Saturday, 28 January 2012

tutorial: fabric flower



hai ladies. sekarang ni nuha nak share tutorial fabrik flower version nuha. :)
its really common tutorial. basically, nuha follow tutorial kina je


tools yang diperlukan: 
+ benang, jarum & pearl beads (tiada dalam gambar)


1) lipat fabrik 2 kali (dapat 4 layer) dan potong panjang seperti dalam gambar A (this is the best method i found to get pieces of round fabric).
2) lipat potongan fabrik yang telah dipotong kepada dua. ulang step 2 sehingga dapat segi empat dengan saiz yang dikehendaki.



gambar A




gambar B



gambar C


3) gunting fabrik membentuk bulatan (gambar B)
4) layangkan cebisan fabrik kepada haba nyalaan lilin (gambar C)



kelopak fabrik yang telah 'mendapat' aura lilin



terlebih aura lilin, rejected!!!




fabric petals in a glass bowl


5) susun petals besar di bawah, kecil di atas. ada 10 petal semuanya.



finished product



6) jahit pearl beads. thats all!


some tips to share:
- organza lebih mudah terbakar berbanding fabrik lain
- oranza sendiri ada beberapa jenis. lagi licin organza (rasa dengan tangan dan firasat hati), lagi tinggi kandungan nilon dalam fabrik. therefore, lebih mudah hangus!
- memerlukan ketekunan yang tinggi untuk diy dalam kuantiti yang banyak
- lepas potong bulat fabrik, terus layangkan ke haba lilin. jangan postpone sebab bulatan fabrik boleh rosak kalau disimpan lama. 



>sekian<

Friday, 27 January 2012

pearl beads

assalamualaikum.
kesinambungan dari entry ini, nuha sudah beli pearl beads dari Negeri Di Bawah Bayu as suggested by iizla.

Add caption

dah boleh mula diy veil nikah :)


nuha beli 5 rantai which is 1 rantai = rm3.
murah ke biasa-biasa aja??

Thursday, 26 January 2012

teaser: fabric sampin rm25

salam B2Bs.
last time nuha dah cerita pasal kain untuk buat persalinan nikah kami nanti.
kami beli kain sampin yang berharga rm25.00 semeter. beli 2 meter = rm50.
sebagai seorang yang jarang ke kedai kain sebenarnya jarang ke JAKEL je nuha tak tahu pon kewujudan 'raw' fabrik sampin. pada hari kejadian, berlakulah kejadian sedikit jakun di situ. hua hua hua.

nuha rase corak ni comel :)


dengan raw kain sampin ni, nuha jahit untuk cantumkan hujung kain tu dengan hujung yang satu lagi,  macam jahit kain batik sonang saje. sekarang dah siap jahit, tinggal nak hantar dry clean je :)


malu bertanya sesat jalan: siapa boleh ajar nuha macam mana nak letak watermark kat pic?

Wednesday, 25 January 2012

design: melaka reception dress

selamat kembali bekerja. terasa malas? absolutely me!!
luckily my company still off today. weeeehaaa..i love my company sometimes
ok last sunday nuha & en. aziz dated with kak Iffa, our WP (wedding planner) dan tailor beliau.
kak Iffa suggest few designs untuk baju sanding nuha. berkerut kening jugak nuha tengok design2 kak Iffa. bila tunjuk kat en. aziz, dia pura-pura berfikir. nuha tau he's trying to imagine me in that outfit and thinking how is the best way to say that dia tak berkenan design tu. i knew him. ;)
 at last nuha tanya:

SUKE ke TAK SUKE design ni? jawapannya terus TAK. nuha cakap pada kak Iffa nuha tak nak design tu. 
antara ayat lain yang terkeluar dari mulut nuha along the discussion:


"kak, saye sebenarnye suke...bla bla bla".

"saye tak dare la nak pakai design2 gini kak"

"kak, saye tak suke kalau... bla bla bla"




end of our date, tailor kak Iffa berjaya jugak sketch design baju sanding nuha. fuhhh


ada paham ini sketch?

p/s: sampai suda mood bridezilla?

Tuesday, 24 January 2012

reveal: lilin ajaib

hye ladies! ini adalah entry tah ape-ape.
okeh nuha nak reveal tentang lilin yang nuha guna dalam pembikinan bunga fabrik.


tadaaaaaaaaaaaaaa............perasan surprise



ini dia lilin yang dimaksudkan. untuk 2 meter kain, nuha hanya guna 2 batang lilin saja. 2 meter = 160 kuntum bunga. 1 kuntum ada 10 petals. ha, ajaib la jugak kan. dulu masa tengah try2 buat bunga fabrik, sekejap je lilin dah habis. hasil? dapatla 5 6 kuntum bunga.




details lilin:
harga: rm 1.00 / kotak (6 batang lilin satu kotak)
nuha beli 2 kotak tamak haloba


sedikit tips untuk 'melayangkan' fabrik ke haba nyalaan lilin:
halakan fabrik di tengah-tengah nyalaan. rasionalnya: nyalaan di tengah lebih stable dari nyalaan di bahagian atas. bila nyalaan x stable dan kita pulak dok layang fabrik, boleh terbakar cebisan kain.




ada extra 10 batang lilin yang boleh digunakan semasa emergency a.k.a blackout
jumpa lagi >.<

teaser: fabric for family, bridesmaid & bestman


wan shi ru yi & happy cny!
semalam nuha and sistah pergi Astana Moda & Nagoya bagi melengkapkan misi pencarian fabrik untuk family, bridesmaid & bestman.
nuha tak mampu nak provide fabrik jakel/ gulatis dll. yang MAHAL-MAHAL. 




the powder blue for families





coral color for the bridesmaid & bestmen


both color ni nuha yang pilih <suke> :)
sebenarnya nuha nak coral color untuk family, tapi kain tinggal sikit. tak cukup lagi 9 meter. sob sob. so coral color nuha pilih untuk bridesmaid and bestmen. 

sampai rumah tunjuk kat ibunda. mak nuha kata warna untuk family ni oldskool. ottokeee. tapi nuha dah tunjuk kat mak combination color yang nuha nak supaya color powder blue pilihan hatiku tak dull & tak terlalu oldskool. here it is;



black box: bought fabric color; red box: combination color's idea

inspired from solemnization theme by Cik Puan Rilla
hope they will love it!

Friday, 20 January 2012

xin nian kuai le

translation to the title: Happy New Year.
Nuha will going back to melaka tonight. Lots of plan during this long holiday and i am sure all of us got a mountain of plans too.

so let's work our plan! 

Wednesday, 18 January 2012

diy: bunga fabrik

hai.
tengok ramai b2b buat fabric flower, nuha pon sebok nak try. but i try on purpose keh. 

material: kain organza
kuantiti: 2 meter
aksessori pelengkap gaya: manik pearl


malu nak tunjuk gambar....



tapi tunjuk jugak memang sah tak malu



nama bunga: bunga ros versi nuha
petal: 10 petal/ bunga
saiz: 3.5 cm diameter
jumlah: 160 kuntum


fyi, nuha dapat 160 kuntum bunga ni dengan guna 2 batang lilin saja. kira 1 meter guna 1 batang lilin. terasa macam lilin ajaib pulak kan perasan sorang-sorang. 


masa dah hujung-hujung buat ni, pearl dah tinggal sikit. so wujudlah satu kaum iaitu bunga dengan sebiji pearl.


golongan minoriti

my sister said bunga-bunga ni macam kain bulat yang ditepek-tepek lalu ditepek lagi dengan manik pearl di tengah-tengah. adoi 

the cheaper, the better

most of vendors favorite question: 
HOW MUCH IS YOUR BUDGET?
i extremely hate this question. The question is actually to make them ease to suggest on what and which package they can provide us. But sometimes and some vendors ask this question in improper manner.. 


my answer or this question: THE CHEAPER, THE BETTER ade aku kesah ;p
(",) big smile, we almost done the survey phase.
>.<

Saturday, 14 January 2012

January 2012 Blog Giveaway

sumber


a giveaway by Lin Handmade
lets join!

clink here for more info

fabric flower dah siap

yup, fablic flower nuha dah siap 5 minit lepas. hasil daripada 2 meter fabric organza. penat
petang ni dah mula kelas pertama untuk semester III.
gambarimasu nuha!!!




selamat berhujung minggu
DIY??

Friday, 13 January 2012

baju nikah

salam. kami dah berjaya sampai ke Jakel Jalan TAR dan beli kain untuk persalinan nikah kami. warna yang telah dipersetujui: peach.

for the bride:
satin (untuk lining): 3 meter
chiffon: 4 + 1 meter (baju + veil)
lace: 1 meter

lining perlu 3 meter sajA? mula-mula nuha pon tak percaya. nuha tanya kat tailor tu 2 kali sebab tak percaya. dah tailor kate 3 meter... i follow je lah kan. 

for the groom:
kain: 5 meter (tak tahu apa jenis kain)
sampin: 2 meter


 


kain sampin 1 meter = RM25. tak mampu nak beli sampin harga riban-riban

Thursday, 12 January 2012

Musartworks Photography : 2012 Giveaway Contest


salam ladies. Musartworks Photography sedang mengadakan GIVEAWAY CONTEST bermula dari 4 Januari hingga 28 Februari 2012. marilah kita join. tapi sebelum itu, mari berkenalan dulu dengan mereka. MUSARTWORKS DIGITAL PHOTOGRAPHY secara rasminya ditubuhkan pada November 2010. mereka menawarkan service wedding photography di seluruh Malaysia. antara service yang ditawarkan adalah wedding photography, events photography, potrait photography, dan product photography/ corporate assignment. banyak tu!



sumber dari sini

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Dalam gambar, ada lagu *macam canon eos YUNA* lagu sedetik lebih - Anuar Zain.

Banyak-banyak foto Musartworks Photography di FB, nuha paling suka foto ni.
nuha assume foto ni diambil semasa majlis akad nikah. kenapa? banyak sebab. pertama, sebab ade tangan dan jari yang merah berinai. mane ade orang-orang biasa pakai inai, anak raja pon tak pakai inai kan. haruslah pengantin kan yang memakai inai!

kedua sebab ada cincin di jari manis. saat selepas diijabkabul dengan lelaki pilihan hati. cincin tu membuktikan bahawa si gadis telah dimiliki. soooo sweet! pastu..kedudukan tangan dalam gambar tu...ada bentuk jantung *love* di tangan berinai itu.


soooo sweet!!
  
Tengok gambar sebelah tu, sekali tengok je semua orang boleh tahu yang perempuan yang dalan gambar tu adalah pengantin. sebab? berpakaian cantik dan ala-ala suci *huuu* dan ber-veil di kepala. pengantin je pakai macam tu kan.

Dari ekspresi wajah pengantin, ada riak berdebar-debar, risau, tersipu-sipu malu, bersyukur, lega, gembira... semua jenis perasaan la tergambar di wajah pengantin. nuha kalau ada kat majlis nikah or tengok video nikah ke, mesti tak tahan nak menangis. padahal bukan diri ini dinikahkan pon. terlebih feelings di situ ye. baru-baru ni join majlis akad nikah future sister in law pon macam tu juga. tak pasal-pasal je mata nak bergenang-genang air mata.

mungkin bukan isu siapa yang dinikahkan buat mata nak nangis, tapi moment itu sendiri yang ada aura untuk nuha ter-emosi. tapi, so far so good belom lagi rasa nak nangis bila tengok gambar orang nikah. hanya terasa lega dan gembira untuk pengantin di dalam gambar.

rasanya itu saja cerita tentang gambar yang nuha pilih ini. hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik. so apa tunggu lagi? dapatkan maklumat lengkap giveaway contest ni di sini.
ganbatte!

Wednesday, 11 January 2012

manik pearl

Rabu tanpa kata


 

 
kat mana boleh beli manik-manik pearl dengan harga yang agak murah?

Monday, 9 January 2012

Scrapaperclip Giveaway Anniversary



weee....mari join satu lagi giveaway anjuran scrapaperclip.
mari tengok dulu ape hadiahnya~~











FREE A5 size wedding mini signage!!!


langkah-langkah untuk dapat hadiah giveaway ni:

1. jadi follower scrapaperclip
2. copy button scrapaperclip dan letak di sidebar
3. Sebarkan berita giveaway ini melalui entry anda yang bertajuk SCRAPAPERCLIP GIVEAWAY ANNIVERSARY. jangan lupa link post tersebut ke scrapaperclip
4. tinggalkan komen di sini dengan link post dan email address

makluman lanjut sila klik ke sini
tarikh tutup penyertaan: 19th Jan 2012.
hurry!

Sunday, 8 January 2012

nikmat masa

happy sunday everyone! bagaimana hujung minggu anda? nuha hanya terperap di rumah. alhamdulillah, tahun ni managemant decided to do Saturday off. tak perlu lagi alternate Saturday. yey~ 

petang semalan collect sijil kursus kahwin. pagi tadi jogging di Tasik Cempaka. balik, cabut rumput depan rumah. pastu masak lunch. dan...DIY bunga organza. :)


dah lama tak ada fee weekend. *suke*

Thursday, 5 January 2012

sambutan awal tahun 2012

salam. bagaimana sambutan tahun baru anda?
nuha sudah berada di katil pada jam 9 malam 31 December. penat kursus kahwin konon. penat sangat ke berkursus kahwin? rasasnya tak jugak. 1 & 1/2 day. out of 6 speakers, 4 speakers nuha tido. harap mata je besar tapi hampeh. actually nap la.. melampau sangat kalau tido. tapi ade jugak orang sebelah yang nap sampai berdengkur. ops!!!

 
kesimpulan: saya suka tido

ring for him

sehari selepas 'konvo' kursus kahwin, nuha dan aziz keluar cari ring kahwin untuk en. aziz. my housemate kate susah nak cari ring yang xde unsur-unsur emas/ emas putih/ suasa. dalam suasa pon ada unsur emas (baru tahu keh). nuha belum sempat nak survey  kedai-kedai cincin lelaki. tapi since housemate dah buka cerita tentang satu booth di Mines yang ada jual stainless steel ring, kami direct ke sana.

ada couple ring, bangle, custom made pendant, dll. bila check, ade juga men's ring yang platted dengan white gold. ottoke... disebabkan nuha still tak puas hati, nuha minta sales girl tu buka fail details for each ring. ada ring yang memang platted dengan white gold and luckily ada few yang takde gold langsung. so tanpa memanjangkan pemikiran yang tak berapa nak kreatif ni, kami terua beli. alhamdulillah setel lagi satu perkara.

siapa kata tiada ring lelaki berharga bawah RM300? ada...

Wednesday, 4 January 2012

the ladies photographer giveaway




TLP = The Ladies Photographer ada buat giveaway.
ok untuk menyertai: 

1. Create entry bertajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY
2. Letak banner The ladies Photographer kat atas tu dan link ke sini
3. Like fan page TLP di facebook http://www.facebook.com/theladiesphotographer. Untuk yang tiada akaun FB, boleh jadi follower blog beliau
4. Like fan page Danita maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore
5. Tag lima orang kawan blogger. kurang/ lebih tak menjadi masalah
6. Link entry anda di sini

tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2012.


lima orang rakan blogger yang nuha tag:

fatimah zahra
elyn
fazlien
kina
fadhilahsyuhada


dengar cerita dah lebih 200+ contestant.

masalah berat badan

assalamualaikum. ini bukan isu baru. nuha dah post kat entry ini dan ini. suplement dah 2 3 jenis juga nuha ambil. weight scale pon dah dibeli beberapa bulan lepas. at first hari-hari nuha naik atas weight scale tu. my housemate kata jangan fikirkan sangat pasal berat badan tu... buat biasa je. since then nuha dah tak selalu timbang berat.

last weekend tergerak hati nak timbang berat. guess what? im 31kg. oh man...this is totally not awesome! terus ke watson dan beli ini. dua container for RM98. cheaper than appeton weightgain. hopefully ini dapat membantu. amin...
ada apa-apa petua lain untuk tambah berat badan?



horleys weight gainer


baru ingat nak hantar tempah baju nikah minggu ni. terpaksa postpone :(