Wednesday, 30 May 2012

wordless wednesday

met Rosyam Nor at Lapangan Terbang Miri last Sunday.
terasa mahu pengsan!!!




oh i am short


Tuesday, 29 May 2012

teaser: 3 in 1 wedding shoes

salam. nak teaser kasut nuha.
terasa tinggi banyak bila pakai kasut ni.. huhhu.



 



warna: off white
tinggi: platform 2", heels 5"
material: satin gred tak tahu. he 


suka bila beli barang dengan harga seperti dalam budget kita.
bye!

Friday, 25 May 2012

wedding shoes

selamat berhari jumaat. esok nuha akan terbang ke Miri, yeayyy!. okeh. lama tak update blog dengan entry baru. nuha dah semakin sibuk dan kalut dengan final projek. tak belajar tergedik-gedik nak sambung belajar. dah belajar tak sabar-sabar nak habis belajar.. 


last time nuha post tentang design kasut yang nuha ala-ala suka.
finally nuha pilih design begini...
.
.
.
.
.

design sama seperti ini, tapi warna lain

 
kasut ni dah siap since last month. tapi banyak sangat aral melintang pukangnya malas nak cerita panjang.. jadi sampai hari ini tak ambil-ambil lagi. insyaallah minggu depan baru ambil. harga insyaallah masih dalam budget nuha. nanti nuha share nuha tempah kat mana kalau harganya berpatutan okeh.



da~~~



pssst:: sedih pulak nak berhenti kerja

Tuesday, 22 May 2012

DIY: penunjuk arah

hye.
presenting my signage a.k.a penunjuk arah ke rumah pengantin.
ada 6 anak panah ke kiri dan 6 anak panah ke kanan.
saiz A3 berlaminate. background kad jemputan kami.



 
print screen saje ye kawan-kawan



kenapa ye nuha buat penunjuk arah ni awal gile?? guna harta office sebelum berhenti kerja. sangat teruk! tapi buat jugak.


nota kaki: kira betul-betul berapa penunjuk arah yang perlu disediakan. minta adik atau ahli keluarga double check supaya tiada lokasi yang tertinggal.


Friday, 18 May 2012

diy: rubber stamp

happy friday :)
quick update. nuha dah tempah rubber stamp.
sekarang nak tayang rubber stamp kami. hehe.


left side ye..yang kanan tu map


cute tak? haha perasan sendiri. actually bukan 100% diy pon. nuha design then hantar kedai minta buat jadi rubber stamp. harga: rm18. yang kanan ber-highlight warna oren tu nuha tengah kira berapa signage nak pacak kat tepi-tepi jalan.



bye!

Tuesday, 15 May 2012

ukur-ukur lagi

salam & hai.
masih nak share kejadian beberapa hujung minggu yang lalu. gambar lambat dapat. maklumla nuha tumpang ambil gambar guna phone camera orang. diri sendiri pakai handphone RM100 je. nak bawa dslr terasa over. he.


kami (nuha & tunang) dah walk-in butik pengantin vendor majlis bertandang kami. it was not my first time nuha ke sana. nuha dah ke sana untuk kelas make up FREE yang nuha cerita here
aktiviti di lokasi vendor: ukur-ukur baju di badan sendiri, discuss theme colour & discuss design baju dan aksesori. perbincangan berjalan dengan lancar. 



i like the sketch


vendor kata kadang-kadang warna yang kita tengok dalam gambar tu dah siap-siap kena edit or pencahayaan gambar tu sendiri. susah nak dapat exact colour yang kita nak. vendor suggest dia pergi collect sampel kain dulu and bagi kami pilih warna yang kami nak then baru diorang proceed beli kain. at first nuha setuju but lastly nuha tinggalkan warna contoh dan minta mereka beli warna yang paling hampir dengan contoh nuha. cos i feel like wasting our time. bukan masa nuha dan tunang je, masa vendor juga. tawakal. hopefully dapat warna yang kami mahu.



the waistband



tangan dress putih itu


tunang cuba baju contoh


so far PR vendor amat memuaskan. kami janji untuk fitting baju awal bulan 8. tak terlalu cepat and yet tak terlalu lambat kot??

tata~

diy: design veil nikah

salam.
cerita tentang veil lagi.. maksudnya veil belum siap. haha.
siapa-siapa yang kenal nuha dari azali (bukan dari blog) mesti tahu yang nuha BOLEH menjahit. BOLEH menjahit tak bermaksud pandai menjahit ye kawan-kawan. setakat jahit baju kurung sendiri tu boleh la.. dan nuha tak kreatif. amek idea orang dan buat sikit-sikit..that is me.


same goes to my veil. nuha banyak tengok entry chantek by as dan cik lijah. they both are my inspiration in diy veil. thank you dalings~~!! so at last nuha buat design veil macam ni.



sketch macam kanak-kanak tadika


nuha dah patch lace yang telah ditambah pearls kat kain chiffon. 85% done. sekarang nuha tengah terhegeh-hegeh buat poddle flower. nak patch few poddle flower atas veil then nak add some more pearls...



bye-bye.

i got a new job!

assalamualaikum.
mari berkongsi kegembiraan. beberapa minggu lepas nuha pergi interview kat satu company di shah alam hicom glenmarie. seminggu lepas tu dapat call dari HR company tersebut offer me for that vacancy.
no other words except alhamdulillah..


rezeki nak kahwin?? mungkin ye dan mungkin tak. gaji is not my first consideration. nuha tutup mata pasal gaji. as for me, my career development is the most important thing. if i don't grab the chance now.. bila lagi?? future investment. bersakit-sakit sekarang bersenang-senang kemudian, insyaallah.


banyak perancangan yang berubah dan perlu dirancang semula. penat + malas nak berpindah-randah?? absolutely YES tapi kalau nuha sentiasa rasa macam tu nuha takkan kemana-mana.



ya allah, permudahkanlah semua urusanku... amin.

Thursday, 10 May 2012

birthday present: met my bridesmaid

salam.

bff


last week birthday nuha. tunang tolong bawak a.k.a drive nuha jumpa kawan baik nuha merangkap pengapit nuha nanti. sebenarnya dalam hati nuha nak juga ada bridesmaid @ dayang-dayang berbusana seragam mengelilingi nuha masa majlis akad nikah. macam pengantin-pengantin selalu buat tu.. tapi macam tak praktikal pula memandangkan ruang rumah yang agak terhad. memadai dengan adanya seorang dayang yang akan escort nuha during event..dan ini la orangnya..bff nuha :)


bff nuha belanja makan chicken rice shop as birthday present setelah nuha paksa. haha. see the differenct of size between us? nuha sangat kecik dan comel..this is one of the major reason kenapa nuha beria nak tambah berat badan. kononya nak bagi balance siket dengan bridesmaid. tapi macam takde hasil je.. 


;p



Wednesday, 9 May 2012

diy: kad kahwin - initial stage

salam. 
baca tajuk entry: INITIAL STAGE. what?? nuha mengaku persiapan majlis nuha agak perlahan. 
tapi takpe. ganbatte nuha!! 


dua tiga hari ni nuha selalu tidur lewat sebab stay up 'buat' design kad kahwin kami. dulu ada nuha minta kawan-kawan tolong buat. tapi macam tak nampak hasil..sekarang nuha terpaksa decide untuk buat sendiri. sesiapa yang ikut catatan blog nuha daripada awal mesti tau yang nuha ni gila buta IT. 


so dua tiga malam ni nuha sebenarnya bukan 100% buat design kad kahwin. sebenarnya lebih 65% nuha belajar guna adobe photoshop. 


cikgu saya: youtube


nuha search tutorial kat youtube. tengok youtube siket, pause then buat siket. walaupun nuha tak 100% faham, tapi video-video kat youtube memang banyak membantu.



sikit-sikit lama-lama jadi bukit. tapi momentum kene tinggi. masa dah tak banyak


cover depan kad dah siap. esok nak tunjuk kat tunang. kalau tunang nuha approve, boleh la proceed printing. interlay baru 50% siap. nuha tunggu tunang siapkan map kami. cubaan nuha untuk buat map [klik sini] dah terkubur. hehe.  


ok bye
>.<

Monday, 7 May 2012

my semester IV begins


salam. harini nak buat sesi luahan perasaan.


 
well, as expected. nuha dah tak harap kami (nuha and coursemates) akan cuti lama. awal-awal lagi kami dah dapat jadual tri-semester ni.



cuti tiga minggu pastu mula sem baru = minggu ini. dush dush hantuk kepala kat dinding. baru nk feeling feeling free dan fokus wedding preps.


kelas nuha sampai awal bulan 8. after that of course sibuk pening-pening dengan research report. awal bulan sembilan dah nak majlis. sempat ke nak catch up semua diy projek nuha? berangan tak hengat nak buat macam-macam projek diy ala-ala tak sedar diri. malu nak listkan kat sini. takut tak menjadi. sebagai fasa awal dalam menangani stress antara pelajaran dan persiapan kawin, nuha prioritikan projek diy yang penting-penting dulu. dapat buat yang penting pon jadi la. [contoh diy penting: veil, detailing dress nikah, kad kahwin]. yang tak berapa nak penting terpaksa buat-buat tak nampak ;'(


selalu doa supaya nuha dapat nikmat masa untuk buat semua benda yang dah plan.
>.<

Friday, 4 May 2012

my dream giant paper rose

hye. 
nuha sangat suka dengan giant paper rose and planned nak buat jadi salah satu pre-wedd prop. nuha beli crepe paper warna pink. pastu print heart shape and tear drop shape template.



tear drop and heart shape template


nuha minta adik tolong trace atas crepe paper. well, i should learn from own mistake. kalau tak salah tak tahu mana yang betul ye tak? sedapkan hati.adik nuha ada tanya nak trace macam mana. crepe paper kan ada jalur-jalur macam ira kain tu. nuha cakap belasah je ikut suka. bukan sikit trace atas crepe paper tu. dear drop shape ada dalam 5. heart shape ada 16 kot. saiz besar-besar plak tu. tiba-tiba masa nak regangkan sikit jalur crepe paper tu...



[salah] : ira kertas melintang


ops, salah ira la pulak!!! what to do? nuha tak tahu nak buat apa dengan 'reject' rose petal tu. sedih pon ada. rasa macam dah teliti habis tengok tutorial giant paper rose ni. bila tanya nina, baru nuha tahu yang ira crepe paper kena memanjang supaya boleh diregangkan secara melintang.




[betul] : jalur memanjang

so kepada cik-cik dan puan-puan yang ada niat untuk diy giant paper rose ni, jangan tersilap macam nuha k.
-sadis-


p/s: ira tu macam urat kain

i turned to 25 year old

happy birthday to me

happy birthday to me

happy birthday to nuha

happy birthday to me...






i don't aspect to get big present. cukup sekadar ucapan selamat daripada orang-orang penting dalam hidup ini and they did it! tengah-tengah malam dah wish, pagi-pagi sampai office dah call and sms..
terharu!


alhamdulillah... terima kasih Allah.

Thursday, 3 May 2012

teaser: plain nikah dress

hye all.


first time up entry tengah-tengah malam. excited mungkin ;p
so presenting my plain, humble, and perasan cute nikah dress...
[teaser only]


bahagian tangan baju



nuha pilih untuk buat design baju kurung moden. 2 pieces dress. labuh baju paras punggung. skirt tah berapa panel (tak kira a.k.a lupa dah berapa tailor mention dulu). material nuha guna is chiffon + satin lining with shining part inside. jadi hasilnya tidaklah terlalu bling-bling dek effect satin itu.upah jahit ialah RM220.


first time fitting semua ok except bahu. terbesar dari bahu nuha. petang semalam nuha datang untuk second fitting and terus collect. as for me tailor ni buat kerja sangat kemas, pakai pon sedap-sedap badan and terletak je. rasa macam baju ni memang ditakdirkan untuk nuha sebab memang ngam dengan badan. alhamdulillah.. :)



nuha akan diy the detailing. wish me luck. nervous nih.

Wednesday, 2 May 2012

paint

assalamualaikum :)
mengecat bilik tidur sendiri? itu yang nuha buat hujung minggu lepas.
perasaan: pppeennnaaaaattttttttttttttttttttttt. nak jimat punya pasal. sila cat sendiri ;p


 

putih macam ni..

 

nuha pilih warna putih untuk dapat effect luas dan mood ala-ala suci. haha nk muntah.
next on bedroom: curtain.


nota kaki: balance cat nuha guna untuk cat easel [klik sini]

Tuesday, 1 May 2012

labour day

selamat hari pekerja semua orang~~~
well harini mesti masing-masing ada agenda sendiri kan. nuha nak ke jakel kl. teman my bff cari kain untuk baju nikah dia. then mungkin ke ampang untuk ambil tempahan baju nikah. last week dah first fitting. 


till then. bye!


p/s: memory card kamera kena virus dan sudah diformat kembali. habis semua gambar ;(

gambar hiasan