Wednesday, 29 April 2015

Mengapa Individu Sihat Mengamalkan Suplemen

Individu sihat mengamalkan suplemen, individu sakit mengamalkan ubat-ubatan.
Adilkah ayat ini?

Assalamualaikum & hai.

Nuha bersyukur kerana digerakkan hati untuk mencuba suplemen ketika mengalami masalah penyusuan susu ibu 19 bulan yang lalu. Benarlah kata pepatah,tak tahu maka tak tahu. Sebelum berkahwin nuha ada amalkan juga pemakanan suplemen, namun tidak istiqamah seperti sekarang.

Puncanya... kurang pengetahuan.

Nuha rasa diri ini sihat.. maka tak perlu amalkan suplemen. Sebenarnya 'sihat' pada anggapan nuha tidaklah sesihat mana. Nuha masih lenguh-lenguh kaki dan pinggang, cepat rasa letih dan stress walaupun tidak keluar bekerja setiap hari.

Mengapa Individu Sihat Mengamalkan Suplemen
Suri rumah yang bekerja - Google image

Nutrisi yang kita ambil daripada pemakanan seharian kebiasaannya tidak mencukupi untuk menampung dos yang sepatutnya badan kita perlukan. Tambahan kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang ada di pasaran telah tercemar dengan bahan racun perosak dan sebagainya.

Baca: 7 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Makanan Tambahan (Supplement)

Sekarang nuha bersyukur sebab dah tahu kenapa nuha perlu amalkan supplement walaupun rasa diri sihat. Sebab... nuha nak kekalkan kesihatan optimum. Bila badan cukup nutrisi, penyakit susah nak hinggap (dengan izin Allah).

Mengapa Individu Sihat Mengamalkan Suplemen
Hargai sihat sebelum sakit - Google image

Dari sudut kecantikan pula, bila badan dilengkapi dengan nutrisi yang sepatutnya pada dos yang mencukupi, pastinya akan cantik dan awet muda...!

Baca: Ambil Ubat untuk Cepat Baik Atau Ambil Supplement untuk Kesihatan Optimum

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Sunday, 26 April 2015

5 4 3 2 1 Hari lagi

Cepat sungguh masa berlari meninggalkan kita. Pejam celik dah hampir ke penghujung April 2015. Alhamdulillah. Apa yang nuha kira ni?

Assalamualaikum & hai.

Untuk pengetahuan semua, termasuk hari ini (26 April 2015) anda semua ada 5 hari lagi untuk mengambil peluang merebut tawaran hebat Shaklee dalam Promosi Shaklee April 2015.

Promosi Shaklee April 2015
Promosi Shaklee April 2015 berbaki 5 hari lagi - Google image
Baca: Promosi Shaklee April 2015

Lebih menarik lagi, ada sesuatu yang istimewa daripada nuha khas untuk pelanggan-pelanggan nuha yang teristimewa. 5 hari lagi tau..!

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Saturday, 25 April 2015

Promosi Shaklee April 2015

Lebatnya promosi yang Shaklee tawarkan bulan ni. Pastikan anda menggunakan peluang yang ada untuk dapatkan suplemen kegemaran rakyat Malaysia ni ya. 

Assalamualaikun & hai.

Alhamdulillah.. syukur masih diberi peluang meneruskan hidup di bulan April 2015. Semoga terus diberi kesihatan yang baik, agar dapat terus memparbaiki diri menjadi hamba-Nya yang lebih baik, bahagia dan membahagiakan insan-insan tersayang.

Tara..

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015


1) Gla Complex
2) Vita-lea for Children
3) Lecithin
4) Cinch Shake (Cokelat)
5) Cinch Shake (Cafe Latte)
6) DTX Complex 

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Perbezaan DTX Complex Shaklee

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya; Serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri.

Assalamualaikum & hai.

Subhanallah, hebatnya hati kita ni..!

Baca: 4 Fungsi Hati

Beberapa hari lepas nuha dah kongsi tentang Formulasi yang dipaten dalam penghasilan DTX Complex Shaklee. Para pembaca dah maklum bahawa DTX Complex adalah produk yang Syarikat Shaklee keluarkan khas untuk kesihatan hati kita. Jadi hari ini nuha nak sambung cerita tentang Perbezaan DTX Complex Shaklee berbanding jenama lain.

PERBEZAAN DTX COMPLEX SHAKLEE

1) Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama dalam DTX Complex (ekstrak biji benih pokok susu tisel) menyokong keupayaan tubuh badan untuk menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Perbezaan DTX Complex Shaklee
Biji benih pokok susu tisel - Google image
2) Ekstrak biji benih pokok susu tisel menghasilkan 80% silymarin.

Baca: Silymarin

3) DTX Complex Shaklee juga mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Baca: DTX Complex Shaklee - 6 Formula yang dipaten

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Friday, 24 April 2015

Ambil Ubat Untuk Cepat Baik Atau Ambil Supplement Untuk Kesihatan Optimum

Alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka hati untuk mencuba suplemen @ makanan tambahan sebagai alternatif kepada ubat-ubatan dalam usaha untuk sihat. Buktinya dengan lambakkan pelbagai jenis dan jenama suplemen di pasaran hari ini. Dimana ada gula di situ pasti akan ada semut.

Baca: Anda Menghadapi Kekurangan Nutrisi?
Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha ada satu soalan untuk anda semua. Mana satu pilihan anda?

UBAT-UBATAN ATAU SUPPLEMENT?

Masyarakat kita sering menganggap yang suplemen fungsinya sama seperti ubat-ubatan. Sebagai contoh: Hari ini makan suplemen dengan anggapan dan harapan akan terus sihat esok hari.

Ambil Ubat Untuk Cepat Baik Atau Ambil Supplement Untuk Kesihatan Optimum
Ubat atau suplemen - Google image

Hakikatnya tidak akan sama seperti yg dianggap kebanyakkan masyarakat kita selama ini. Suplemen menuntut kita untuk mengamalkannya secara konsisten, dan inshaAllah akan ada kesan positif. Berbeza sama sekali dengan ubat-ubatan.

Baca: 7 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Makanan Tambahan (Supplement)

Makan ubat hari ini esok terus ada kesan positif. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat-ubatan memberi kesan baik kepada pesakit untuk jangka masa pendek. Kesan sampingan untuk jangka masa panjang seperti kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakkan hati pula bagaimana..? Wallahuallam.

Semoga kita semua dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Amin..

Tahniah buat semua pengamal supplement..!

Baca: Jenama Suplemen Terbaik 

InshaAllah nuha akan kongsikan tajuk Mengapa Orang Sihat Amalkan Ssuplemen di masa akan datang. Selamat berhujung minggu semua..!

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Thursday, 23 April 2015

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten

Hebatnya fungsi hati! Hati manusia letaknya di bahagian abdomen dan di bawah tulang rusuk. Hati merupakan organ dalaman terbesar dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan dan metabolisma badan.

Assalamualaikum & hai.

Baca: 4 Fungsi Hati

Kebanyakkan masyarakat kita hari ini begitu mementingkan penampilan diri dan kecantikan hingga ada yang mengabaikan kesihatan dalaman seperti kesihatan hati. Hari ini, nuha nak kongsi sedikit info tentang satu lagi produk ekslusif keluaran Shaklee khusus untuk kesihatan hati iaitu DTX Complex.

DTX COMPLEX: 6 FORMULASI YANG DIPATEN

1) Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)

Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya dengan bahan antioksida. Ia berfungsi untuk melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Milk thistle seed - Google image
Ia juga berfungsi untuk merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis, mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol, membantu mencegah dan merawat masalah batu karang dan membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

2) Articok (Artichoke)

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Artichoke - Google image
Membantu dalam pembinaan semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu.

3) Dandelion

Membantu fungsi hati. Ia sangat berguna ketika berlakunya kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundis. Dandelion juga membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang.

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Dandelion - Google image
Dandelion membantu dalam merawat endometriosis. Ia bertindak sebagai julap lembut untuk mambantu masalah sembelit.

Membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia. Juga membantu dalam melawan tumor dan kanser, merendahkan paras gula dalam darah, dan juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air. 

4) Kunyit (Turmeric)

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Kunyit - Google image
Kunyit mengandungi curcumin (bahan anti-oksida). Kunyit mampu meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan & mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.

5) Cendawan Reishi (Ling zhi)

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Cendawan Reishi - Google image
Membina imun, membantu dalam mencegah atau merawat kanser, mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis, merawat sindrom keletihan yang kronik dan mebantu mencegah penyakit jantung.

6) Schizandra

DTX Complex Shaklee: 6 Formulasi yang Dipaten
Schizandra - Google image
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida. Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Baca: Perbezaan DTX Complex Shaklee

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Wednesday, 22 April 2015

Wordless Wednesday: Jika Anda Mahukan Sesuatu..

... yang anda belum pernah anda miliki, anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.

Success Quotes
Success Quotes - pinterest.com

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Tuesday, 21 April 2015

Dari Adam Untuk ADAM

Perniagaan suami, isteri & keluarga. Bagaimana membina perniagaan keluarga anda dengan Shaklee. Penglibatan pasangan dalam membina empayar perniagaan anda.

Assalamualaikum & hai.

Selain ibu ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak, insan yang sentiasa memberi sokongan kepada nuha dan perniagaan adalah suami nuha sendiri. Bisnes Shaklee adalah bisnes kami bersama.

Baca: Kami Dalam Majalah Shaklee Today

Ahad lepas, pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersiap untuk ke kelas khas buat para suami. Ya, kelas untuk suami. Nuha jaga little Dahlea, suami fokus dengar talk.


Awal pagi sebelum kelas bermula. Little Dahlea duduk sebelah daddy.


Kan dah kata kelas Adam untuk Adam. Speaker pun dari kaum Adam juga.


Sesi bergambar di akhir sesi.

Baca: Kita Guna Je Tau. Jangan Terpedaya Kalau Dia Ajak Masuk Ahli

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Pengedar Shaklee Kawasan Tuaran Dan Kota Belud, Sabah

Dapatkan konsultasi, servis yang tiptop dan sebarang produk Shaklee daripada pengedar yang hebat ini.

Assalamualaikum & hai.

Entry ni khas buat mereka yang tercari-cari pengedar Shaklee di kawasan Tuaran, Kota Belud Sabah dan kawasan-kawasan berhampiran.

Hari ini nuha ingin perkenalkan kepada anda semua pengedar Shaklee Kawasan Tuaran dan Kota Belud, Sabah.

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN TUARAN & KOTA BELUD SABAH

Pengedar Shaklee Kawasan Tuaran Dan Kota Belud, Sabah
Nama: Nor Idzatul Nisa binti Sulaiman
Kawasan: Kota Belud dan Tuaran, Sabah
Contact No: 014-9539239 (sms dan Whatsapp)
Wechat ID: Idzatulahmadi
FB: Nor Idzatul Nisa IamEiyta

Nisa seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak syurga. Nisa seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan Shaklee. Sambil menguruskan keluarga, Nisa turut berpeluang membantu meringankan tanggungjawab suami hasil daripada perniagaan Shaklee.

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari pengedar Shaklee di Kawasan Tuaran dan Kota Belud dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, atau sedang mencari mentor untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.. boleh pm Nisa.

Baca: Pengedar Shaklee Kawasan Gurun, Kedah.

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

DIY: Baju Nikah Untuk Dia

Tahu tak betapa nikmatnya dapat diy busana sendiri untuk majlis sekali seumur hidup sendiri? Diy memang seronok jika disertai dengan rasa cinta yang menggunung tinggi, salah satu aktiviti yang nuha sangat suka. 

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha akan sajikan anda dengan 3 entry sebagai denda kepada diri sebab nuha dah berhutang 2 entry untuk semalam dan kelmarin. 

Ingat lagi entry nuha yang ini?

Baca: Patching Baju Nikah dan Veil

Dan nuha dah bagi sedikit teaser di entry ini?

Baca: Teaser - Baju Nikah Dia

Boleh klik link di atas untuk anda dapatkan sedikit tips kepada B2B yang ada misi untuk diy baju nikah sendiri. Segalanya tak mustahil, cuma perlukan ilmu, kesabaran dan kesungguhan.

Alhamdulillah, kawan nuha dah selamat diijab qabulkan dengan pasangan pilihannya pada 27 March 2015 yang lalu. Walaupun nuha tak dapat hadir ke majlis beliau, nuha dapat rasa 'keberadaan' nuha di majlis tersebut dengan hasil diy di busana pengantin yang nuha hadiahkan untuk pengantin.

DIY: Baju Nikah Untuk Dia   
Seri bakal isteri. Kawan nuha make up sendiri untuk majlis nikah ni.

DIY: Baju Nikah Untuk Dia
Selamat bergelar suami isteri. Alhamdulillah.

DIY: Baju Nikah Untuk Dia

Gambar ni lebih jelas. Nuha tolong jahitkan patch di bahagian kaki baju, tangan baju, detailing di bahagian dada dan 100% veil (potong, jahit tepi & patch lace).

DIY: Baju Nikah Untuk Dia

Keluarga baru.. Tahniah Mie & Anip. Selamat menjalani kehidupan di alam baru, alam rumah tangga yang akan mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih penyabar dan bertanggungjawab.

Sekali lagi nuha jelaskan bahawa nuha tidak mengambil sebarang tempahan menjahit veil, detailing atau menjahit apa-apa sekali pun.

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Saturday, 18 April 2015

Resepi Kek Butter Paling Senang

Resepi kek, resepi kek tiramisu, resepi kek butter, resepi kek red velvet, resepi kek cawan, resepi kek marble, resepi kek gula hangus, resepi kek coklat, resepi kek pisang.

Senang rupanya buat kek asas ni (Kek Butter). Bahan-bahan yang diperlukan cuma 5 jenis saja. Asal mahu cuba, inshaAllah ada hasilnya.

Assalamualaikum & hai.

Sebagai seorang amatur, nuha rasa sangat gembira bila cubaan pertama buat kek asas ni menjadi. Rasa nak melompat bintang.

Baca: Resepi Ayam Kukus Sedap Lagi Berkhasiat Versi Nuha

Seperti biasa, resepi tersedia di google. Kumpulkan bahan-bahan, panaskan ketuhar dan mula mencampur-adukkan bahan-bahan.

BAHAN-BAHAN UNTUK RESEPI KEK BUTTER PALING SENANG:

1) 250 Gram butter
2) 1 Cawan gula
3) 2 Cawan tepung gandum
4) 1 Sudu besar esen vanila
5) 4 Biji telur

Resepi Kek Butter Paling Senang
* Nuha guna 3/4 cawan gula saja (memang tak mahu manis - Nuha guna gula pasir yang dikisar halus).

Baca: Resepi Ais Krim Buah Straberi

Cara-caranya:

1) Kacau gula dan butter sehingga kembang/ ringan.
2) Masukkan esen vanila. Kacau.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan mengacau adunan sehingga sebati.

Nuha tambahkan sedikit serbuk koko untuk dapatkan warna gelap. Nuha lebih suka rasa koko berbanding rasa dan warna butter semata-mata.

5) Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar. Masukkan adunan ke dalam pembakar pada suhu 180°c selama 60 minit.

60 minit yang mendebarkan. Habis tempoh membakar nuha terus keluarkan dari bekas pembakar. Tengok dari sisi kek... "macam menjadi je kek aku ni"

Resepi Kek Butter Paling Senang
Panas-panas tu nuha potong, tunggu hingga sejuk dan terus bagi little Dahlea rasa. Alhamdulillah, texture menjadi, rasa ok (memang tak mahu manis) dan little Dahlea suka. Petang tu suami balik kerja, terus nuha hidangkan untuk minum petang.

Resepi Kek Butter Paling Senang
Seronok sangat bila apa yang kita cuba buat menjadi dan disukai ahli keluarga. Selamat mencuba..!

Baca: Resepi Kuih Bakar Versi Nuha

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

Friday, 17 April 2015

Kepentingan Penyusuan Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Dan Tiada Pemberian Sebarang Makanan Atau Minuman Lain

Apakah yang dimaksudkan dengan pengusuan susu ibu secara eksklusif? Pelajari dan fahami keperluan nutrisi bayi anda agar anak-anak syurga mendapat nutrisi lengkap yang terbaik sepanjang tempoh tumbesarannya.

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha bawa lagi satu topik tentang penyusuan susu ibu. Moga info yang dikongsi memberi manfaat kepada ibu bapa semua.

Baca: Risiko Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu

KEPENTINGAN PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN PERTAMA DAN TIADA PEMBERIAN SEBARNG MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN

Susu ibu membekalkan kesemua nutrien dan air yang secukupnya yang diperlukan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama.

Perbandingan Nutrisi Susu Ibu
Perbandingan Nutrisi Susu Ibu - motherchildnutrition.org
Enam bulan pertama usia bayi anda bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan). Tiada sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi anda selain daripada susu ibu dalam masa enam bulan pertama.

Berikan bayi anda penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari, termasuk penyusuan di waktu malam (penyusuan on demand bukan ikut kiraan jam).

Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan Susu Ibu Mengikut Permintaan Bayi - Google Image
Baca: 8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap

Suplemen, mineral atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan mengikut saranan doktor.

Nutrisi untuk Ibu Menyusu
Pastikan Ibu Mendapat Nutrisi Lengkap - Google Image
Baca: Power Pump - Tips Memperbanyakkan Susu Badan

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent