Saturday, 29 April 2017

Kenaikan Harga Produk Shaklee Mulai 1 Mei 2017

Sepanjang hampir empat tahun bersama Shaklee, ini kali pertama syarikat buat perubahan harga dengan menaikkan harga produk.

KENAIKAN HARGA PRODUK SHAKLEE MULAI 1 MEI 2017

Kenaikan harga produk Shaklee mulai 1 Mei 2017

Untuk makluman, kenaikan yang dibuat sebanyak 4 hingga 6 peratus akan mula berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017 ini. 

Jadi untuk anda penggemar produk semulajadi ini atau jika ingin mencuba sebarang produk Shaklee, anda masih ada kurang 48 jam untuk menikmati harga semasa. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi susu ibu dan kesihatan, Produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapl/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Monday, 17 April 2017

Check: Anda Mungkin Dah Mulakan Langkah Berbisnes Shaklee Tanpa Sengaja

Cuba semak. Mana tahu anda dah pun terbuat separuh dari step memulakan bisnes Shaklee tanpa anda sengaja!

SEMAK: ANDA MUNGKIN DAH MULAKAN LANGKAH BERBISNES SHAKLEE TANPA SENGAJA

Cara mudah bermula dengan Bisnes Shaklee

1) Daftar keahlian Shaklee 

Ada diantara anda layak dapat keahlian Shaklee secara percuma semasa buat pembelian produk.

Ada juga yang membayar yuran keahlian untuk menikmati keistimewaan sebagai ahli Shaklee. 

2)Guna Produk Shaklee 
(Suplemen, Produk Kediaman, dan Skin Care).
Jadi pengguna kepada produk Shaklee itu sendiri. 

3) Konsisten dengan produk yang diamalkan. 
Bila anda konsisten, inshaAllah anda akan dapat rasa manfaat dan kesan-kesan best daripada produk. Cuba untuk konsisten dengan produk sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan. 

Nuha suka cadangkan untuk anda cuba Daily Essential Set (DES). DES adalah set suplemen asas yang superb!

4) Kongsi kesan Shaklee anda
Kongsi pengalaman dan kesan produk Shaklee yang anda rasai dengan keluarga dan kawan-kawan. Ajak mereka cuba dan amal produk-produk Shaklee. Bantu mereka untuk lebih sihat dengan Shaklee. 

Senang kan?

Macam anda cuba makan di restoran asam pedas tempoyak ikan patin yang baru dibuka di tempat anda. Kalau sedap konfem anda viralkan kesedapan makan di kedai tersebut di media sosial kan? 

Konsep yang sama digunakan untuk anda jalankan bisnes Shaklee. Viralkan kesan produk Shaklee yang anda rasa kepada orang ramai. 

Macam Nuha, Nuha bermula dengan bisnes Shaklee dengan step nombor 2, 3, 1 dan empat. Step sama tapi langkah yang berbeza.

Kepada yang perlu bantuan untuk bermula dengan bisnes ini, boleh pm Nuha segera. Kuota team Nuha untuk newbies Bulan April 2017 ni tinggal 3 je lagi. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Friday, 14 April 2017

4 Alasan Tangguh Solat Isyak Yang Wajib Ditolak

Isyak tempohnya paling panjang berbanding 4 waktu solat yang lain. Pun begitu, ramai yang tertinggal solat Isyak dengan pelbagai alasan bertangguh. 

4 ALASAN TANGGUH SOLAT ISYAK YANG WAJIB DITOLAK

Segerakan Solat Isyak

1) Isyak masuk waktu kita tengah makan malam bersama keluarga. 
Bagi habis makan dulu lah.

2) Lepas makan dah kenyang. 
Rehat dulu lah. 

3) Pukul 11 malam. Ngantuk la pulak.
Tidur dulu lah. Nanti karang bangun boleh tahajjud sekali.

4) Pukul 5 pagi. Ngantuknya. 
Lagi 20 minit lah.

Rupanya kita memang jenis susah bangun pagi. Subuh gajah pun tak jumpa! 

Persoalannya, tak cukup panjang ke waktu Isyak? 

Moga perkongsian ini menjadi peringatan kita bersama. Tazkirah ringkas ini Nuha ambil dari saluran Astro Oasis. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Thursday, 13 April 2017

Ibu Bekerja: Bila Patut Buat Stok Susu

Bagi ibu-ibu bekerjaya yang ingin terus menyusui anak dengan susu ibu selepas habis cuti bersalin, isu susu ibu perahan (SIP) atau lebih familiar dalam Bahasa Inggeris sebagai Expressed Breast Milk (EBM) perlu diambil kira awal-awal sedari selepas bersalin lagi. 

IBU BEKERJA: BILA PATUT MULA BUAT STOK SUSU

Buat Stok Susu
Bila Ibu Patut Buat Stok Susu

Cuti bersalin adalah sangat berharga buat ibu bekerja untuk menghabiskan masa berkualiti bersama bayi. Ini termasukkan waktu untuk ibu menyusui bayi bagi memastikan permintaan (demand) dan pengeluaran (supply) susu ibu stabil sebelum ibu kembali bekerja. 

Buat Stok Susu
Bila Ibu Patut Buat Stok Susu
Ibu disarankan untuk fokus menyusui bayi secara terus (direct feeding) mengikut permintaan bayi sepanjang tempoh berpantang dan mula memerah/ mengepam SIP beberapa minggu sebelum kembali bekerja. 

Sebagai contoh; 

2 minggu sebelum tarikh ibu naik kerja semula, ibu boleh mula mengepam dan menyimpan SIP. Perah/ pam susu selepas bayi sudah disusui, sejuk dan bekukan mengikut panduan pengurusan SIP. 

Elakkan daripada memerah susu sebelum bayi anda disusukan kerana bayi mungkin tidak mendapat susu secukupnya pada satu-satu sesi penyusuan. 

Memerah susu selepas menyusui bayi juga bagus bagi memastikan payudara ibu betul-betul "kosong". 

Apabila payudara ibu dikosongkan dengan efisyen, signal akan dihantar untuk badan menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. 

Sebagai tambahan, Nuha suka juga untuk menyarankan agar ibu memerah susu lebih awal dari tempoh 2 minggu sebelum naik kerja bergantung kepada keadaan tertentu seperti gap antara sesi penyusuan yang agak lama.

Ibu ambil peluang ini untuk memerah keluar susu dan simpan SIP tersebut untuk kegunaan bayi selepas ibu naik kerja kelak. 

Payudara perlu dikosongkan bagi memastikan pengeluaran susu ibu "maintain". 

Pastikan ibu mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat bagi memastikan ibu fit sebagai seorang ibu yang menyusui. Pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan untuk membantu ibu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan. 

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

Ibu juga boleh mula memperkenalkan botol susu dengan memberikan SIP kepada bayi 2 minggu sebelum naik kerja. 

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada para ibu untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi selepas habis tempoh cuti bersalin hingga dua tahun umurnya.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Resepi Enoki Tempura Senang Tapi Sedap

Nuha terliur tengok Master Wan Muliani buatkan enoki tempura untuk anak-anak bujangnya. Dalam hati cakap kalau buatkan Dahlea ni mesti laju je dia makan. 

RESEPI ENOKI TEMPURA KUDAPAN UNTUK ANAK-ANAK

Resepi enoki tempura

Selasa malam haritu kami ke Tesco Bandar Puteri Bangi beli sedikit barang basah. Nuha pun rembat 3 pek cendawan enoki. 3 pek je pun yang ada waktu tu. 1 pek harganya 99sen.

Petang Rabu Nuha pun mula cuba resepi enoki tempura ni. Senang ya amat cuma perlu 3 bahan je. 

BAHAN-BAHAN ENOKI TEMPURA

1) Cendawan enoki
2) Tepung Bestari
3) Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan enoki tempura

Master Wan Muliani guna tepung jenama Puas. Nuha guna tepung jenama Bestari. Tepung ni memang ada di rumah. 

Yang penting tepung ni pun tak payah nak celup tepung dulu. Boleh terus celup cendawan lepas tu goreng. 

CARA-CARA PENYEDIAAN ENOKI TEMPURA

1) Potong akar cendawan enoki. Relaikan cendawan jadi satu-satu (tak bergumpal-gumpal)

2) Rendam dan bersihkan cendawan enoki. Kalau ada Basic H boleh gunakannya untuk proses pembersihan. 

Cara penyediaan enoki tempura

3) Toskan lebihan air. 

4) Masukkan cendawan enoki ke dalam tepung Bestari. Golek-golek sampai tepung menyaluti rata cendawan enoki. 

5) Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng sedikit demi sedikit cendawan enoki tadi. 

Goreng sedikit garing lepas tu makan panas-panas uhui sangat sedap. Suami puji sedap.

Esoknya Nuha repeat guna cendawan tiram pula. Sedap!

Kat sini Nuha kongsi sedikit info pasal tepung Bestari. Tepung Bestari ni best sebab sangat memudahkan kita nak menggoreng. Tak perlu celup dengan telur dulu. Terus golekkan apa yang nak digoreng dengan tepung Bestari dan terus terjunkan dalam kuali. 

Tepung Bestari ada 2 jenis. Biasa dan pedas. Kalau ada anak kecil eloklah para ibu pilih yang biasa je sebab yang pedas tu memang pedas. 

Dahlea menikmati enoki tempura

Kali ni Nuha guna tepung Bestari pedas. Dahlea memang mengadu pedas. Peluh-peluh makan enoki tempura. Sekejap-sekejap mintak nak air. 

Tu jelah resepi enoki tempura yang super senang tu. Bolehlah dijadikan jajan a.k.a snek untuk anak-anak. Selamat mencuba ya mommies!

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Sunday, 9 April 2017

Paniknya Tengok Air Kencing Lepas Makan B Complex!

Paniknya tengok air kencing kuning lepas makan B Complex! Bukan anda sorang alami situasi ni, Nuha pun sama dulu. Haha. 

KENAPA AIR KENCING BEWARNA KUNING BILA AMBIL B COMPLEX?

Keadaan ini berlaku kerana kandungan dalam B Complex itu sendiri. Terdapat bermacam jenis Vitamin B.

Kalau B Complex Shaklee, ada 8 jenis vitamin B dalam satu tablet. Salah satunya nama Riboflavin. 

Riboflavin punca kencing jadi kuning pekat

Riboflavin inilah yang membuatkan air kencing menjadi warna kuning yang pekat daripada biasa. 

Riboflavin larut air dan sangat mudah disingkirkan melalui urin. Tubuh badan kita akan ambil riboflavin dalam B Complex itu pada kadar yang badan perlukan sahaja. Selebihnya akan disingkir melalui air kencing. 

Jadi kalau air lencing anda terlebih kuning, jangan panik. Itu menunjukkan badan anda sihat dan sedang berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. 

Badan akan ambil riboflavin setakat yang mencukupi, dan singkirkan yang selebihnya bagi mengelakkan berlaku masalah berlebihan riboflavin dalam badan.

Menarik kan? Sebarkan info dan  manfaat produk-produk Shaklee kepada lebih ramai orang. Bantu lebih ramai orang untuk lebih sihat dengan Shaklee.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Thursday, 6 April 2017

Shaklee Malaysia Hentikan Promosi Bulanan

Selama hampir empat tahun Nuha bersama Shaklee, syarikat tak pernah tak buat promosi produk. Vivix, Ostematrix, Lecithin, Alfalfa Complex, Collagen Powder, Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes, Nutriferon antara produk yang pernah jadi produk promosi.

Setiap bulan mesti ada produk yang dipromosikan. Promosi beli enam percuma satu. 

Kemudian ditambah dengan promosi diskaun 5% dengan belian set berkembar (twin pack).

SHAKLEE MALAYSIA HENTIKAN PROMOSI BULANAN

Sampailah 31 Mac 2017, Shaklee tamatkan promosi bulanan. 

Maka bermula bulan ini, (April 2017) tiada lagi produk promosi daripada Shaklee. 


Promosi-promosi ini dihentikan bagi mengelakkan berlakunya urusan jual beli produk dibawah harga yang sepaturnya oleh pihak-pihak tertentu. 

Kalau ada pun promosi bulanan, ia bukan ditawarkan setiap bulan seperti sebelum ini. 

Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee kegemaran anda pada harga yang menarik, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmati potongan harga sebagai ahli. 

Bukan potongan harga sebagai ahli saja, anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak syarikat. 

Jangan tunggu lagi. 

Hubungi Nuha sekarang untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Wednesday, 5 April 2017

Wordless Wednesday: Later Can Be Never

Kata kuncinya ialah jangan bertangguh. Perkataan "later" boleh jadi "never". Bertindak sekarang!

Tuesday, 4 April 2017

Resepi Sahur Rahsia, Rasa Kenyang Sampai Petang

"Yang, kena beli lagi ni ESP 3-4 botol buat stok Ramadhan nanti. Takut tak cukup" -Kak Nur-

ESP BANTU PASANGAN SUAMI ISTERI PUASA

Betullah kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'. Hanya yang pernah bersahur dengan ESP saja yang rasa kesannya. 


Pasangan suami isteri yang mengambil ESP dan kurma sebagai salah satu hidangan ketika bersahur sepanjang Ramadhan. 

Nuha salah seorang peminat ESP, 100% setuju dengan kata-kata Kak Nur. 

Lagilah untuk ibu menyusu yang selalu kelaparan. ESP memang sangat membantu Nuha rasa lebih bertenaga, rasa kenyang lebih lama dan dapat hasilkan susu ibu yang pekat walaupun Berpuasa. 

Seperti yang diketahui, protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. ESP pula adalah protein soya bukan gmo, memenuhi keperluan nutrisi yang tubuh badan perlukan. 

Walau bagaimanapun, kesan ESP ini adalah berbeza bagi setiap individu. Nak tahu kesan yang bagaimana pada tubuh anda, kenalah cuba sekarang.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah