Wednesday, 27 June 2012

Warning sign

Salam. Alhamdulillah dah dua minggu nuha kerja di tempat baru. Penat dan sibuk. Wedding preps semua pending..sibuk dengan project paper lagi..haishhh.


Ok back to the topic..nuha dah mula risau dengan salah seorang vendor kami. Petang ahad lepas, beliau text nuha tanya tentang design dan ukuran baju kami..this and that..bla bla bla... I was like....what? At first nuha dah nak marah vendor tu tapi nuha batalkan niat tu. Sabar dulu...


It was months ago..kami memang ukur dan bincang design baju awal but then she should keep the details well la kan. Takkan semua kami yang nak kena simpan kot? Siapa customer sekarang ni?


Aduh sabar je la. Weekend ni nuha nak ke butik tersebut bincang semula bagi refreshment kat beliau. Risau kan kalau situasi macam ni jadi kat korang? Tapi ok juga..at least nuha dapat catch the progress. I dont expect much from them. Takut sendiri yang sakit hati..


Bye!


ps: risau sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi :"(

posted from Bloggeroid

Monday, 25 June 2012

diy: interlay kad jemputan

Happy monday blues everyone~~ haha.
Di pagi yang agak pagi ni nuha nak share tentang satu lagi projek diy nuha yang agak mencemaskan. Kenapa sampai cemas? Apakahhhh?

Cemas atas beberapa faktor: material, kos dan kualiti.

Before that nuha cerita sedikit tentang interlay ni kepada yang tak tahu apa itu "interlay". Ke nuha je tak tahu term ni?? He.. Interlay adalah kepingan kertas di bahagian dalam kad. Kad raya, kad birthday, kad jemputan biasa ada interlay ni. Material nipis saja..kertas 70/80 gsm..

 
Design kad jemputan kami yang ada interlay juga. Nuha dengan gigih nak print sendiri interlay. At first calculate bole jimat sedikit kalau print sendiri..end up dengan masalah material (printer dan kertas), kos (ink printer dan kertas) dan masalah kualiti (kurang cun!). Tapi nuha teruskan juga print interlay ni sampai selesai. Fuhhhh...


 
Printing in progress


Done! 1600sheets kau..semput printer I. Nuha pun semput jugak


Bila dah half way print, baru menyesal sebab tak minta vendor buat sekali interlay ni..tapi menyesal kemudian mana ada hasil kan? so ini je la hasilnya. Hehe.


Daaa~~~

Thursday, 21 June 2012

promo: Mamatachi House part II

*sambungan daripada entry ini*

 
assalamualaikum.. kali ni out of wedding topic. nuha nak tolong buat sedikit promosi.
bukan promosi untuk diri sendiri ye..nuha tolong promote untuk kawan. kawan nuha baru mula business. business apa tu?







ok kawan nuha jual kain pasang, material kapas jepun. 100% original and fresh from Japan. material sangat tip top, tebal dan tak jarang. Jom, tengok-tengok lagi design lain!






kawaiiii



ini pon comel






semua pon comelsss!


nuha beli design seperti di bawah ini. support kawan, whats friend are suppose to do o yeah kn..hihhi. nuha beli 6meter. 2m untuk diri sendiri harus lepaskan diri sendiri dulu, 2m untuk emakku dan 2m lagi untuk bakal mertua. ececeh. semua orang dapat 2m saja sebab untuk bagi sorang 4m adalah diluar budget nuha. he. so nuha akan beli kain plain lagi 2m untuk setiap orang. nuha plan nak hadiahkan kat mereka lepas selesai majlis kami :)



yeah, tak sabar nak tunggu kain ni sampai mesia. dapat free gift tu
 
 
kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kain cotton jepun ini, boleh order dari Mamatachi House. jangan ragu-ragu k. firstly, sebab tokey Mamatachi House ni memang menetap di Jepun which part of Japan nuha tak hengat. Beliau sendiri yang ke kedai kain. tiada runner dalam urusan stok ya. secondly, sebab nuha memang 100% yakin dengan kualiti materialnya walaupun kain yang nuha beli nuha belum terima. SIL ada hadiahkan mak nuha cotton jepun ni juga beberapa bulan lepas. nuha dah tengok dan rasa sendiri. masa tu malu nak SIL berapa harga. sekarang dah tahu harga. memang kalah membeli, tapi takkan kalah memakai. trust me!
 
 
Mamatachi House sedang mengadakan jualan pembukaan. sampai bila nuha tak pasti. seingat nuha harga promosi kain pasang ni bermula dari RM160 - RM200++ untuk 4meter kain. cuba mention nama nuha, nama tahu boleh dapat diskaun lagi :)
Hubungi Mamatachi House untuk maklumat lanjut.
 
 
*berbusana cotton jepun kah kita aidilfitri tahun ini??*
 
 
 
 
sekian, promosi dari seorang kawan kepada kawannya.
>.<
 
 
 
 
p dot s: ok kah kak pizan??

Tuesday, 19 June 2012

prewedding: props

Salam. Sebenarnya nuha berangan nak guna banyak props untuk pre-wedding session kami. Tapi BERANGAN je la.. huhu. At last berapa je props yang kami ada.


1. diy save the date. Prop yang ni nuha dah review di entry ini dan sini



2. hand bouquet (HB). Actually HB ni Cuma ¾ siap. Nuha tak sempat dan bertangguh-tangguh nak buat cover pemegang HB. End up togel begini saja. Hehhe.

model: adik tunang


3. heart shape warna pink. Ini out of plan sebenarnya. Heart shape ni wujud sebab nuha nak buat giant paper rose TATAPI tersalah potong. Refer post [here].

owh, i am short!


Tiga je??? Memang tiga saja props kami. Kalau diikutkan angan-angan nuha nak beli apple plastik pastu nak tulis date majlis kami, nak beli payung cinderella warna putih, nak beli white board, nak beli itu nak ini dan bla bla bla dannnnnn lain-lain. Disebabkan tidak berkesempatan konon, jadi inilah hasilnya. Elok juga, kurang nuha membazir sedapkan hati.


Ok till then, bye...


prewedding: ideas

salam..refer kepada tajuk entry nuha, adik nuha pernah query apa sebenarnya tujuan pre-wedding. sebab nak menunjuk-nunjuk yang kita dah nak kawin ke?? lain orang lain jawapan dan pandangan. pada nuha itu bukan jawapannya. nuha plan nak letak sedikit gambar dalam guest book kami. dannnnn...untuk print canvas kami.



sebelum shooting, macam biasa nuha google-google prewedding ideas. jadinya nuha nak share apa yang nuha dapat google.



















































idea korang pula macam mana?
idea nuha? TIRU macam biasa.. hek hek


da~~~

Sunday, 17 June 2012

1st blog giveway by ZFCC

salam.
nuha nak join satu lagi GA. nak cuba nasib haruslah rajin sikit kan :)
sebenarnya nuha baru je follow ZFCC ni. nuha tahu dari Cik Susu. Lately nuha dah kurang blogwalking memandangkan kekangan masa yang melanda diri ini. tapi nuha sempatkan juga baca entry blog-blog yang nuha follow. Tq Cik Susu, nuha baca entry post awak tau!

antara produk yang dihasilkan ZFCC


ok tanpa berlengah-lengah lagi, here are the TnC of the GA:

1. Anyone can join this GA. Best!
2. Be ZFCC blog follower OR member of ZFCC FB page [done!]
3. Post a GA entry at your blog or FB [done!]
4. Once posted, leave your details including your name, email address, and posted link at [here] [done!]


hadiah-hadiah GA


this GA will be ended by 11.59pm, 30 June 2012. selected of winners are by random. pemenang bertuah akan diumumkan pada 7 Julai 2012. 


bye!

Saya Mahu T-shirt Bride & Groom Tu

Happy Sunday~~
harini nuha nak join GA yang As anjurkan.

click here to link to As


semak apa terma dan syarat yang melayakkan kita join GA ni;

1. penyertaan terbuka kepada b2b / x-b2b
2. Jadi follower blog As, blog Sponsor, & like FB Sponsor [done!]
3. Buat satu entry bertajuk "Saya Mahu T-shiri Bride & Groom Tu" [done!]
4. Copy and paste gambar di atas dan link ke blog as [done!]
5. tinggalkan email dan link entry di ruang komen As [here] [done!]

nuha done it! anda bila lagi??
cepat... tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Julai 2012.


hadiah berupa 50 t-shirt bride dan groom menanti pemenang-pemenang bertuah. siapa yang akan bertuah tu? 50 penyertaan pertama yang join contest ni layak dapat t-shirt ni. menarik kan?? cepat!!!



harap-harap nuha termasuk dalam 50 terawal tu
>.<



Saturday, 16 June 2012

teaser: save the date

happy holiday everyone~~ selamat berhujung minggu.
as posted in [here], ini hasil save the date kami.



one.nine.twelve


raw picture..belum edit lagi gambar ni. kalau sempat nuha akan edit sikit. kalau tak ini saja hasilnya. 



any comment???

Thursday, 14 June 2012

Barang hantaran: CHECKED!!

salam.
just nak share kat pembaca (kalau ada yang sudi baca). barang-barang hantaran kami sudah complete (klik SINI untuk list barang hantaran) lepas nuha collect wedding shoes nuha as posted HERE. cuma yang tinggal hanya barang-barang yang perlu disediakan menjelang majlis nanti eg: sireh dan makanan.

sebenarnya kasut atas dulang hantaran nuha plan nak guna waktu bersanding. previously tunang nuha setuju untuk bawa hantaran waktu nikah tapi bila nuha utarakan semula isu ni miggu lepas jawapannya dah tak sama. aishhhh..ini la salah satu sebab nuha suka post progress persiapan dan perancangan kami di sini. bulan lepas jawapannya A, bulan ni jawapannya B. so as perlast week tunang nuha tak setuju barang-barang hantaran semuanya dibawa waktu nikah, nak bawa waktu bersanding katanya.



jadi macam mana dengan perancangan 3 in 1 wedding shoes nuha? kasut tu takda isu untuk majlis bertandang tapi ada isu untuk majlis bersanding. kasut apa nuha nak pakai waktu bersanding kalau waktu bersanding kasut tu ada atas dulang hantaran? apakah??  (sepatutnya kasut tu as salah satu barang hantaran, kasut bersanding dan kasut bertandang)



so bila tunang nuha cakap begitu, nuha terpaksa keluarkan kasut daripada senarai barang hantaran dan sebagai balasannya nuha minta tunang TAJA satu barang untuk gantikan kasut. puas hati aku hahaha


ok boring entry ni takda gambar. bye!

Wednesday, 13 June 2012

Diy: Save the date

Assalamualaikum & hai.
Harini nuha nk share diy save the date. Lain orang lain selera dan cara. So ini taste dan cara nuha J

Bahan-bahan utama:
Sebatang berus
Water color buncho 2 botol
Tali (lebih kurang 1.25 m – 1.5 m)
Template nombor
Kotak terpakai
Masking tape

 
Ok firstly nuha print nombor muat-muat saiz kertas A4. after that potong nombor-nombor tersebut.

potong ikut nombor yang telah diprint


Then trace nombor atas kotak terpakai dan potong ikut suka. tak perlu betul-betul ikut shape nombor lagi. Part ni agak penat dan melenguhkan tangan sebab kotak kan tebal. Dah siap potong ala kadar bolehlah warna guna buncho. Nuha pilih warna kuning. Nuha tak cairkan pun buncho tu sebab memang dah cair. Barang-barang sekarang tak macam barang dulu. Rasa dulu masa kecil-kecil nuha siap cairkan lagi kalau guna warna buncho tu. Ok abaikan..


 
selesai mewarna baru potong betul2
-betul ikut shape nombor

 
Untuk mengurangkan masa mewarna, nuha guna berus cat. Yup, berus mengecat. nuha guna berus cat kecil yang biasa orang guna untuk cat bahagian-bahagian kecil a.k.a rumit eg: tepi tingkap @ tepi pintu. Cepat je siap.
So roughly kos nuha spent:
Berus: RM 0.90
Water color buncho: RM 3.00
Tali: - barang office
Template nombor: - print di office
Kotak terpakai: - guna cover kerusi
Masking tape: RM1.50 (tunang belanja)

Total: RM 5.40

cover kerusi - lebih kurang macam kotak. janji keras

 
Idea save the date ni nuha cilok daripada gambar ni ;p


 
kerja-kerja ni pon adik nuha contribute sama. tq adik.
bye!

Tuesday, 12 June 2012

new employee

*entry tanpa gambar*


salam dan hai. peh lama gila tak update blog. blogwalking pon lagi la ke laut. last week nuha cuti. SEMINGGU okeh. sangat heaven. nuha balik kampung 4 hari..hari-hari selebihnya nuha selesaikan urusan mengemas rumah dan pindah-randah. oh ya, nuha dah move to Shah Alam.


one more thing, nuha dan tunang dah berjaya melepasi ujian saringan HIV. kami buat di Klinik Kesihatan Kuala Selangor. kami walked in je that day. tiada appointment. previously nuha memang ada call tanya perlu ke buat appointment. jawapannya adalah TIDAK. sangat mudah..datang, ambil darah, hantar ke makmal dan tunggu result boring, dannnn setel!


nuha survey dua Klinik Kesihatan: Kuala Selangor dan Bandar Seri Putra. Kuala Selangor boleh buat HIV test Isnin - Jumaat. tapi, Bandar seri Putra Isnin - Khamis saja. persamaannya adalah: saringan hanya dibuat pada sebelah petang sahaja. so kepada yang merancang buat menjalani ujian HIV, rancang cuti anda (kepada yang bekerja).


jadi apakah kaitannya cerita nuha dengan tajuk entry ini? nuha dah join company baru semalam...
bye!

Sunday, 3 June 2012

bye-bye nichicon

**this is a tribute entry. colleagues, this is just for you guys!!!!**
CAUTION : SANGAT BANYAK GAMBAR


Jumaat lepas hari terakhir nuha kerja di Nichicon. nuha BERJAYA kerja di sini selama 1 tahun dan 9 bulan. almost 2 years!! terasa lama. previous company kerja 7 bulan saja ok ;P.

dua minggu lepas lepas colleagues arranged lunch picnic a.k.a farewell untuk nuha di Tasik Cempaka, Bangi. you guys are soooo sweet  >.<
lepas makan-makan kami ada group photo session. ni hasil tepekkan gambar-gambar kami.




geng-geng HR




tanpa aina :(







kena ambil gambar duduk sebab perbezaan ketinggian yang ketara ;p




amoi cantik, x-housemate :)



kak sur sur tini



bff. kawan dah almost 12 tahun dari sekolah menengah. gaaaaaa



marina x-internship student




phillip - internship student

















kak rina - suka gambar ni



teropong-teropong








guru besar a.k.a mak mak. banyak tips da kutip neh ;p


pretty kak dewi - my beautician




reen - receptionist yang aggun


nuha akan bercuti seminggu sebelum report duty di tempat kerja baru.
da~~