Wednesday, 26 December 2012

1 + 1 = 3

Salam.
Sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga.
 
 
Actually last week hari Rabu nuha dah buat upt lepas datang period. Period? The period was on time tapi satu hari je. Kami suami isteri pelik. Tu yang nuha test padahal memang suka suki buat upt. Ada nuha nampak blur line..tapi tak confident..awal sangat. Biasa orang kata lepas 2 minggu baru nampak. so buang je terus dalam bakul sampah.
 
 
 Pagi kelmarin nuha buat lagi upt sendiri di rumah. dah kata suka buat upt kan? Ada 2 line!




Malam tu kami ke klinik untuk dapatkan pengesahan doktor. Doktor estimate kandungan nuha dah masuk 5 minggu.


  Perasaan?


Of course sangat bersyukur kepada Allah. And nervous jugak. Sekarang dah kena start baca artikel pasal pregnancy pula.


Doakan nuha k..

Bye!
 
 
p/s: colleague marah dengan habit suka buat upt. permainan emosi. bahaya.
 
 
 
posted from Bloggeroid

Felt Daisy Handbouquet

Salam.
Felt daisy handbouquet for your special day is now open for order.













Price: RM40/ bouquet
 
 
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Monday, 24 December 2012

kerja?

salam.
lamanya tak update blog. kesian dengan diri sendiri. hu.
quick one. nuha dah tender resign. alasan?
 
 
jawatan tu kurang sesuai dengan nuha.
jawapan yang sopan dan general, lebih mudah diterima oleh semua pihak.
 
 
nuha dah letak notis sebulan setengah yang lalu. berhenti kerja tanpa ada kerja baru. ramai yang tanya kenapa nuha buat macam tu. kalau tak dapat kerja baru kan jadi penganggur. memang pon..
sekarang tengah cari kerja baru. kalau belum ada rezeki dapat kerja baru, di rumah la nuha tengah bulan depan. nuha plan nak serius business sewa-sewa barang kahwin ni.
 
 
nuha percaya yang rezeki tuhan ada dimana-mana. setiap yang berlaku adalah dengan ketentuanNya yang terbaik untuk nuha. yang penting usaha. doakan nuha ye..
 
 
last but not least,
 
 
 
 
 
daisy handbouquet. nuha jual ni. details in next entry okeh. ade orang nak order ke?
 
 
bye.


Friday, 14 December 2012

BAD VENDOR: PART II

 Salam.
nuha nak continue cerita vendor tak jadi kami. previously dah diceritakan dalam entry ini.
 
 
then kami deal untuk datang fitting minggu pertama ramadhan. biasala kalau awal ramadhan kan semua orang nak puasa dengan family masing-masing. terkejar-kejar kami waktu tu. janji nak jumpa hari Ahad, 22 Julai 2012 bersamaan 2 Ramadhan jam 11 pagi. nuha ingat ni sebab nuha memang mark semua perancangan nuha dalam planner especially yang melibatkan hujung minggu sebab waktu tu nuha masih sibuk dengan kelas dan thesis. tunang gerak dari Pasir Gudang hari Jumaat malam, 20 Julai. sampai Bangi jam 2 pagi 21 Julai. waktu tu nuha still menyewa di Bangi. then shoot terus ke rumah mak dia di Kuala Selangor sebab nak sahur sama dengan family. then lepas berbuka puasa dengan family, tunang singgah Bangi. kami gerak balik Melaka sama-sama.


Ahad pagi, 22 Julai dalam jam 10.15 kami dah siap nak keluar ke butik tersebut. nuha dapat text daripada dia berbunyi begini "sori tak dapat nak fitting baju harini sebab tailor baju lelaki ada emergency, family member meninggal. baju nuha pon petang baru siap". i was like... o ou~ this sounds not good. hari rabu or khamis minggu yang sama waktu nuha confirmkan either baju kami dah siap ke belum dia kata dah siap. tetiba baju nuha tak siap lagi pulak. kami boleh terima 'emergency' tersebut. nama pon emergency kan. mana kita boleh predict orang nak meninggal dunia. tapi part baju tak siap lagi yang haru.


nuha dah ada gaya nak naik hangin waktu tu. kami bincang-bincang sesama sendiri dan bertenang sekejap. then tunang kata kita datang butik petang ni tengok baju nuha je. tadi dia kata baju nuha petang siap kan. at least ada hasil jugak kami dok terkejar-kejar hujung minggu tu. then tunang call dia untuk deal yang kami nak datang petang tu tengok baju nuha. nuha memang dah tak nak call lagi. dah takde hati. call tak berjawab. text tak be-reply. hu..best kan? petang tu kami pergi juga ke butik walaupun dia tak respond apa-apa. tapi kami tak harap banyak..bawak niat nak dating supaya tak sakit hati sangat.


sampai-sampai butik tutup. call lagi and nobody pick up. yeay~. at last nuha text dia dengan agak panjang. ayat sebenar nuha dah tak ingat tapi isinya macam ni "akak tak bole buat kami macam ni. tadi akak kata baju nuha dah ready by petang. akak lari-lari macam ni pon benda tak setel jugak. kalau baju tu tak siap lagi, bagitau je. tak la kami rasa kena tipu. kami ni dari jauh kelam kabut balik sini, akak treat macam ni. kita patut win-win situation. kami dah bayar, akak patut bagi service yang sempurna". oh by the way kami dah bagi deposit RM500. and as expected, dia tak reply pon. haha. then kami jalan-jalan kat Pantai Pengkalan Balak sebelum balik rumah mak berbuka puasa dan kembali ke negeri tempat kerja masing-masing.


hari selasa minggu berikutnya tunang berjaya contact dia. dia kata ok kita jumpa minggu ni hari Sabtu, 28 Julai 2012 jam 10 pagi. baju dah siap katanya. hari Khamis tunang call lagi untuk confirmkan appointment kami. dia gagal dihubungi. benda sama jadi hari Jumaat. apekahhh... kami balik Melaka lagi on 27 Julai. cop cop. sebelum meneruskan. vendor ni wallahuallam la terfikir ke tak duit kami yang laju keluar untuk tol and petrol setiap kali balik Melaka. Penat toksah cerita la kan. so sabtu pagi kami ke sana lagi. ajak mak nuha sekali teman kami. mudah-mudahan dia segan sikit ada orang tua dengan kami. sengaja kami gerak lewat. tahu pulak dia call tanya kami kat mana. sampai area butik dia ajak terus ke kedai tailor dia.


kami follow saja. sampai-sampai nuha memang dah tak nak memandang muka dia. tailor keluarkan baju nuha suruh cuba. baju nuha siap, tapi belum lengkap dengan detailing. kosong je. jahitan nampak tak kemas langsung. tau la kerja last minute..bila nak siap detailing entah nuha tak tahu. the best part is baju untuk tunang tak siap lagi. in fact kain nak buat baju tunang pon tak beli lagi!! it was 27 Julai 2012 and majlis kami 1 September 2012. sebulan lagi kan? ini sikit lebih kurang conversation antara dia dan tailor dia


vendor: "aku dah bagi kan kain warna turqoise untuk baju lalaki"
tailor: "mana ada kau bagi aku kain warna tu"
vendor: "oh aku belum beli la tu..ok la nanti aku dah beli kain aku bagi kau"


lagi best diorang ambil semula ukuran badan tunang. eh eh bukan kami dah siap ukur badan ke bulan 3 dulu? hilang la tu... tunang nuha layankan je dia dan tailor-tailor dia. mak nuha masih menjadi observer. at last diorang deal dengan tunang untuk fitting seminggu selepas raya (25/26 Ogos 2012)  which is seminggu sebelum majlis kami. nuha tak setuju sebab kami baru je balik tempat masing-masing lepas raya. terpaksa lagi balik semata-mata untuk fitting baju. dan lagi, kalau hasilnya nanti lain macam daripada yang kami nak..it was too late! and of course penat kot. duit lagi. bila nuha cakap kat tunang yang nuha tak setuju, tunang nuha tak layan. malas nak bising-bising mungkin.


nuha rasa cerita pasal BAD VENDOR ni akan berakhir dalam PART III kot. sebab panjang lagi ni.
selamat berhujung minggu... bye~

Thursday, 13 December 2012

Drop Down Menu Pleaseeee

salam.
 
 
malu bertanya sesat jalan. sekarang memang tengah odw ke arah kesesatan pon. hahah.
at first nuha tak nak tanya orang..malu kot. opcos la kan. google cari tutorial macam mana nak buat. tak cukup google search pulak di youtube. video tutorial. so far... ... ... ... far away~

hampes. it was either nuha memang buta IT or all the tutorial yang kurang jelas. tapi ada je orang lain yang berjaya buat berpandukan tutorial. oh my bad. sah buta IT!




nak buat macam ni


siapa-siapa yang tahu buat..mohon tunjuk ajar. atau paling senang bagi je nuha link tutorial yang dirasakan dapat membantu.


arigato ne~


p/s: semalam je pon baru tahu nama benda tu drop down menu. sadis!

YES 2012!

salam..
nuha tengah cari felt untuk diy bunga tangan kawan yang akan berkahwin minggu hadapan.
just nak share kepada yang tengah mencari felt, ctcraft4u tengah buat Year End Sale 2012.
 
 
nuha pon beli dengan ctcraft4u ni. dulu dah pernah beli sekali. nah nuha copy paste semua daripada ctcraft4u malas nak retype
 


 
 
Polyster felt - Saiz A4 (23 x 26cm) = RM1 SAHAJA!!!!
Promosi sah sehingga 31 December 2012.
Tiada pembelian minimum, kos postage = RM7 (minimum utk Semenanjung)/ RM9 (minimum utk Sabah dan Sarawak)
Sila sms @ call 017 272 3095 / 012 940 7451 utk order atau pertanyaan.
Penghantaran ke area Sg Buluh,Shah Alam, KL atau Klang atau kawasan2 yang sewaktu akan dikenakan charge = RM5.Penghantaran hanya pada hari Sabtu dan Ahad.
 


Tempahan Gubahan Hantaran

assalamualaikum.
 
 
hi, im camelia felt flower!
 
 
 
this is to announce that nuha sedia mengambil tempahan gubahan hantaran kepada b2b yang berminat. nuha akan guna camelia felt dalam gubahan.
 
 
antara hasil gubahan yang nuha buat guna camelia felt:
 
 
 






 
 
butiran gubahan seperti di bawah:
1) saiz bunga: saiz 2 dan 3 seperti gambar di bawah. ianya tidak terlalu
besar dan tidak terlalu kecil.
2) kuantiti: 7 - 8 kuntum camelia felt flower untuk setiap hantaran
3) kombinasi warna pilihan anda
 
 
 
 
 
 
 
harga: RM10/ hantaran
 
 
terma dan syarat:
1) tempahan perlu dibuat awal, selewat-lewatnya dua bulan sebelum majlis
2) serahan raw barang hantaran perlu dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis
3) nuha tidak akan menanggung kos tambahan pada sebarang gubahan tambahan (eg bunga artificial, pearls etc). kalau nak add on gubahan tambahan boleh, charge berlainan bergantung kepada harga material.
 
 
pm me for details: hayatihanisah@gmail.com

Monday, 10 December 2012

BAD VENDOR

salam.
lama nuha perap nak story mori pasal ni. daripada nuha tengah hot meletop-letop sampai dah cool, dah malas nak ingat. dah kahwin da pon kan. but still nuha nak buka cerita juga as iktibar dan precaution kepada b2b sekalian especially b2b Melaka area Bukit Rambai since kami and that vendor end the deal just like that je. she didn't even say sorry. refund deposit apetah lagi. yang pasti salah bukan daripada side kami. bukan nak tutup or tabur pasir dalam periuk nasi orang, sekadar bengkongsi pengalaman.


nuha mula survey vendor untuk bridal awal. sejak lepas bertunang lagi miang nak kahwin (tunang buln 4 2011). nuha kenal vendor ni melalui pamplet yang adik nuha tolong kutip masa Pameran Pengantin Melaka tahun 2011 di Dataran Pahlawan Mall. since masa tu nuha sibuk dengan kelas on weekends, nak balik Melaka untuk ke pameran pengantin pon tak sempat, apetah lagi nak walk in bridal house and do the survey things. lagi la takde masa. tunang pula kerja di Pasir Gudang. Jauh.


so daripada pamplet-pamplet yang adik nuha kutip, nuha start tengok-tengok vendor mana yang macam ok in terms of harga and layanan diorang masa adik nuha kutip pamplet. ye la..tengok budak yang datang, pakai pon biasa-biasa tak bergaya berpakaian berjenama bagai. most of them malas nak layan. then nuha mula contact vendor yang nuha rasa menepati kehendak nuha.


oh. apart of that..nuha ada browse kat internet list of bridal house kat Melaka. ada juga jumpa bad review pasal vendor-vendor ni. haishhh. rasanya semua pasangan sure nervous dengan service yang vendor korang akan provide kan? biasala..masa dealing semua ok boleh no problem kita boleh buat. bila nuha dah jumpa bad review yang macam tu, of course nuha pon cuak juga.


and when we first met (nuha and that vendor), nuha ada suarakan rasa risau nuha tu. "kak, saya risau nak pilih vendor ni. kalau saya tak pilih akak, saya pilih bridal lain pon saya tetap risau. saya ada dengar cerita yang bridal tu dia bagi service teruk..janji lain. dapat lain. on hari kahwin baju warna A, kasut dia bagi warna B etc". and she said.. "akak faham, akak pon ada dengar cerita tu juga. lagipun as pengantin of course la kita nak majlis kita perfect". means that dia tahu yang potential customer dia ni ada rasa ragu-ragu and risau dengan service dia. dipendekkan cerita, nuha jadi hire dia as my wedding planner.


so called wedding planner la. sebab nuha bukan ambil A to Z dengan dia pon. thanks GOD! nuha just ambil baju dan pelamin dengan dia. nuha at the first place hire dia sebab dia offer harga yang murah. memang murah. sewa sepasang baju baru untuk bride and groom + accessories, pelamin + accessories = RM1500! murah gila kan? nasib baik aku tak gila sebab kau. dua tiga kali nuha tanya dia.."kak betol ke harga dia macam ni" bukan sekali tau nuha tanya. dua tiga empat lima enam tujuh kali nuha tanya. tak kisah la nuha ambil baju and pelamin je pon, by right dia tetap kena service kami dengan sempurna. kami bayar apa. kalau rasa kami deserve service macam tu sebab kami bayar banyak tu je, memang la tak patut la kan. dia sendiri yang letak harga begitu. amanah tetap amanah.


then ada la dua tiga kali nuha datang butik dia untuk discuss apa-apa yang patut like theme and concept, theme colour, design baju. pernah sekali nuha datang bawa my bff. luckily bff nuha tak tertambat hati dengan hasil kerja dia. kalau tak insyaallah nasib kami sama malang! then nuha and tunang datang ukur badan untuk baju kami. masa tu bulan 3. BULAN 3 okeh. majlis kami bulan 9. masa set date untuk ukur badan tu nuha ada tanya.."kak takpe ke ukur awal-awal ni?" "takpe..badan korang ni bukan naik pon". sebab dia cakap macam tu la kami datang ukur badan bulan 3.


then kami deal untuk datang first minggu pertama ramadhan. biasala kalau awal ramadhan kan semua orang nak puasa dengan family masing-masing. terkejar-kejar kami waktu tu.


alamak macam dah penat menaip. nanti nuha continue as Part 2 kat entry lain ye.

stay tune~


last but not least, idea from my potential customer: backyard wedding











bye!

Friday, 7 December 2012

Review: Inai

salam.
sekarang ni mood nak review semakin menyusut. haippp tak boleh tak boleh. walaupun macam takde orang nak baca blog ni, nuha tetap target untuk review our wedding sampai habis. bila nak habis?
entah.
 
nuha memang ada niat nak lukis inai kat tangan masa kahwin. teringin.. dolu zaman-zaman kat uni ada je service lukis inai masa pesta cahaya and deepavali bagai. tapi masa tu nuha sekali pon tak pernah cuba sebab memang nak pakai masa kahwin je. tup tup bila disuarakan hasrat pada tunang, dia kata dia tak nak nuha ada lukis inai kat tangan! pakai yang kat jari je. wattt?? tapi bila nuha kata "ala tak pernah langsung lukis-lukis inai tu, boleh la sekali ni je". then dia kata ok. hu. mak nuha pula awal-awal lagi dah warning jangan nak lukis-lukis inai kat tapak tangan tapak kaki bagai. macam pengantin india katanya. buat as usual, nuha nak jugak!!



buat manicure seminggu sebelum majlis ;p


nuha suka design yang simple dan sweet, inspired daripada design inai Kikin.




gambar dapat dari kikin


 inai kat jari nuha pakai sendiri guna inai daun yang digiling. semangat kau. giling okeh bukan tumbuk. tapi bukan nuha la yang buat. makcik babysitter masa nuha kecik yang tolong. thank you mak itam! hari rabu malam adik nuha tolong pakaikan. awal kan? kami tak nak kelam kabut.



pakai kaki tangan terus

untuk lukis-lukis inai nuha guna service Aziehennacreator. Harga RM80 tidak termasuk jari. harga ni termasuk charge Azie datang ke rumah nuha. at first nuha ada plan nak ke kedai india di area bangunan-bangunan lama kat Banda Hilir tu. tiba-tiba terjumpa Azie ni. Azie tinggal di Paya Dalam. alahai dekat sangat la dengan rumah nuha. so malas nak ke hulu ke hilir last minute, book je dengan Azie. the best part is azie ni rupanya adik kawan mak nuha. kecik betul dunia ni! so Azie datang rumah nuha hari khamis malam around 11.00 macam tu. waktu tu nuha memang tak tidur lagi sebab geng-geng nichicon family pon just arrived from kl dengan barang-barang pelamin anganku musnah



dah siap lukis inai. monitor barang-barang diy pelamin



hubby kata macam corak bunga raya hahah

nuha tunjuk gambar tangan Kikin macam kat atas tu then Azie mula lukis. cepat je dia buat. pandai dia lukis design ikut yang nuha mahu. tapi.. Azie lukis bunga a bit besar. actually tak besar sebenarnya. just because tanganku ini kecil so bunga tu nampak besar. bila dah siap lukis, nuha bayar dan Azie balik. setel.


mak nuha kata membazir. memang pon. dah tak cantik inai ni waktu majlis bertandang. padahal gap seminggu je kan. so a day before majlis bertandang, nuha pergi kedai ala-ala saloon india kat area Tesco Kuala Selangor. sebab nuha suka sangat corak Kikin ni, nuha suruh kakak saloon india tu ikut corak yang sama. huhu. dengan kakak saloon, nuha kena RM30. oh terlupa nak mention. nak hilangkan saki-baki inai yang dah tak cantik tu nuha guna lotion and make up remover. gosok perlahan-lahan guna tisu. lakukan dengan tenang dan istiqamah ye :)


so total kos untuk berinai RM110. agak membazir di situ. once in a life time katanya....
nuha tutup mata je!


lagi gambar yang ada inai

 
 


satu lagi..




 

pada nuha harga pakej-pakej yang Azie tawarkan agak murah dan berbaloi. jenguk-jengukla blog beliau Chanteq Henna Creation. ni nombor telefon azie: 017-6279635. PR..memang tip top!


selamat berhujung minggu~

Tuesday, 4 December 2012

Master in OSH: checked!

Assalamualaikum. Selamat berminggu baru semua :)
entry ni sepatutunya nuha up semalam.
 
 
Last saturday and sunday nuha dan husband travel ke Utara Malaysia. Sangat penat!


Previously kan nuha dah kepoh-kepoh share yang nuha dah hantar binding hard cover thesis. Alhamdulillah. Jumaat lepas nuha collect di Kedai Mutiara Digital, Seksyen 2 Shah Alam. Meh nak tayang sikit.




 
So last weekend kami travel ke UUM purposely nak hantar thesis report ni. Kami gerak dari Puncak Alam around 8.30 hari sabtu malam. Drive dengan berkhemah dan steady (as pesanan mak nuha).


Ahad pagi kami check in di UUM around 10.30 pagi. Bergaduh sesama sendiri sikit sebab masing-masing first time datang dan tak tahu mana bangunan yang perlu kami tuju. Dipendekkan cerita everything done about 12.30 pm. Fuhhhh.



hantar thesis di sini
 
 
 
over. biasa orang amek gambar kat sini time convo je


Kami lunch dulu sebelum gerak balik. Masuk toll semula jam 2.00 petang dan tiba di Puncak Alam jam 10.00 malam! sangaaaat ponat. but alhamdulillah, everything completed. insyaallah tahun depan boleh convo sudah~
 
 
ok bye
 
 
 
posted from Bloggeroid