Thursday, 1 November 2018

Bengkel Penyusuan Susu Ibu 10 November 2018

LET’s BREASTFEED OUR BABIES!

Alhamdulillah! Kami kembali.
#ProjekSusu3.0

Atas permintaan ramai, kami Team Projek Susu dengan berbesar hati menganjurkan Bengkel Penyusuan Susu Ibu.


https://goo.gl/forms/Y58NXlFkyjeZBG402

Istimewa untuk ibu dan ayah seperti anda. Jom sertai bengkel ini yang akan diadakan pada:

Tarikh: 10 November 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari.
Tempat: Sunway Geo Tower, Tingkat 3.

Bayaran :
RM50 tiket individu
RM80 tiket berpasangan

Istimewanya kami jemput Speaker Pakar yang merupakan seorang bekas Jururawat, Ahli Terapi, Bidan dan merangkap Kaunselor Laktasi Puan Norhafizah Ishak yang akan berganding bahu bersama seorang lagi Kaunselor Laktasi, Puan Amalina Mohayidin.

Disamping tips-tips praktikal semasa berpantang dan penyusuan, kami juga jemput Pakar Nutrisi berkongsi tentang pemakanan dan nutrisi penting semasa berpantang dan penyusuan!

Jadi, SIAPA WAJIB SERTAI BENGKEL INI?

• Ibu-ibu pertama kali mahu menjayakan penyusuan susu ibu.
• Ibu-ibu yang ada pengalaman menyusu tapi mahu berikan lebih baik untuk anak tersayang.
• Tertanya-tanya bagaimana proses awal penyusuan berlaku?
• Berdebar-debar dan panik menanti hari?
• Pernah berputus asa dalam penyusuan?
• Mahu menambah persediaan diri, mental dan fizikal?
• Mahu menimba ilmu bersama suami?
• Suami yang mahu tahu apa sumbangan suami semasa isteri berpantang.
• Sukakan penerangan secara santai dan praktikal?

Paling istimewa, para peserta akan dapat goodies dari FEED by UMMI NAJLA, MommAZ Houz, Kak Nis Babyboom, Mother's 1st Choice, Tateh, Aisy Arash Products, Moms Munch dan beberapa lagi tajaan yang sangat menarik!

Jamuan ringan disediakan.

https://goo.gl/forms/Y58NXlFkyjeZBG402

Hubungi penganjur, buat bayaran segera untuk sertai program ini.

Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja!
Jangan tangguh!
Daftar segera!

KLIK LINK SEKARANG UNTUK PENDAFTARAN

https://goo.gl/forms/Y58NXlFkyjeZBG402
https://goo.gl/forms/Y58NXlFkyjeZBG402
https://goo.gl/forms/Y58NXlFkyjeZBG402

Anda boleh hubungi Nuha untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

#ProjekSusu3.0


Nuha

017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)

FB: Nuha Hayati

IG: nurul_hayati_hanisah

Kemana Hala Tuju Blog Nuha Hayati dan Kelahiran Anak Ketiga

Nuha tahu berbulan-bulan blog ni tak berjaga. Tak ada pertambahan entri baru. Renew domain setiap tahun tapi pengisian entri sangatlah sikit. 

Hai & Assalamualaikum. 

TERKINI TENTANG NUHA

Walaupun tak berkemaskini tak bertambah entri baru, blog ini masih ada pengunjungnya. Nuha nak ucap terima kasih pada anda yang sudi singgah ke blog Nuha. 


Bulan lepas ada lebih 4 ribu page views. InshaAllah lepas ni Nuha akan aktif berblog semula. Terima kasih kepada semua yang menyokong Nuha selama hampir 8 tahun Nuha di alam blog ni. 

Sekadar berkongsi, keluarga kecil Nuha dah bertambah sorang lagi. Nuha selamat melahirkan seorang lagi anak perempuan pada 17 September 2018 yang lepas di Hospital Sungai Buloh, Selangor. 

Nuha dapat rasa sekali lagi bersalin secara normal walaupun pada asalnya bayi dalam kandungan Nuha berposisi songsang. Ada masa dan kerajinan nanti Nuha kongsi cerita kandungan songsang ni ya.


Anak ketiga ni baru suami Nuha dapat peluang jadi peneman di bilik bersalin. Rezeki kami suami isteri. Merasa juga akhirnya. Kami sepakat beri nama Hayfa Seroja binti Aziz Zariff. Hayfa dalam Bahasa Arab bermaksud rupawan. Seroja pulak macam kita semua tahu nama bunga. 

Nantikan entri-entri lain daripada Nuha. Lagi satu perkara untuk yang mungkin ramai belum tahu. Nuha ada 1 akaun WordPress yang Nuha fokus penulisan tentang penyusuan susu ibu. Jemput ya singgah ke susubonda.wordpress.com

Tentang Shaklee pula, Nuha masih bergerak aktif sebagai pengedar sah Shaklee. Cuma sekarang ni Nuha buat servis penghantaran (COD) untuk kawasan Kuala Selangor. Ya, Nuha sekarang pengedar Shaklee Kuala Selangor.

Orang Kuala Selangor boleh contact Nuha ya. Kepada yang berminat nak tambah pendapatan dengan Shaklee, dan nak sertai team Nuha. Kecil tapak tangan nyiru Nuha tadahkan. 

Suami Nuha pula buat kerja part time dengan Coway Malaysia sebagai Health Planner. Kalau rumah anda masih belum ada penapis air, boleh hubungi suami Nuha dapatkan penapis air Coway untuk rumah anda/ ibu bapa hari ini juga. (En. Aziz - 0126354797)

Rasanya tu saja update terkini dari Nuha. Jumpa lagi di entri lain. 

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah


Wednesday, 30 May 2018

Bahaya Darah Beku Dalam Pantang Penyebab Maut

Ramai beranggapan demam, sakit pada betis dan sakit dada atau rasa penat berlebihan ketika berpantang disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya. Jangan pandang remeh situasi seperti ini.

DARAH BEKU DALAM PANTANG

Bagi wanita yang mempunyai tanda ini mereka dinasihatkan tidak mengambil mudah. Segera berjumpa doktor kerana ada kemungkinan anda diserang embolisme paru-paru atau darah beku dalam saluran darah menuju paru-paru. 

Menurut Pengarah Perubatan, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi Dr. Habibah Abd Ghani, keadaan ini berlaku kerana ketika mengandung darah menjadi lebih pekat daripada biasa. 

Hormon wanita hamil akan merangsang lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya untuk melindungi wanita daripada mengalami keadaan tumpah darah selepas bersalin. 

DARAH BEKU DALAM PANTANG

Selain itu janin yang semakin membesar akan menghimpit saluran darah utama menyebabkan aliran darah kurang lancar. 

"Jika wanita tidak sedar dan merasakan ia perkara biasa, lama-kelamaan darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar pada bahagian kaki. Ini akan menyebabkan berlakunya trombosis vena atau penggumpalan darah dalam salur darah vena.

Pesakit akan menunjukkan tanda bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya ia tidak dirawat, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa.

Darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak mengikut aliran darah hingga ke saluran darah ke paru-paru, menyebabkannya tersumbat serta boleh mengakibatkan kematian," katanya.

Walaupun kejadian ini jarang berlaku, menurut Dr. Habibah, ia boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Malah dalam kebanyakan kes, ia hanya dapat disahkan selepas bedah siasat dijalankan. 

"Kebanyakan wanita kurang mengambil tahu mengenai masalah ini kerana ia jarang didedahkan. Ia menjadi faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh ramai orang. 

Tetapi, perlu diingat kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital," katanya.

Artikel asal: Siti Zarinah Sahib
Harian Metro 12 Oktober 2017

*Ada lagi sambungan artikel ni tapi Nuha jumpa page yang ini je tadi.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, melahirkan, berpantang, menyusukan dan membesarkan anak-anak. 

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Tuesday, 23 January 2018

Darah Beku Dalam Pantang Punca Kematian Mengejut

Ramai beranggapan demam, sakit pada betis dan sakit dada atau rasa penat berlebihan ketika berpantang disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya. Jangan pandang remeh situasi seperti ini.

DARAH BEKU DALAM PANTANG

Bagi wanita yang mempunyai tanda ini mereka dinasihatkan tidak mengambil mudah. Segera berjumpa doktor kerana ada kemungkinan anda diserang embolisme paru-paru atau darah beku dalam saluran darah menuju paru-paru. 

Menurut Pengarah Perubatan, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi Dr. Habibah Abd Ghani, keadaan ini berlaku kerana ketika mengandung darah menjadi lebih pekat daripada biasa. 

Hormon wanita hamil akan merangsang lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya untuk melindungi wanita daripada mengalami keadaan tumpah darah selepas bersalin. 

Kematian mengejut
Darah Beku dalam Pantang

Selain itu janin yang semakin membesar akan menghimpit saluran darah utama menyebabkan aliran darah kurang lancar. 

"Jika wanita tidak sedar dan merasakan ia perkara biasa, lama-kelamaan darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar pada bahagian kaki. Ini akan menyebabkan berlakunya trombosis vena atau penggumpalan darah dalam salur darah vena.

Pesakit akan menunjukkan tanda bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya ia tidak dirawat, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa.

Darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak mengikut aliran darah hingga ke saluran darah ke paru-paru, menyebabkannya tersumbat serta boleh mengakibatkan kematian," katanya.

Walaupun kejadian ini jarang berlaku, menurut Dr. Habibah, ia boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Malah dalam kebanyakan kes, ia hanya dapat disahkan selepas bedah siasat dijalankan. 

"Kebanyakan wanita kurang mengambil tahu mengenai masalah ini kerana ia jarang didedahkan. Ia menjadi faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh ramai orang. 

Tetapi, perlu diingat kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital," katanya.

Artikel asal: Siti Zarinah Sahib
Harian Metro 12 Oktober 2017

*Ada lagi sambungan artikel ni tapi Nuha jumpa page yang ini je tadi.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, melahirkan, berpantang, menyusukan dan membesarkan anak-anak. 

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Wednesday, 10 January 2018

Bengkel Kelahiran dan Penyusuan Januari 2018

Untuk ibu-ibu, kaum ayah dan bakal ibu ayah semua, Nuha dan team Projek Susu dengan berbesar hati nak menjemput anda semua ke BENGKEL KELAHIRAN DAN PENYUSUSU SUSU IBU. 

BENGKEL KELAHIRAN DAN PENYUSUAN JANUARI 2018

Ilmu Lengkap untuk Ayah dan Ibu

Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Januari 2018 (Sabtu)
Masa: 2 - 6 petang
Lokasi: Sunway Geo Tower

Antara topik istimewa yang akan dikongsi dalam bengkel ini adalah fasa berpantang dan peranan suami, proses dan teknik penyusuan badan, mastitis dan cara menghindarinya dan mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dengan nutrien lengkap. 

Nuha nak beritahu, tiket bengkel ini adalah terhad. Bayaran RM30 untuk 1 tiket dan RM50 untuk 2 tiket.   

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, anda boleh hubungi nombor yang tertera di poster atau boleh hubungi Nuha terus. Jom kita sama-sama mencedok lebih banyak ilmu tentang kelahiran dan penyusuan susu ibu.

InshaAllah, jumpa anda disana.

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Sunday, 7 January 2018

3 Tip yang Anda Boleh Ikut untuk Kesihatan Optimum

Di Shaklee, kami tidak memfokuskan kepada bisnes semata-mata. Keutamaan kami adalah kepada gaya hidup dan kesihatan yang optimum. Shaklee adalah satu gaya hidup. Nuha kongsikan 3 saranan Shaklee yang boleh anda amalkan untuk kesihatan yang optimum, inshaAllah dengan izinNya jua.

3 SARANAN SHAKLEE YANG BOLEH ANDA IKUT UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

3 Tip Kesihatan Optimum dari Shaklee
3 Saranan Shaklee untuk Kesihatan Optimum
Gambar dari: www.partnersforhealthyliving.com

1) MAKAN SIHAT

Pelan pemakanan yang sihat termasuklah pemilihan pemakanan yang seimbang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah atau bebas lemak.

2) SENAMAN DAN KEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM

Lakukan aktiviti fizikal secara teratur sebagai komponen utama dalam pengurusan kesihatan.

Bersenam penting untuk menggalakkan kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan serta mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit kronik.

3) PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN SECARA BIJAK 

Pengambilan multivitamin atau suplemen mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah pilihan yang tepat.

Pastikan anda mengambil sumber protein yang cukup setiap hari. Protein merupakan blok asas dalam pembinaan tubun badan, untuk kekal bertenaga dan kulit yang sihat.

Cuba untuk tingkatkan mengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA. Nutrisi-nutrisi ini sangat berkait dengan pengurangan risiko penyakit jantung dan menyokong menambah baik keradangan dan tindak balas metabolik.

Nutrisi anti oksidan pula membantu dalam memelihara sel daripada serangan penuaan. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan nutrisi yang kaya dengan fungsi anti oksidan seperti vitamin C dan E serta beta karotin.

Pastikan juga anda mengambil vitamin B penting termasuklah asid folik, vitamin B6 dan B12 untuk menyokong perlindungan DNA dan menyokong penuaan yang sihat.

Akhir sekali penekanan kepada nutrisi probiotik dalam menyokong pencernaan yang sihat dan fungsi imun.

Nuha suka dan mengamalkan supplement keluaran Shaklee. Produk-produk Shaklee adalah natural, telah diuji secara klinikal tentang keselamatan dan keberkesanan produk sebelum dijual di pasaran. Live well, be well.

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Saturday, 6 January 2018

Terjaga 5 Pagi Sebab Semut

Bila dah jadi emak anak 2 ni makin mencabar rasanya nak bangun awal pagi. Bukan sengaja, tapi yelah rutin harian padat dengan anak-anak. Tambah lagi dengan urusan bisnes di rumah.

Pengurusan masa memang sangat sangat penting. Kena plan, pastu ikut plan. Kalau tak, ke laut lah alamatnya. 

TERJAGA 5 PAGI SEBAB SEEKOR SEMUT

Malam tadi sebelum tidur Nuha doa dalam hati. "Ya Allah, aku nak bangun pukul 5 pagi".

Nak jadi cerita tengah-tengah tidur Nuha terjaga sebab sakit telinga. Rasa ada benda bergerak-gerak dalam telinga dan sakit.

Sah, semut masuk dalam telinga!

Teringat dulu masa kecil Nuha selalu terjaga malam sebab semut masuk telinga. Ngeri.

Nanti mak Nuha akan tolong titiskan minyak kelapa dalam telinga. Semut akan mati lemas dalam telingaku huhuhu. 

Tapi pagi tadi, Nuha masukkan anak jari dalam-dalam dan tekan dengan harapan semut tu mati penyek. 

Cubaan berjaya. Lepas tu Nuha dah tak rasa sakit. Matilah agaknya tu. 

Nuha keluar bilik tengok jam pukul 5.

Allahu Akhbar!

Allah dengar dan angkat doa Nuha, melalui semut Nuha bangun pukul 5 pagi.

Amazing kan.

Apa yang jadi pagi tadi mengingatkan Nuha yang sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha pemberi. 

Mintalah apa pun dari Allah

Kita selalu rasa was-was bila nak minta sesuatu dari Dia. Tapi kalau Dia nak beri, tetap Dia boleh beri walau kita fikir benda tu tak logik.

Satu yang Nuha belajar pagi tadi,

Mintalah apa pun dengan Allah melalui doa. Memang Dialah tempat kita meminta.

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Jemputan ke Health and Wellness Talk

Nuha nak jemput anda semua ke Health & Wellness Talk bulan ini. Walaupun talk ni pendek bagi sesi, tapi Nuha suka sangat sebab sangat padat dengan ilmu dan info.

JADUAL HEALTH AND WELLNESS TALK BULAN JANUARI 2018

Bulan ni ada 3 topik yang sangat menarik:

1) Asid Lemak Omega 3 
2) Coenzyme Q10, Polifenol, Sterol Tumbuhan 
3) Youth - Produk Penjagaan Kulit Terbaru Shaklee.

Macam mana nak sertainya?

Mudah saja. 

Lihat tarikh dan lokasi talk berhampiran anda, kemudian hadirkan diri pada tarikh berkenaan.

Kawasan Lembah Klang

Kawasan Utara

Kawasan Timur Malaysia

Kawasan Pantai Timur

Kawasan Selatan

Jemput hadir ya. Talk ini percuma je dan dibuka kepada umum.

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Wednesday, 3 January 2018

Promosi Tahun Baru Januari 2018!

Hai semua! Nuha teruja dengan promosi yang Shaklee tawarkan bulan ini. Ada 2 produk promosi bulan ini yang memberikan anda penjimatan yang sangat best. Anda dah tahu ke apa produk promosi  bulan ni?

PROMOSI BULAN JANUARI 2018 - VITALEA FOR CHILDREN DAN OMEGA GUARD

Promosi Shaklee Januari 2018
Promosi Shaklee Januari 2018

1) Promosi Welcome Back to School
Vitalea for Children

Anak-anak dah mula ke sekolah. Boleh kata semua ibu ayah risau dan terbayang-bayang macam mana anak masing-masing kat sekolah. Apa makanan yang anak-anak makan di sekolah? Berkhasiat ke, cukup nutrisi ke, atau jajan jadi pilihan?

Berita baik untuk ibu ayah!

Promosi Vitalea for Children
Promosi Vitalea for Children

Shaklee menawarkan Vitalea for Children iaitu Multivitamin semulajadi yang diformulasikan khas untuk menampung keperluan nutrisi anak-anak setiap hari.

Vitalea for Children membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk menyokong tumbesaran anak anda.

Kelebihan Vitalea for Children berbanding multivitamin lain yang ada di pasaran adalah ianya semulajadi, tanpa bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan, bebas gluten dan didatangkan dengan perisa anggur semulajadi.

PROMOSI SHAKLEE BULAN INI: Dapatkan sebotol Vitalea for Children secara percuma dengan setiap pembelian 3 botol Vitalea for Children. Anda jimat sehingga RM111.25.

Klik link ini untuk terus buat belian: Vitalea for Children Beli 3 Percuma 1

Tahun baru dan azam baru, semestinya kita semua inginkan kesihatan yang baik, badan yang sihat dan bertenaga. Apa lagi satu produk promosi bulan ini?

2) Promosi Omega Guard

Promosi Omega Guard Shaklee
Promosi Omega Guard Shaklee

Tahukah anda apa antara manfaat Omega 3 kepada kesihatan tubuh badan kita?

1) Menyokong kesihatan jantung
2) Menyokong kesihatan salur darah
3) Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi dalam kandungan
4) Menyokong kesihatan kulit
5) Menyokong kesihatan otak dan daya ingatan

dan banyak lagi.

Bulan ni special sebab anda boleh dapat diskaun 5% dengan setiap belian 3 botol Omega Guard Shaklee.

Klik link ini untuk terus buat belian : Omega Guard Beli 3 Diskaun 5%

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Tuesday, 2 January 2018

Azam 2018 untuk Blog www.nuhahayati.com

Azam Nuha tahun 2018 salah satunya untuk blog ni. Rasa membazir bila renew domain setiap tahun tapi entri yang ditulis seciput.  

AZAM 2018 UNTUK BLOG WWW.NUHAHAYATI.COM

Azam 2018 untuk blog www.nuhahayati.com

Dah beberapa kali Nuha perbaharui domain blog ni sejak mula membelinya di GoDaddy tahun 2014 kalau tak silap. 

Bila tengok blog achieve, aduduh. Makin sikit Nuha menulis di blog ni. 

Sempena tahun baru ni, Nuha pasang azam untuk kembali aktif menulis di blog secara konsisten dengan minimum 10 entri setiap bulan. 

Maknanya dalam dalam 2018 ni Nuha akan tulis minimum 120 entri, inshaAllah. 

Apa azam tahun 2018 anda?

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah