Thursday, 18 May 2017

Community Health Event Yang Havoc. Pastikan Anda Menyertainya

Seperti yang Nuha bagitahu dalam entri sebelum ni, Shaklee sekali lagi akan menganjurkan karnival kesihatan seperti yang telah berlangsung dua minggu lepas.

JEMPUTAN KE SHAKLEE COMMUNITY HEALTH EVENT

Kali ini, karnival yang Nuha maksudkan akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini. Lusa!

Tarikh: 20 dan 21 Mei 2017 (Sabtu dan Ahad)

Tempat: Shaklee Home Office, Geo Tower Bandar Sunway
Masa: 10 pagi hingga 5 petang


Pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma disediakan seperti pemeriksaan Body Mass Index (BMI), tekanan darah, pemeriksaan tulang, analisis kulit dan pemeriksaan kesihatan payudara. 


Selain pemeriksaan kesihatan percuma, ada juga ceramah kesihatan dengan topik Kesihatan Reproduktif yang akan disampaikan oleh Dr. Kannappan Palaniappan.

Ceramah kesihatan ini akan berlangsung pada hari Sabtu (20 Mei 2017) pada 2.30 - 3.30 petang dan ianya juga percuma.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti dan peraduan menarik menanti anda.

Antara hadiah yang menanti tuannya

Datang dengan tangan kosong, balik dengan "buah tangan" pemberian Shaklee semestinya sangat menyeronokkan.

Selfie and win!

Game Tornado Chamber ni memang exiting habis

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee, Opportunity Meeting juga disediakan. Datang dan dengar sendiri kisah-kisah penuh inspirasi dan kesan Shaklee daripada pemimpin perniagaan yang telah berjaya.

Business Opportunity Meeting
 
Jumpa anda di sana ya.

Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkaitan karnival ini, anda boleh berhubung terus kepada Nuha melalui nombor telefon yang tertera di bawah.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, Produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Tuesday, 16 May 2017

Karnival Kesihatan Shaklee: Kesihatan, Keseronokan Dan Keceriaan

Ahad dua minggu lepas Kak Nuha ajak suami dan keluarga mertua ke Karnival Kesihatan anjuran Shaklee. Motif utamanya untuk semak tahap kesihatan badan masing-masing. Kita rasa sihat, dalaman wallahuallam. 

Mencegah lebih baik dari mengubati. 

KARNIVAL KESIHATAN SHAKLEE: ANTARA KESIHATAN, KESERONOKAN DAN KECERIAAN

7 Mei lepas, kami sekeluarga ke Karnival Kesihatan Anjuran Shaklee yang diadakan di Home Office Shaklee yang baru di Geo Tower, Bandar Sunway. 

Kami di Karnival Kesihatan Shaklee 2017

Kami memang plan keluar rumah pagi supaya sampai kat sana awal, waktu orang belum ramai. Semangat kan. 

Antara pemeriksaan percuma yang ditawarkan adalah seperti pemeriksaan BMI, kolesterol dan gula dalam darah, tekanan darah, pemeriksaan kepadatan tulang dan akhir sekali sesi konsultasi bersama pakar nutrisi Shaklee. 

Pemeriksaan Kepadatan Tulang. Tulang Nuha normal. Alhamdulillah asbab amalan Ostematrix


Kaunter konsultasi bersama pakar nutrisi

Selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma, ada pelbagai permainan dan contest untuk disertai. 

Nuha join contest Pose, Post & Win!

Semestinya ada hadiah menanti!

Dapat hadiah rubbermaid shaker yang Dahlea pegang tu

Rezeki kami sekeluarga dapat kat sana pada hari tersebut


Ipar Nuha dapat Vivix percuma dengan aktiviti "Tornado Chamber"

Ipar Nuha punya excited dan tak sangka tu sampai tiga hari cerita pun masih terasa nak melompat-lompat lagi tau. Mana tidaknya, dapat hadiah produk premium Shaklee.

Pengunjung juga diberi peluang merasa menu sihat yang disediakan di bahagian demo caffe. 

Demo caffe. Kiri sekali ni menu mangga yang dicampur dengan kolagen premium Shaklee. Sangat sedap!

Ada salad, sandwich, protein shake yang ditambah dengan produk Shaklee dalam setiap menu yang disediakan. 

Mertua Nuha pun sporting bergambar kat sana

Semuanya kat sini disediakan dan ianya percuma. Suka kan benda-benda free ni. Hehe.

Kepada yang terlepas untuk menyertai Karnival Kesihatan Shaklee ini, jangan bersedih sebab karnival ini akan dianjurkan sekali lagi pada 20 & 21 Mei 2017 ini di lokasi dan waktu yang sama. 

Cuma bezanya karnival 20 & 21 Mei 2017 ini menawarkan beberapa pemeriksaan lain seperti analisis kulit dan pemeriksaan payudara. 

Jemput datang semua, karnival ini terbuka kepada umum dan sekali lagi Nuha ulang ianya adalah percuma. 


Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, Produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah