Blog Nuha Hayati

nikah: dokumen & wang tunai

salam...dah lama nuha tak up entry. mari berkongsi 1 kegembiraan sebelum nuha kembali  ke topik asal. 
nuha dah tamat kelas untuk semester 3. semalam last kelas. yeeaaayyyy  >.<
tapi belum final exam lagi


ok last few weeks mak nuha dah tolong jumpa sidang kampung dan tanya tentang dokumen-dokumen dan wang tunai yang perlu disediakan semasa majlis akad nikah. so mari berkongsi info :)


salinan dokumen:

  • IC pengantin perempuan x 2
  • IC pengantin lelaki x 2
  • Sijil kursus kahwin pengantin lelaki + pengantin perempuan x 2
  • Akuan bujang pengantin lelaki + pengantin perempuan (dapatkan daripada majikan)
  • Akuan anak kariah (dapatkan daripada sidang)
  • HIV test pengantin lelaki + pengantin perempuan 
  • Surat beranak pengantin lelaki + pengantin perempuan 
  • Sijil nikah ibu pengantin perempuan x 2
  • Gambar saiz passport pengantin lelaki + pengantin perempuan x 4 (lelaki - mesti bersongkok, perempuan - mesti bertudung)


wang tunai yang perlu disediakan oleh pengantin lelaki:

 1. upah nikah - RM150 
(envelope 1 - RM5 x 4 keping, envelope 2 - RM10 x 3 keping, envelope 3 -RM50 x 2 keping)
2. Masjid - RM30
3. Pendaftaran - RM50
4. Mas kahwin - RM40
5. Adat (sidang) - 1% daripada jumlah wang hantaran

nuha tak sure either wang tunai yang pengantin lelaki perlu prepare ni standard untuk semua negeri atau tidak. rasanya tak sama terutama jumlah mas kahwin. mak nuha ada maklumkan yang majlis nikah buat di rumah. so tak perlu la kot wang tunai untuk masjid but then sidang kata cash maney untuk masjid ni memang dah fix. nikah kat masjid ke rumah ke..memang kena RM30 jugak untuk masjid. mungkin untuk disalurkan ke tabung masjid.


ini maklumat yang nuha dapat. insyaallah sama untuk semua bakal pengantin Negeri Melaka. tapi, nuha suggest supaya buat double confimation jugak. kot ada percanggahan dengan info ni.


ok daaaaa~~

2 comments:

  1. thanks nuha for sharing this :) kite x tawu pulak yg psl wang tunai tuh.. baru tawu ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. nuha trgelak2 jgk masa mak dok explain pasal wang tunai ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox