Monday, 30 September 2013

kelahiran puteri pertama.. part 1

salam. 


cerita tentang pengalaman bersalin nuha..kelakar pon ade. khamis malam, 24 julai dalam pukul 10 gitu..nuha tengah online cari kerja. plan lepas bersalin nak kerja. masa tu nuha dalam bilik duduk atas bantal dengan posisi duduk katak tu. paham ke? hehe. husband nuha tidur kat depan tv.


tiba-tiba nuha rasa macam keluar air yang banyak. eh aku kencing ke? nuha berdiri dan masa tu yakin gila yang nuha tak kencing. air tu pulak non stop keluar. oh air ketuban kot ni. nuha keluar bilik p kat husband sambil jalan terkangkang tak paham kenapa tah nak jalan gini lol. nuha kejut husband yang tengah tidur bagitau waterbag is leaking. husband yang lalok-lalok terus segar. "ape kite nak buat ni?" haHha nuha ingat lagi ayat husband. nuha suruh husband mandi. sementara tu nuha siap-siap tukar baju pakai pad.


then husband angkat beg hospital masuk dalam kereta. sebelum nak gerak tu husband hug and kiss dahi. its the time..sayang daddy dah nak keluar. husband pesan suruh nuha tenang jangan menggelabah dan buat biasa. ceh padahal dia yang kalut tadi. pastu kitorang p speedmart nak beli diaper! kahkahkah. tu la sibuk survey je tak beli. last minute punya pasal..beli je apa yang ada. mahal pon mahal la. dah beli diaper terus shoot ke hospital serdang. masa ni air ketuban keep keluar tapi nuha tak rasa sakit pun.


sampai hospital about 11pm gitu..nuha dapat katil kat wad kol 4 pagi. lama jugak la tunggu. tapi ok la daripada tak dapat katil langsung. risau jugak kot kena transfer hospital lain. maklumlah hospital serdang selalu fullhouse. sementara tunggu nak dapat katil tu they keep monitor on me. pad dah tah berapa kali tukar malam tu nuha tak ingat. kain pon basah. nuha buat tak tahu je. ok masa ni usia kandungan 35 minggu 5 hari. dua hari je lagi nak ngam 9 bulan. sebab baby dah nak keluar..consider bayi pramatang. oleh sebab itu nuha kena cucuk kat punggung untuk kuatkan peparu baby. dua dos. tapi tak direct. dos kedua selang 12 jam. sakitnye...mak ai. kalah sakit injection kancing gigi tu. terdiam kak ton. adoi.


jam 4 pagi baru naik ke wad. nuha masih riang gembira. tak rasa sakit ape pon lagi. masa ni kesian kat husband. tak cukup tidur..nak sahur. lepas hantar nuha kat wad nuha suruh husband balik rumah rehat..rasa macam tak akan bersalin dalam masa sejam dua.
huhu..


kla tunggu part 2 pulak ye..byeeee!!




posted from Bloggeroid

Wednesday, 25 September 2013

make up??

salam. 
actually nuha nak share cerita pengalaman pertama bersalin. tapi dah berminggu-minggu draft. tah bila akan berjaya publish. Ez-Zahra Dahlea dah dua bulan. kehkehkeh.


ok talking about make up....


tadi ada orang contact nuha. minta make up kan dia untuk annual dinner sabtu ni di Melaka. apakan daya la kan. nuha kat bangi. tiba-tiba nuha terfikir syok jugak make up make up orang ni. nuha takde la pandai make up sangat pon..tapi nuha pernah ikut kelas make up Jazzemine Couture (vendor majlis bertandang). itu pon nuha bukan intentionally nak join. foc sebab ambil package dengan Jezzemine.


so disini nuha nak inform yang nuha sedia untuk make up sesiapa yang terasa ingin di-make up kan. let say untuk ke majlis makan malam ke tunang ke. harga InshaAllah mampu.. RM70. ok disebabkan nuha bukan pro make up apetah lagi mua..so harga yang nuha letak ni termasuk dengan test make up. so senang ceritanya 2x make up la ye. sekali untuk trial dan sekali lagi untuk hari kejadian. 


for me this is a win-win situation. nuha dapat praktis teori yang nuha ada dan customer dapat make up test. 


nah satu pic nuha make up diri sendiri waktu bertunang dulu





deal??


contact nuha: hayatihanisah@gmail
com/ 017-4991289

Tuesday, 17 September 2013

FOR RENT: Pallet

salam.
Pallet a.k.a base untuk pelamin.





3 keping pallet untuk disewa.
saiz: 38 x 25 (inci)
harga sewa: RM20 untuk 3 keping
terma dan syarat sewaan:
1) self collect and return di Bandar Seri Putra (Bangi Lama) Selangor
2) tempoh sewaan: 1 minggu
3) Deposit keselamatan: RM30


Contact nuha: hayatihanisah@gmail.com /
017-4991289 (call/sms/wassap)


Monday, 2 September 2013

monday blues: random talk

salam. sihat-sihatkah readers semua? ayat budget sangat cam ade readers kan. oh sebelum nuha cerita apa-apa..nak bagitau yang walaupun blog ni terbiar tak berupdate and dah bersarang-sarang macam gua niah..my wedding items are still on for rental keh. contact je nuha :)

rasanya tak terlalu terlambat untuk nuha ucap selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin. mesti seronok kan raya. nama pon raya..tapi yang paling seronok haruslah golongan kanak-kanak. kita orang yang semakin dewasa ni ape sangatla rasa seronoknye. for me la. seronok bab makan je la. hek3.

as for myself, raya tahun ni is in mood ibu berpantang! yes nuha dah selamat bersalin pada 27 julai lepas which is 15 ramadhan kalau tak salah. awal sebulan dari edd okeh. masa tu usia kandungan nuha 35minggu dan 5 hari. so nuha takdela makan juadah-juadah raya. omg omg!! sangat bersabar diri ini. luckily nuha dah mintak mak masakkan ketupat rendang awal ramadhan haritu. kurang sikit rasa sakit hati tu. huuu..

oh talking about our baby..its a girl yaw!! previously nuha ade mention yang baby nuha boy kan. now i conclude that technology is not always right. terkejut nuha dalam labor room pas doc angkat baby dan tunjuk kat nuha mine is a girl. tapi takpe yang penting baby sihat walaupun lahir pramatang..

teaser gambar baby...



Assalamualaikum uols



nanti kalau rajin nuha story mori my experience in delivering our baby. ou lupa nak share nama baby. ez-zahra dahlea bt aziz zariff :)

semalam..1 september 2013. our first wedding anniversary. one year and more to come. thank you Allah. happy anniversary jugaklah nuha wish kat xbrides yang setarikh dengan kami.

last words for this entry...

love is friendship

take care. kbye
posted from Bloggeroid