha membuat pilihan yang betol.
amin...




google image - kucing yang ketakutan