Wednesday, 29 August 2012

3days to go

It is real..and nuha dah mula kalut. Tiba-tiba rasa macam sangat banyak perkara tak setel lagi. Omg!


posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 August 2012

diy: pelamin majlis bersanding

salam :)
lagi empat hari je nak kahwin ni. macam mimpi. bila kawan-kawan tanya apa perasaan nuha sekarang..nuha tak tahu nak jawab ape. takde jawapan untuk soalan tu. boley ke? hek hek.

disebabkan vendor punya hal, nuha dah takde pelamin untuk majlis sanding. PELAMIN ANGANKU MUSNAH? hu..everything happened for reason. nuha percaya tentang itu. jadinya nuha last minute TERada satu misi mustahil iaitu diy pelamin. huhhu..unbelievable!
 
 
 
kelas pendidikan seni - terror tak nuha melukis? ;p


ini first sketch pelamin yang di-email kepada geng ropol-ropol nuha. insyaallah, diorang yang akan tolong diy pelamin ni. doa-doanya menjadi. siapa mereka-mereka tu?



insyaallah lepas majlis nuha review :)




Diy: hantaran for her

Salam..
Hantaran pihak lelaki kepada nuha pon nuha diy. Yeee..nuha yang buat. Apakah buat hantaran untuk diri sendiri???

Sebab nuha nak dapat hantaran dengan deko yang nuha suka kot. Ok whatever.


 

alamak ter-snap hantaran yang ni pulak. tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.
Simple kan? Yes i knew.



posted from Bloggeroid

Friday, 24 August 2012

biar benar?

salam jumaat.
insyaallah petang ni nuha nak ke galeri pengantin untuk final fitting baju majlis bersanding. nasib baik dekat shah alam seksyen 7 je :)
 
 
oh ye kan apa yang biar benar tu?
 
 
 
 
 
 
 
seminggu dan sehari je lagi nak kahwin? ciyes tak percaya.
boley?

Thursday, 23 August 2012

diy: patching nikah dress - part 2

Assalamualaikum :)
Mengarut-ngarut je nuha siap ada part-part plak kan. Sebenarnya sendiri yang terhegeh-hegeh, so tak dapat la nak shoot satu topic in 1 comprehensive entry. Ewah. Tiru ayat lecturer nuha


As per last nite..aktiviti nuha ialah jahit jelujur halus potongan lace ke badan dress nikah. Mencabar kesabaran dan mendambakan ketekunan. Nuha naik muak sampai jahit sambil tertonggeng-tonggeng. Betul..jahit sambil menonggeng. Boring tahap gaban. Ehe.


Hasilnya...




Saja nuha ambil sekali gambar tangan baju. Actually tangan baju je yang baru siap beads. Al-kisahnya last week sebelum raya nuha dah hantar dress nikah ni ke dobi untuk dry clean. Apakahhhh?? Beading baru sebelah tangan je siap dah hantar dobi?


Nuha takut tak sempat. Dry clean ni kan normally takes time. Nuha risau by the time selesai beading nuha tak sempat nak hantar dry clean. So to play save..nuha hantar dobi dulu. Hahah. Cahcatnye kao nuha. Kakak dobi pun heran kenapa dress nuha sebelah tangan je beaded. Peduli hape. Harga dry clean plain dress jauh lebih murah daripada beaded dress. So nuha cut cost indirectly di situ. ayat cover


Nanti dah fully beaded nuha up lagi entry ;)
till then... >.<
 
 
 
posted from Bloggeroid

Wednesday, 22 August 2012

diy: hantaran for him

salam lebaran untuk hari keempat syawal ;)
nuha dah mula bekerja semula. gigihnye aku padahal takde cuti untuk diapply ;p
nuha nak sambung entry ini. sebenarnya ini hantaran yang nuha diy untuk diberi kepada pihak lelaki.





kombinasi cengkerang dan sedikit bunga



mari rate idea dan hasil kerja nuha ni:

1 - pelik gila dan wajar dicerca
2 - pelik
3 - takde perasaan
4 - biasa-biasa aje
5 - ok la
6 - lain-lain (sila nyatakan) ___________





posted from Bloggeroid

Monday, 20 August 2012

On going project

Eid mubarak everyone :)
Raya raya pun..wedding preps tetap kena keep on track. Betul tak? Time is running out.










Lagi berapa hari je ni.. Dub dab dub dab


posted from Bloggeroid

Thursday, 16 August 2012

Salam aidilfitri

Assalamualaikum ;)
Ramadhan akan meninggalkan kita kurang dari 72 jam dari sekarang. Sebelum semua orang sibuk packing dan pulang ke kampung, sibuk di dapur, dan bersama keluarga masing-masing..nuha nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan. Amin..


P dot s : tahun akhir sambut malam raya di rumah ibunda.. Sobbbbssss ;(




posted from Bloggeroid

Tuesday, 14 August 2012

Fitting baju majlis bertandang

Hye semua ;)
ade orang ke? Hehe.

Last saturday kami ke bridal house yang kami pilih untuk majlis bertandang nanti. Lepas vendor majlis bersanding kami buat hal, nuha dengan terus terangnya share cerita sadis tersebut kepada vendor majlis bertandang ni. Kami harap cukupla 1 vendor je yang buat hal. Alhamdulillah..sesi fitting dan discussion berjalan dengan baik sekali.

Lega dan terubat sikit kesedihan kami. Dan kak lina (tokey bridal house) berjaya cari warna kain seperti yang nuha nak! Suke sangat..


saja gedik-gedik nak tayang ke-flowy-an fabric ;p

dress ni panjang meleret..tapi tak sesuai dengan lokasi majlis. akan dipotong!


Insyaallah semuanya akan ok..
Amin...



posted from Bloggeroid

Monday, 13 August 2012

Diperlukan segera: pengapit a.k.a bridesmaid

Happy monday ;)
Last two weeks nuha dah boleh terima hakikat yang kami tengah takde attire dan pelamin untuk reception. Alhamdulillah..kami dah jumpa attire yang sesuai dengan saiz kami. Nuha kan kecik ;) baik sangat vendor tu..siap bagi semangat untuk kami jangan terus sedih..

So sepatutnya sekarang tengah pending on pelamin je..tapi petang tadi bff a.k.a bridesmaid nuha text bagitahu yang kemungkinan besar beliau tak available untuk jadi bridesmaid untuk majlis nuha atas urusan kerja. Ottokee..

Habis satu..satu dugaan datang. Betul la ayat "kita hanya merancang, tuhan menentukan". Nuha tak appoint bridesmaid last minute..tapi ini yang berlaku hari ini..haishhh..mood sekarang: cubaan untuk bertenang.

Ada siapa-siapa sudi tolong jadi bridesmaid nuha? ;(


posted from Bloggeroid

Wednesday, 8 August 2012

Kad undangan sedia dipos

Assalamualaikum :)





Esok nuha nak pos kad-kad ni semua. Tadi sebelum berbuka sempat potong dan tampal alamat penerima. Setem pon dah siap tampal. Perasan tak hengat kao.. Nuha beli setem sampai 50 keping.. Tut tut kawan-kawan yang minta kad ade 15 je. Haha


Pakcik posmen..walaupun saya pos lambat kad-kad ni semua, tolong hantar kepada penerima sebelum raya yaa ;)


posted from Bloggeroid

Tuesday, 7 August 2012

undangan majlis perkahwinan

salam..

dengan rasa rendah diri nuha mengundang rakan-rakan blogger ke majlis kami seperti ketetapan berikut:


Majlis pihak perempuan:
Tarikh : 1 September 2012 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Kampung Solok Gaong, Bukit Lintang, Melaka


Majlis pihak lelaki:
Tarikh : 9 September 2012 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Taman Paduka, Kuala Selangor





pm nuha alamat kepada yang yang memerlukan kad :)


Monday, 6 August 2012

diy: patching for nikah dress

Salam..mood nuha dan tunang semakin baik. Mak nuha pun dah kurang risau (nuha rasa-rasa je but im pretty sure of that). Kami dah ada attire untuk majlis bersanding nanti. Alhamdulillah.. Butik tersebut ada baju saiz xs :) sekarang tinggal nak fikir tentang pelamin..



Ok back to the topic.. Lets give your opinion ladies! Nuha tengah nak patch lace di baju nikah.. So far ada dua design yang terzahir.



tengah rendah dan tinggi ke tepi baju









Design yang mana lebih cantik dan menarik dan sweet ye? Atau ada idea-idea yang lebih cun?? Come help me pleaseeee...



posted from Bloggeroid

Saturday, 4 August 2012

Timeline: 4 weeks to go

Salam :)


See the title..lagi empat minggu je lagi. Lately nuha kurang update blog. Kesibukkan melanda. Hu..


Nuha nak share sikit..dengan masa yang nuha rasa dah tak lama, kami sekarang takde persalinan dan pelamin untuk majlis bersanding.


Percaya tak??? Vendor buat hal..insyaallah lepas semuanya selesai, nuha akan cerita in details.


P/s: b2b melaka yang nak tahu siapa vendor tu boleh pm nuha.


posted from Bloggeroid

Wednesday, 1 August 2012