Thursday, 29 November 2012

diy: layered bow

salam :)
semalam nuha browse2 ade eh kata ganda untuk english word ;p google cari diy for wedding. saja menggedik..boleh menambah ilmu di dada kunun. huhu. so lemme share apa yang nuha jumpa.
 
 
semua gambar diambil daripada tutorial asal
 
 
 
 
 
rasanya ramai je tahu macam mana nak buat riben ni kan. ke nuha je yang tak tahu. takpe la nak share jugak. actually tutorial asal ajar cara nak buat ala-ala bangle/ ribbon strip (betol ke term ni). tapi di sini nuha nak cerita pasal riben je.
 
 
 
jam tak termasuk dalam penceritaan ini


step 1



step 2



step 3




step 4



tie guna floral wire



1 kecil, 1 besar



cantumkan riben kecil dan riben besar



last: kemaskan apa yang patut
 
 
um...cantik kan? boleh apply di baju nikah, baju reception, baju raya?? (nowadays kan semua 3d belaka)/ pelamin/ handbouquet/ pengikat langsir dan merata-rata tempat yang kita suka.
 
 
 
psstttt: nak tahu tak, nuha dah hantar thesis untuk bind hard cover. yeyy~


Wednesday, 28 November 2012

Wordless wednesday




Hubby dedicate this song~
>.<
 
 
posted from Bloggeroid

Tuesday, 27 November 2012

On Button

Assalamualaikum..
Apekah tajuk entry ni? Hehhe. Tak tahu nak boh tajuk ape.
harini nuha nak share yang kami suami isteri dah tak pjj lagi. hubby dah balik sini dan sekarang mula kerja tempat baru di Puchong~ weeeee


Eh ada ke nuha share yang previously since kahwin kami tak tinggal sekali? I mean hubby masih kerja di pasir gudang dan nuha di shah alam ni? Rasa macam takde kan. eh ye ke? whatever. Hampir 3 bulan jugak la kami pjj. Its sound tak susah kan pjj ni? Yup memang tak susah sangat. Sebelum kahwin pon kami pjj jugak. ok je, alhamdulillah..


Tapi feeling pjj sebelum kawin dan after kawin sangat beza tau. At first nuha rasa takde apa, sure boleh no problem punyo..tapi bila dah kahwin, rasa lain betul bila hubby dah nak naik bas balik pasir gudang. rasa sayu tu lain macam. nangis toksah cerita la kan. It was true..tak percaya tanya la couple lain yang pjj sama. Setakat yang nuha tahu As dan Rina pon pjj jugak. kalau tak silap diorang ni pon dalam proses untuk tidak pjj lagi. :)


So apa kaitan pjj ini dengan tajuk entry? Well pada nuha one major component of marriage is about commitment. Pjj memang letih..letih travel on weekend. Tapi dah tinggal sekali ni, lebih letih kot. Of course because of wifey duty yang memang sentiasa kena on 24/7. Kan?


So this is our first week tinggal sekali. So far alhamdulillah..each of us kena banyak sabar la kot kan? Kalau nak kata penat, semua orang penat. You made the decision, kena la commit. Ganbatte nuha dan semua wifey sekalian!

 
Tak best kan entry takde gambar?
Nah satu
 
 

 
 
 
posted from Bloggeroid

Monday, 26 November 2012

the solemnization video

salam.
dah nak masuk bulan ketiga kahwin baru nak share video nikah ye?
um...he. tak nak komen apa-apa la sekarang. lain kali je nuha buka cerita.
enjoy the video~



 
 
 
 
 
p/s: big thanks to dhiera. tunjuk ajarku sifu~

LIKE.SHARE.WIN - GIVEAWAY (Border Lace)

salam.
dah lama nuha tak join GA. harini terbaca entry Adria Cottage. nak cuba nasib la. mana tahu ada rezeki. motif join? majlis kan dah lepas? ala saja suka-suka. lagipun takde terms kata x-pengantin tak boleh join. mari cuba nasib~
 
 
 
 
 
 
bismillahirrahmanirrahim.
semudah a b c je nak join GA ni. nah nuha paste je daripada entry asal. ehe.


1) LIKE OUR FB FANPAGE
2) SHARE THIS POST ON YOUR FB TIMELINE OR BLOG
3) WIN 1 METER (DOUBLE LAYER) BORDER LACE
 
 
 
hadiah tersebut
 
 
pemenang akan dipilih secara random.
oh ye. date penting. tarikh tutup penyertaan: 16 Dec 2012.
 
 
jangan tangguh-tangguh ye!

Friday, 23 November 2012

1day versus 2days event

Assalamualaikum :)
AWAS! entry banyak membebel

 
Entry ni 100% tentang majlis dan pandangan nuha. Lain orang lain selera kan? Nuha up entry ni khas untuk cik mashi yang email dan tanya tentang tentatif majlis nuha.


Kalau diikutkan hati..nuha pon nak rasa macam pengantin-pengantin lain rasa. Nikah sebelah malam..rumah terang benderang meriah. Ada malam berinai..pakai sanggul lintang (kata orang melake kan?)..berarak lepas nikah bla bla bla dan bla bla bla yang lain.


Tapi demi menjimatkan kos dan memudahkan rombongan pihak lelaki (cewah-cewah alasan mesti nak kukuh), kami sekeluarga bersetuju untuk pulun 2 majlis pada hari yang sama. Idea ni wujud pon daripada majlis SIL dan abang nuha dua tahun lepas. Majlis nikah dan bersanding pada hari yang sama. Jadi kami follow aje. Mungkin ganjil bagi sesetengah pihak. In fact, ada antara family husband yang rasa pelik bila dengar tentatif majlis kami yang begitu. Tapi... Buat tak tahu saja. La la la.


So majlis nikah jam 9.00 pagi hari Sabtu 1 September 2012 di kediaman kami a.k.a rumah ibundaku. Dup dap dup dap..kami sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Alhamdulillah.. Nuha tak perasan majlis nikah selesai jam berapa. Lepas nikah sesi bergambar dengan keluarga dan majlis sarung-sarung cincin. Then ada jamuan makan pagi. Ala-ala breakfast gitu..dan lagi, OP sempat ajak kami outdoor photoshoot kat semak tepi rumah. Huhhu..






Lebih kurang jam 10.30 pagi (estimate je ni), nuha baru ke khemah untuk sarapan pagi. Lapar kot. Makan sambil sembang-sembang dengan Nichicon family. Tapi makan tak seberapa. Penat mungkin. Lepas makan nuha rehat di bilik (borak-borak dengan Nichicon family dalam bilik sebenarnya ;p)..


Pengantin dijadualkan berarak jam 2.00 petang (ayat nak skempos). Parents nuha yang nak macam tu demi menghormati waktu zohor. Best jugak berarak jam 2..nuha tak terkejar-kejar nak bersiap. MUA pon santai je.. MUA mula siapkan kami jam 12.30 tengahari kot. kot??? Adeh dah tak hengat. Nampak sangat da basi kan? Ok takpe..sambung je cerita.


Jam 2.00 petang majlis berarak. ke bersanding? mana-mana la kan.
 Kompang dipalu pengantin malu! Haha



gambar ulangan untuk yang tah keberapa kali ;p


Then merenjis apa-apa yang patut, amek-amek gambar..dalam jam 3.00 petang jugak la kami ke meja makan beradap. Suap-suap, makan-makan, potong kek bagai..sampai jam 4.00 petang. Then kami proceed ke outdoor photoshoot. Oooooo sangat penat waktu ni. Nak senyum pun tak larat..Boley? Haha


Kalau tak silap nuha setengah jam je outdoor photoshoot kami. Bila fikir-fikir balik rasa menyesal jugak. Once in a life time kan. Lagi pun baru la puas hati dengan harga OP yang kita hire tu. Ok takpe. Benda lepas jangan dikenangkan lagi.


Bagi nuha satu hari majlis atau dua hari majlis sama saja. Cuma kalau kita dah decide untuk go for one day event, tak perlu compare-compare our one day event dengan 2 or 3 or 4 days event and everyone kena commit 100% especially watak-watak utama dalam majlis. Pengantin, parents, kadi, saksi disamping vendor-vendor yang kita hire. Kalau nikah di masjid pon sama. Semua kena punctual. Event first (nikah) yang akan tentukan tentatif majlis kita jadi as planned atau tidak. Ye la.. Kalau nikah habis lambat tentula majlis sanding pun akan turut jadi lambat. Kan?


In terms of penjimatan, nuha tak perlu sediakan penginapan untuk OP je la. Plus penginapan untuk pihak lelaki. Hu.. In fact kalau nak lagi jimat, hire je OP yang dekat dengan kawasan kita.


Oklah..semoga cik mashi dapat idea untuk merancang majlisnya. Sorry dear for the delay of this entry. Tata~

 
 
posted from Bloggeroid

Thursday, 22 November 2012

Review: payung lace

Assalamualaikum :)
lama terbiar blog ni kan..sadis betul.
Kalau ikut plan asal nuha nak beli payung lace ni. Cam cara je kalau memiliki payung ni. Tapi tak menyempat-nyempat nak ke kedai bunga riben jalan tar tu. Hujung-hujung cerita..sewa je la kan.


Nuha guna payung ni untuk outdoor photoshoot after nikah, waktu bersanding dan outdoor photoshoot lepas majlis bersanding.



sukanya payung ni




bridesmaidku sayang




sengih-sengih panas ;p


Nuha sewa pada cik puan zaila blog kitakesitu dengan harga rm40 untuk 2 kaki payung. Self pick up di bandar baru bangi (oh kampung lamaku).


Service sangat ok..fedback cepat and negotiable. Kenapa eh nuha kata negotiable? Tempoh sewaan seminggu. Tapi nuha tak boleh pulang on time sebab lepas majlis kena terus outstation. Nuha try mintak extend date pulang payung tu. Zaila kata ok..so nuha tak la terkejar-kejar.


Nak guna payung lace di hari bahagia korang? Nuha recommend zaila to be one of your favourite vendor. Contact her at kitakesitu@gmail.com


Da~
 
 
 
posted from Bloggeroid

Thursday, 15 November 2012

teaser: wedding dress

hai!

picture credit to OP



macam mengada-ngada kan siap nak teaser-teaser? padahal majlis dah basi pon. ;p
nuha busy.. sangat busy. kalau boleh memang nak review laju-laju. 


harap masih ada yang setia menunggu.


salam maal hijrah :)

Diy: bunga konvo

Assalamualaikum.
Seminggu lebih nuha menyepi. Ke dua minggu ye? Sangat sibuk buat correction thesis + kerja di office sangat banyakkkkk. Stress.


Back to topic..nuha suka diy. In fact sangat suka. Latest project was diy bunga konvo untuk SIL. At first memang nuha nak beli je..tapi terasa nak cuba buat. Saja nak bersusah payah. Ngehehe. Google2 tutorial diy bunga konvo ni tak jumpa yang lengkap. Kalau ada pon tiba-tiba dah tunjuk bouquet yang dah siap.


So ini nuha sediakan sedikit tutorial diy bunga konvo. Harap dapat membantu bagi idea kepada anda-anda yang berhasrat untuk diy bunga konvo. Antara barang-barang yang nuha guna:


- span basah
- Plastik
- dua jenis bunga (nuha guna ros dan lavender)
- riben
- kertas pembalut corak (tak tahu jenis apa)



roses, lavenders and the wrapper


First of all..potong span basah kepada bentuk ala-ala base bouquet.



guna yang sebelah kanan


Secondly..guna plastik untuk balut span tadi. Ini bertujuan untuk elak air leak daripada span dan basahkan kertas pembalut.







tape guna masking tape


Selepas itu..celup span tadi ke dalam air. Bagi span tu basah sikit je. Later kita akan letak air lagi. Ni kira buat-buat ada. He.






Lepas tu apa lagi..susun-susun dan cucuk-cucuk bunga ros kat span. Selang selikan dengan lavender untuk efek penuh. Takdela bouquet tu nampak kosong je..





Then biar kat tepi dulu bunga-bunga tadi. Kita buat pembalutnya pula. Try lipat dan susun kertas pembalut ikut sedap anak tekak kita. Nuha nak explain pon tak reti. Tapi nuha boh gambar kat bawah ni dengan harapan membantu korang untuk berimaginasi. Heheh.



gambar lengkap dengan shadow ;p


Ha..faham ke. Tak faham kan? Lalala. Biasa florist guna plastik pembalut, tak guna kertas. Sebab plastik kan water proof. Plus plastik lebih keras dan senang dibentuk. Bouquet ni first trial nuha..imaginasi tu ada walaupun tak banyak. Tapi raw material dan skill nuha terhad. Nuha beli 2 pembalut je. 12 midnite mana nak dapat kertas pembalut dah kan. Cukup atau tidak..nuha kena bagi jadi juga bouquet ni.


Ok bila dah try and error lipat dan susun pembalut tadi..kita satukan bunga dan pembalut. Pastu ikat guna riben. Tambah lagi air bagi span basah. Jangan sampai basah kertas pembalut ye.






Pada hari kejadian...



ini adik ipar saya


Nuha guna 8 kuntum ros dan banyak batang lavender. Sempat survey-survey harga convo bouquet yang dijual di tapak konvo. 3 kuntum ros dan BANYAK baby breath harganya rm60. Kalau nak 10 kuntum ros + baby breath + bear = rm100. Mine?


Limited raw material + flowers: rm41. Semua nuha beli di floristika bangsar. Balance roses and lavenders nuha bagi kat adik nuha untuk diletak di meja study :)


Satu lagi perbezaan bouquet nuha dan florist: florist tak guna span basah. Rasanya bunga-bunga disusun dan diikat. Pastu terus masuk dalam plastik pembalut yang dah siap disusun dan ikat lagi sekali. Then buboh air untuk maintain kesegaran bunga. Bila kita goyang-goyang bouquet, boleh nampak dan dengar air berkocak-kocak kat dalam tu kan.?

Ok Bye!


posted from Bloggeroid

Thursday, 1 November 2012

diy: hantaran for kak rina's cousin

salam.
 
 
meh layan gambar meh
 
 
 








 
 
nuha diy camelia felt flower tu. previously ada tepek di entry [ini]. then nuha dan kak rina syok-syok sendiri gubah bunga-bunga dan bahan-bahan lain..dah nak 12 midnight baru idea sampai. kalau tak terpinga-pinga + terhegeh-hegeh.
 
 
ok bai!