Wednesday, 12 February 2014

This is How It Be..

Assalamualaikum. AWAS.. entry tanpa gambar dan panjang..!!

Entah kenapa tiba-tiba nuha nak up entry ni. Mungkin sedikit sentap dengan seseorang. Huhu. Tak patut nuha.. Astagfirullahalazim nuha. Semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Hukum alam tu kan..

Dulu..satu masa dulu sebelum nuha accidentally join keluarga Shaklee. Nuha bukan anti MLM. Tapi malas.. For me MLM ni sinonim dengan sistem piramid, modal besar, kena cari downline, untungkan orang atas yang memang dah kaya raya, meeting tengah-tengah malam..end up senyap begitu saja.

Kita memang biasa sungguh dengar kisah kegagalan insan-insan yang berMLM kan? Bukan mereka mintak untuk gagal..ada sebab-sebabnya. Tak salah untuk berangan kan? In fact orang yang berangan besar tu la yang akan berjaya dengan angan-angannya JIKA disertai dengan usaha dan doa tawakal. Bukan macam mat jenin. Siapa tak nak hidup senang tanpa beban kewangan? Orang gila pun suka bila dapat duit ye tak? hehe.

Awal-awal mengandung dulu nuha join Kelab Ibu-ibu Mengandung kat FB. Yelah..excited kan nak kaut banyak-banyak info tentang pregnancy? huhu. Masa tu banyak sungguh terdedah dengan post Shaklee. Ingatkan Shaklee produk untuk ibu menyusu je waktu tu. Ok abaikan..aku ni mengandung, bukan menyusu. Sadis..!!

Lepas bersalin, nuha guna Set Menyusu Shaklee. Nuha suka..sebab ada positif side effect selain susu badan nuha stable. Muka ku semakin cantik hahahah...'semakin' lagi tu. perasan sendiri dulu cantik jugak :p
Satu hari distributor yang jual Alfalfa pm ajak join Shaklee sebab nuha sendiri guna Shaklee. Boleh dapat bonus untuk diri sendiri nanti.. and I said..

Shaklee ni MLM kan kak? Saya malas sikit ni nak cari-cari orang ni. Bole putus kawan sebab MLM. Nuha takde isu pasal modal sebab modal RM75 je. Tidak la beriban-riban yang kalau perjuangan putus ditengah jalan kita nak regret dengan apa yang kita dah invest. Then distributor tu cakap..Ala ape ey exact ayat nuha lupa dah yang penting nuha ingat dia kata Shaklee ni tak payah p meeting tengah-tengah malam, kita sendiri guna and kita suka sebab dapat tolong orang jadi sihat.

Macam poyo kan ayat tu sebab roughly opcos la suka sebab kita dapat point daripada produk yang customer beli..kahkahkah. But its true kawan. Perasaan yang indah.. Itu yang nuha rasa sekarang bila customer inform positive result daripada pengambilan suplement Shaklee. Dulu tak jadi distributor mana nak rasa gitu..

Nuha minta bagi nuha masa untuk fikir either nak join atau tak. Few days ke few weeks after that nuha cakap ok kak..saya nak join Shaklee bawah akak dengan syarat: ajar saya macam mana nak breastfeed baby. Masa tu nuha ada masalah nak breastfeed Dahlea. Ni pon satu kisah panjang jugak kalau nak cerita tentang breastfeeding journey nuha. It was not easy but today I can breastfeed her with a smile. PM nuha kalau nak cerita tentang kisah breastfeeding nuha.

Then distributor tu datang rumah..'ajar' breastfeed dan nuha isi borang keahlian Shaklee. (Later kalau rajin nuha share pengalaman bersimpang siur nuha untuk breastfeed Dahlea). It was how nuha accidentally joined Shaklee. Seriously demi Allah memang bukan sebab nak biz walaupun waktu tu financial nuha huru-hara. Nuha dah buntu dan hampir nak give up untuk breastfeed Dahlea. Apa-apa la asal ada 'senior' ajar aku. Day by day..nuha and dahlea semakin serasi bersama di alam penyusuan susu ibu kehkehkeh. Tapi nuha rasa sedikit jengkel dengan upline nuha sebab selalu text and call cakap pasal Shaklee. I bz and letih train anak breastfeed ni okeh. nasib baik ada ESP ;p

Slowly nuha 'get into' dunia Shaklee..dan nuha mula rasa seronok. Tidaklah seronok sangat dengan bonus. So tidak.. Bonus pertama nuha dengan Shaklee RM27 je..tak heran langsung. Nuha mula tergerak hati nak involve dengan Shaklee secara serious bila nuha rasa berat nak orang jaga Dahlea kalau nuha keluar bekerja. Sincerely nuha bukan handal dan sabar tahap gaban pun nak handle baby but at least nuha puas hati dan tak risau nak kena hantar dahlea kat orang.

Ha..dah kata tadi entry ni panjang kan?

Ok itula dia cerita tentang dunia Shaklee nuha. Diam tak diam..bulan ni dah lima bulan nuha join Shaklee..dan InshaAllah lagi beberapa hari menjelang 15hb, dapat rasa bonus 4angka pertama nuha dengan Shaklee. Alhamdulillah..Bukan nak berlagak, sekadar berkongsi kegembiraan. Shaklee full time job nuha sekarang. I dont care apa orang nak kata..master holder jadi suri rumah jual Shaklee ke ape ke. Terpulang..yang pasti insan berkata-kata macam-macam tu tak bagi nuha duit pun. Jadi..lantak lah. Memang ramai orang negatif atas bumi ni kan. So kita kena gigih untuk tak negatif sama seperti mereka.

Satu lagi yang nuha suka bila terjoin Shaklee ni is amalan menjemput rezeki yang membuatkan kita meletakkan pergantungan pada Allah sepenuhnya..mendekatkan diri kita dengan tuhan. Dulu liat sungguh nak bangun solat malam..Sekarang alhamdulillah. Bukan nak riak bagitau nuha bangun solat malam ye kawan-kawan. Cuma manusia akan buat suatu perkara yang akan bagi pulangan pada dia. Solat tahajud waktu malam adalah salah satu amalan menjemput rezeki. Bila kita nakkan sesuatu..kita pasti buat. Kan?

Oh panjang sungguh..beremosi ke entry ni? huhu. Maaf kalau ada yang menjengkelkan. Lastly..kepada sesiapa yang ada terfikir untuk berbusiness, my advise is just go for it. Jangan malu..peduli apa orang nak kata..dan yang ada terdetik nak join Shaklee..Nuha alu-alukan. Mari jana pendapatan dengan Shaklee. Dah bersepah-sepah Shaklee distributor kat Malaysia ni..siapa nak beli kalau yang menjualnya pun ramai?

Yakinlah..rezeki daripada Allah bukan daripada manusia..

Sharing is caring.. :)

Nuha
017-4981289/012-6354797
SID1017481

posted from Bloggeroid

Friday, 7 February 2014

Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum..

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Harini nuha nak sambung cerita tentang kolagen keluaran Shaklee.



HEBAT SANGAT KE SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Huhu bunyi macam nak marah ke apa ni. Ok let me explain more. Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1000 Dalton (berat molekul diukur dalam unit Dalton) dapat diserap dengan mudah oleh badan kita dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Molekul kolagen biasa vs molekul Shaklee Collagen Powder

BAHAN UTAMA DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER
- Ekstrak biji benih Camellia japonica
- Ekstrak Pfaffia
- Kolagen ikan
- Ekstrak kerang-kerangan
- Lactobacillus acidophilus
- Vitamin C
- Bitamin B

Kesemua 7 bahan utama dalam Shaklee Collagen Powder ni digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Tu dia...Next time nuha share fungsi-fungsi bahan utama dalam Shaklee Collagen Powder ni.. Insha Allah. Sharing is caring~

Selamat berhujung minggu..

Nuha
017-4991289/ 012-6354797
SID 1017481
FB: nuha hayati



Thursday, 6 February 2014

Vitamin Untuk Suami

Assalamualaikum..

Vitamin memang sinonim dengan orang perempuan kan? Lagi-lagi kalau Shaklee ni..Mesti ramai ingat untuk ibu menyusu je kan? Lagi-lagi ESP. Hihi..Kenapa agaknya ye? Sebab perempuan rajin lelaki tak rajin? Ish..Lelaki pun badan macam orang perempuan jugak..bukannya iron man. Lelaki pun perlu suplemen seperti wanita.

No excuse..sebab lelaki pun berisiko kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada tu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat pun menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi para isteri sekalian, mari ambil langkah mencegah hari ini jugak. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Selain sediakan makan pakai untuk suami.. jom kita sediakan vitamin untuk diorang. Lelaki..kalau suplemen dah ada depan mata, diorang telan je ye tak? Jadi kita as a Very Personal Assistant..Jum sediakan suplemen untuk suami tersayang.




ZINC COMPLEX
Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc. Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya. Zinc Complex ni..kalau nak buat alasan mahal tak mampu nak beli memang kejam la. Kejam kat diri sendiri. Sebotol tahan untuk 4 bulan dan harganya tak cecah pun RM40.. In fact tak sampai RM30 pun..

VITA E COMPLEX
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat. Satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

OMEGA GUARD
Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada info yang dikongsi ni. Sharing is caring~

Nuha
017-4991289/ 012-6354797 (sms/whatsapp)
SID 1017481


posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 February 2014

Sejarah Vita-lea Shaklee

Assalamualaikum..

Banyak hari nuha tak update blog. Macam-macam kejadian. Laju je jantung berdegup, but it ends with a smile. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Ok entry ni nuha nak ajak kita semua belajar subjek Sejarah sikit. Huhu. Jum berkenalan dengan VITA-LEA Shaklee, Multivitamins & Multiminerals yang HEBAT !

Baca: 19 Fakta Nutrisi Dalam Vitalea

Sejarah Vita-lea Shaklee
Sejarah Vita-lea Shaklee
Keistimewaan Shaklee Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Now mood nak kembang kempis hidung sat sebab jadi ahli Shaklee. Bangga okeh!! ngehehe..

Sejarah Vita-lea Shaklee
Sejarah Vita-lea Shaklee

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Sejarah Vita-lea Shaklee
Sejarah Vita-lea Shaklee

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-Tab'. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantasoleh usus kecil.

Baca: 6 Fungsi Bagaimana Vitalea Membantu Anda Kurus

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
Best kan? So...wow!! Semoga info yang dikongsi memberi manfaat kepada kita semua. Amin...

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent