Thursday, 12 January 2012

Musartworks Photography : 2012 Giveaway Contest


salam ladies. Musartworks Photography sedang mengadakan GIVEAWAY CONTEST bermula dari 4 Januari hingga 28 Februari 2012. marilah kita join. tapi sebelum itu, mari berkenalan dulu dengan mereka. MUSARTWORKS DIGITAL PHOTOGRAPHY secara rasminya ditubuhkan pada November 2010. mereka menawarkan service wedding photography di seluruh Malaysia. antara service yang ditawarkan adalah wedding photography, events photography, potrait photography, dan product photography/ corporate assignment. banyak tu!



sumber dari sini

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Dalam gambar, ada lagu *macam canon eos YUNA* lagu sedetik lebih - Anuar Zain.

Banyak-banyak foto Musartworks Photography di FB, nuha paling suka foto ni.
nuha assume foto ni diambil semasa majlis akad nikah. kenapa? banyak sebab. pertama, sebab ade tangan dan jari yang merah berinai. mane ade orang-orang biasa pakai inai, anak raja pon tak pakai inai kan. haruslah pengantin kan yang memakai inai!

kedua sebab ada cincin di jari manis. saat selepas diijabkabul dengan lelaki pilihan hati. cincin tu membuktikan bahawa si gadis telah dimiliki. soooo sweet! pastu..kedudukan tangan dalam gambar tu...ada bentuk jantung *love* di tangan berinai itu.


soooo sweet!!
  
Tengok gambar sebelah tu, sekali tengok je semua orang boleh tahu yang perempuan yang dalan gambar tu adalah pengantin. sebab? berpakaian cantik dan ala-ala suci *huuu* dan ber-veil di kepala. pengantin je pakai macam tu kan.

Dari ekspresi wajah pengantin, ada riak berdebar-debar, risau, tersipu-sipu malu, bersyukur, lega, gembira... semua jenis perasaan la tergambar di wajah pengantin. nuha kalau ada kat majlis nikah or tengok video nikah ke, mesti tak tahan nak menangis. padahal bukan diri ini dinikahkan pon. terlebih feelings di situ ye. baru-baru ni join majlis akad nikah future sister in law pon macam tu juga. tak pasal-pasal je mata nak bergenang-genang air mata.

mungkin bukan isu siapa yang dinikahkan buat mata nak nangis, tapi moment itu sendiri yang ada aura untuk nuha ter-emosi. tapi, so far so good belom lagi rasa nak nangis bila tengok gambar orang nikah. hanya terasa lega dan gembira untuk pengantin di dalam gambar.

rasanya itu saja cerita tentang gambar yang nuha pilih ini. hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik. so apa tunggu lagi? dapatkan maklumat lengkap giveaway contest ni di sini.
ganbatte!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.