Thursday, 27 July 2017

Mesti Grab Stok Baru Cinch Shake Perisa Vanila

Cinch Shake Mix Perisa Vanila ni antara kegemaran Nuha selain perisa Latte. Memang sedap.

INFO: STOK BARU CINCH SHAKE MIX - VANILA


Kat sini Nuha kongsi sekali lagi antara 9 manfaat utama Cinch Shake ni.

9 FAEDAH UTAMA CINCH SHAKE MIX:

1) Index glisemik - 22, sesuai untuk pengidap kencing manis.

2) Dilengkapi dengan cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino

3) Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.

4) 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.

5) Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan.

6) Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

7) Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

8) Penggunaan soya bebas GMO. 
Poin kelapan ni memang menjadikan Cinch Shake Mix pilihan ramai sebab hanya soya bukan GMO digunakan dalam penghasilan produk ini. 

9) Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Saturday, 22 July 2017

Kenangan Riang Ria Raya 2017

Syawal makin ke penghujungnya. Nuha nak ambil kesempatan ini untuk mengkompilasikan antara gambar-gambar Aldilfitri tahun ini sebagai kenangan.

GAMBAR-GAMBAR RIANG RIA RAYA 2017

Bermula dengan pagi 1 Syawal di rumah mak Nuha.


Balik dari Solat Sunat Aidilfitri dan bermaaf-maafan. Luthfi Aduqa tengah tidur jadi takda dalam gambar ni. 


Nenek dan Dahlea. Tahun ni untuk pertama kali Dahlea sama-sama dengan nenek ke masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri. Seronok bukan main. Siap dapat duit raya kat masjid!


Family photo. Keluarga kecil Nuha. Rasanya ni best shoot kami untuk raya tahun ni. Hehe. Bolehlaaa.


Suami dan anak-anak.



Family group photo 1 - Nuha sekeluarga dengan mak, adik & suami dan adik lelaki. Ipar perempuan jihad bekerja di hari raya. Besar pahala mereka yang kerja disaat orang lain sedang bersama keluarga.

Abang & keluarganya beraya di rumah keluarga kakak ipar dulu.



Anak-anak Nuha & suami, Ez-Zahra Dahlea dan Luthfi Aduqa. Nampak tu kan muka baru bangun tidur Luthfi. 



Kasi can sikit Nuha dan suami selfie. Ini bukan pergi dating tau. Anak-anak ada kat seat belakang tu tengah tidur. 



Syawal hari ketiga (nampak tak kami dah recycle baju hari pertama haha). Family group photo 2 - beraya di rumah abah. Kali ni dengan family abang dan adik & adik ipar). 

Nuha ada anak buah kembar tau. Comel terlampau diorang tu. 



Dahlea dan sepupu-sepupu comel.



Geng emak-emak buat cubaan selfie. Mohon tidak dikecam.

Dari rumah abah, kami empat beranak terus ke Behrang (rumah ibu kandung mertua Nuha). 



Cubaan nak amek gambar keluarga dengan gambar latar yang lebih permai kononnya.



Ez-Zahra Dahlea mood bergambar tengah on. Elok je dia posing. 



Dahlea selfie dengan Mak Andak. 



Mak Lang ajak Dahlea selfie pulak.

Syawal ketujuh baru kami sekeluarga sebelah suami dapat berkumpul dan bergambar bersama. Waktu ni beraya di rumah Mak Uda belah suami. 



Family group photo 3 (family suami) - Tahun ni tema warna belacan. 

Family group photo 4 - Ni pulak gambar family abang & family adik lelaki dengan mak Nuha. Syawal hari keberapa Nuha pun dah tak ingat sebab tak berada di tempat kejadian. Hehe. 



Last sekali Nuha nak kongsi gambar lemang periuk kera yang Nuha makan masa kenduri berbuka puasa malam raya di rumah makcik. 



Ala lemang periuk kera macam dalam cerita upin & ipin tu. Adik ipar Nuha beli. Katanya lemang ni memang dijual tak ikut musim. 

Maksudnya tak raya pun tetap ada dijual. Harganya dari RM1 - RM2 kalau tak silap Nuha. Bergantung pada saiz periuk. Jangan tanya kat mana kedai lemang ni dijual. Nuha memang tak tanya lanjut kat adik ipar. Nuha makan je haha.

Semoga kami sekeluarga terus diizinkan Allah untuk bertemu Ramadan dan Syawal tahun-tahun mendatang. 

Amin. 

*Baju raya Nuha, suami dan anak-anak by Zeerynee Studio, Klang. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Friday, 21 July 2017

Energi Kekayaan Metafizik by Al-Quran

Dalam mendalami ilmu Metafizik, kita tidak boleh lari dari membincangkan Sains Metafizik Spiritual iaitu Amalan Kerohanian Metafizik Al - Quran kerana Metafizik Pernomboran Islam diambil dari Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan terbesar serta yang utama.

ENERGI KEKAYAAN METAFIZIK BY AL-QURAN

Metafizik Spiritual
Metafizik Spiritual - Energi Kekayaan Metafizik by Al-Quran

1) Amalan Bacaan Yaasin dipagi Hari

Energi 83 dan 38 (instint dan rezeki tanpa disangka). 83 dikaitkan dengan instint, 6th sense, mulut masin, ilham dan firasat serta kekayaan. Manakala, 96/ 69 adalah lambang kekayaan dan kerezekian.

Maka amalkanlah Yaasin disetiap pagi kerana Yaasin surah 36 (pelaburan) yang mengandungi 83 ayat (kerezekian)

2) Amalan Bacaan Al-Waqiah diawal Pagi

Amalkanlah bacaan Surah Al-Waqiah diwaktu pagi kerana Surah Al-Waqiah surah yang ke 56 (peluang rezeki) yang mengandungi 96 ayat (surah kekayaan).

Cubalah juga amalkan sebelum tidur.

3) Amalkan Sunat Dhuha 6 Rakaat 

Waktu Dhuha adalah waktu Zon Masa dan Langit Berwarna Emas (lambang kekayaan) @spektrum lemas disamping juga 6 adalah lambang kerezekian.

4) Tahajjud

Zon Masa Tertinggi iaitu pada Zon Langit Indigo dan Kristal yang mengaktifksn Crown Chakra dibahagian ubun-ubun untuk menjana idea pemikiran yang hebat.

Disaat inilah ilham yang baik-baik sentiasa datang. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah dalam hati.

5) Zikrullah

Zikir yang paling baik dan berkesan untuk diri adalah dalam keadaan tenang dan zikir yang dilafazkan mestilah dialun dengan hela nafas dan teratur.

Zikir mempunyai rima akhir yang sama yang apabila dilafazkan secara teratur , ia mengaktifkan 6th sense kita (zouq). Sebab dalam zikir, otak kita dalam keadaan Trance (tahap alpha) yang sangat-sangat berkuasa.

Maka, tidak hairanlah kebanyakan doa termakbul disaat ini.

Dalam doa, ia adalah masa paling bagus untuk buat saranan (doa) kerana minda kita dalam keadaan unconsious level.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

*Tulisan ini Nuha copy dan paste. Jika anda tahu penulis asalnya, mohon komen atau hubungi Nuha untuk dikreditkan kepada penulis asal.*

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah