Wednesday, 31 October 2012

wordless wednesday

 
 
temporary as a
 
 
source: google
 
 
 


Thursday, 25 October 2012

Aidil Adha

sebelum bercuti, nuha nak ambil kesempatan untuk ucapkan
 
 
Salam Aidil Adha kepada semua.
 
 
 
sumber : google image


***you + me = us***
>.<

Wednesday, 24 October 2012

Wordless wednesday: RKM




Pokok ni ada di pintu luar galeri RKM. nuha sangat suka :)
 
 
 
posted from Bloggeroid

Monday, 22 October 2012

Review: selendang nikah

Assalamualaikum :)
Lately nuha kurang sihat. Migrane dan demam. Perubahan cuaca.. Badan tak kuat pulak.


Untuk selendang nikah..nuha diy guna material yang sama dengan baju nikah. Ikut saiz selendang kegemaran nuha..baru senang dan nuha lebih familiar nak pakai :)






Masa beli material untuk baju nikah, nuha beli sekali 1 meter chiffon untuk selendang dan 1 meter chiffon lagi untuk veil. Potong asing siap-siap.


Lepas potong kain chiffon ikut saiz selendang favourite, nuha hantar jahit tepi. Kos jahit tepi dalam RM5. Tak ingat harga sebenar tapi kurang daripada RM5. Cadangan asal nak patch lace dan jahit pearls kat header selendang..tapi tak sempat. Ngeh ngeh ngeh. Bule?


Menyesal kemudian takde hasil. La la la














posted from Bloggeroid

Thursday, 18 October 2012

Review: diy hantaran for him

Assalamualaikum :)
Hantaran ni macam hadiah kepada pasagan. Kan? Kan? Nuha dan husband setuju dengan jumlah 7 berbalas 9 dulang. Hantaran daripada nuha kepada husband: cincin, sandle, buah-buahan, kuih bahulu, samsung galaxy s2, wallet & belt, sireh dan netbook.


Asalnya nuha nak hiasan seperti gambar bawah ni. Maklumla konon nak theme coral beach kan. Nuha berjaya hubungi butik yang ada koleksi cengkerang besar ni. Tapi butik ni hanya jual cengkerang. Takde perkhidmatan sewaan. Satu cengkerang harganya RM90. Mak aihhh. Cancel!
 
 
cantik kan? RM90 tuhhh
 
 
cengkerang by Siti Hadijah Lovely Touch
 
 
Lepas cengkerang anganku musnah, nuha mula kutip cengkerang di pantai-pantai. Pantai-pantai okeh. Kalau kat melaka tu semua pantai nuha pergi. Pantai kuala selangor pon pergi juga. Tapi alahai sadis betul. Banyak jumpa cengkerang kerang yang kita makan tu..tapi nuha kutip juga la yang agak-agak cantik tu. Jangan pergi takde hasil la orang kata. Kak Dewi (nichicon family) pon ada sponsor cengkerang yang dibeli dari Sarawak...ha semangat kau.
 
 
cengkerang dah ada tapi bekas untuk letak hantaran belum ada. ish..Then nuha tengok si anggun rilla review hantaran kahwin beliau. Rilla guna cermin kayu MALMA Ikea yang berharga Rm2.90 sekeping. macam best je sebab murah. Nuha pon kirim kat Aina (nichicon family) waktu Aina ke Ikea. Seminggu sebelum majlis, nuha mula lekat-lekatkan cengkerang ni pada kayu. senang dan enjoy. suka nuha buat...
 
 

cengkerang yang besar-besar Kak Dewi belikan a.k.a belanja

 
 
lekat pada keliling kayu je. sebab nak jimat cengkerang. lagipun kalau dah letak hantaran terlindung suda cengkerang-cengkerang tu.
 
 
lekat sampai ketengah untuk letak barang-barang yang tak besar sangat
 
 
fasa try and error
 
pada hari kejadian...
 
 
ini saja gambar yang nuha ada
 
rough cost:
cermin kayu MALMA: RM2.90 x 9
bunga peach & biru: RM8.00 x 6
riben + hot glue: RM 15 (lump sum)
gelas untuk sireh: RM5.00 (Hinode Shop)
bakul: RM 8.00 (Pasaraya Giant)
 
Total: RM102.10
 
 
pada nuha kos diy ni masih mahal. mahal pada harga bunga. plan asal nak guna bunga segar. nuha dah siap survey bunga segar di Floristika [klik sini]. dah kira-kira budget. dan berangan bagai.. tapi tunang dan adik nuha tak setuju sebab takut bunga rosak kalau beli awal 4 hari sebelum majlis.
 
 
overall..nuha suka diy hantaran nuha ni.
>.<

 

p dot s - banyak kan nuha quote nichicon family. see.. we are family :)
 
posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 October 2012

Winners: Giveaway By Nuha

Hye everyone :)
untuk tidak membuang masa nuha menaip dan masa korang membaca, meh nuha announce pemenang GA yang nuha anjurkan sempena ulangtahun kelahiran hubby nuha yang ke 27 tahun. hu..besar dah suami saya ;p


nuha memang tak promote/ publish merata untuk maklumkan GA ni. sekadar upload di blog sendiri je. he. so ini list mereka-mereka yang join GA nuha.

1) cik mah
2) pelangi chenta
3) akukah cinderella itu



yep..tiga si cantik saja. semalam nuha dah browse random.org..baca-baca sikit apa yang patut. tiba-tiba nuha terfikir something. kalau 3 je penyertaan, 2 pemenang. sorang je yang tak menang nanti. sadisla yang takde rezeki nak menang tu. sebagai seorang yang rajinla juga join GA, nuha selalu frust sebab bukan rezeki sebagai pemenang. of course la kita join GA dengan harapan untuk menang kan.


ape ni mengarut panjang. tadi kata nak direct to the point. abaikan random.org tu..
so im glad to announce that the THREE OF THEM are entitle to rent the kain bulu-bulu for FREE. ha..best tak best tak?


kepada Cik Mah, Pelangi Chenta dan Akukah Cinderella Itu..minta korang email nuha untuk kita further deal k. lagi cepat lagi bagus. thanks sebab sudi join GA nuha :)


Tuesday, 16 October 2012

diy button badge

salam.
nuha sebenarnya terasa nak review tentang wedding ikut turutan majlis. now pending kat baju nikah. takde gambar penuh pula. baju nikah tu sekarang di kedai dobi. tak tahu bila nak collect. lalala
 
 
so untuk tidak men-sarangkan blog sendiri, nuha up entry-entry lain dulu. ok back to the topic..button badge. nuha teringin nak ada button badge waktu majlis nuha sejak pertama kali nuha nampak kakak kawan nuha kawin and diorang satu family pakai badge. including the bride and groom. comel je.. waktu tu tahun 2010, nuha takde blog..tak tahu bila nak kawin, dan tak terasa nak ambil gambar pon. tapi nuha keep ingat la sebab comel and... first time jumpa! hu
 
 
basically cara nuha diy button badge ni sama je dengan b2b lain diy. google je confirm jumpa. nuha design sendiri, dibantu oleh nichicon family (hafeez a.k.a bapak). guna microsoft excel saja ye.. i kan buta IT. the tough part is nak confirmkan saiz bulatan supaya ngam dengan saiz badge. tah berapa puluh kali try and error print guna printer office
 
 
design kad jemputan kami
 
susun-susun bulat-bulat tu ngam-ngam dengan saiz kertas. nuha print atas kertas sticker saiz A4. asalnya nuha plan nak print atas laminate sticker paper sebab nuha tak nak balut guna pembalut jernih tu. kata malas kan. haruslah yang mudah-mudah saja. tapi waktu nak print tu kedai yang adik nuha survey tutup sebab raya. malas dah nak delay-delay nuha print je atas sticker biasa. sekeping A4 boleh muat 12 bulatan. nuha buat 40 badge, so guna 4 helai sticker.
 
 
boring je potong-potong ikut bentuk bulatan
 
 
then lekatkan stiker pada plate <--- betul ke term ni
 
 
 
 
 
 
kemaskan lebihan sticker dengan melekatkannya ke dalam. pastu..potong plastik balut buku besar sedikit daripada saiz plate. potong double sided tape dan lekatkan pada plate. plastik balut buku tadi, kemaskan dan lekat ke dalam plate. seterusnya nuha lekatkan pin kepada plate tadi guna hot glue untuk lebih yakin yang dua bahagian ni tidak akan terbuka. gambar nuha tak ambil pula. ha gittew..paham ke? hehhe.
 
 
Kesimpulannya:
paper + printing = RM10
raw material (button badge 40 pcs) = RM20
plastik buku = RM1.50
FOC double sided tape + hot glue
 
Total cost: RM31.50/40pcs = RM0.78/pc
 
 
tips lagi: kira betul-betul bilangan button badge yang perlu. membazir kalau diy/ tempah banyak tapi end up tak guna.

Monday, 15 October 2012

Giveaway by nuha

salam.
bismillahirrahmanirrahim...
 
bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami nuha esok, nuha terasa nak buat sedikit GA. hadiahnya adalah sewaan kain bulu-bulu warna putih (2.5 meter) secara percuma kepada 2 insan yang bertuah.
 
 
hadiahnya...
 
 
terma dan syarat penyertaan:
- penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja (bride to be/ x-bride to be)
- perlu menjadi follower blog nuha
- buat satu entry bertajuk "giveaway by nuha". entry tak perlu panjang-panjang
- tinggalkan link entry anda di ruang komen entry ini
- sewaan secara percuma untuk tarikh Disember 2012 dan keatas 
- deposit keselamatan dikenakan sebanyak RM80 kepada pemenang. deposit akan dipulangkan sekiranya barang dipulangkan on time dan dalam keadaan baik (tidak kotor/koyak etc)
- self collect di kawasan Shah Alam/ Puncak Alam/ Kuala Selangor
- pemenang akan dipilih sacara random - random.com
tarikh tutup penyertaan: 16 Oktober 2012
 
 
jemputla join k
>.<

Friday, 12 October 2012

review: diy mini pelamin

salam.
sebenarnya nuha dah draft entry ni di bloggeroid. dah half way boleh pulak phone auto restart. aduh sabar je la. jadi harini baru rasa nak menaip semula entry yang hilang tu.
 
 
mini pelamin nuha sangatla senang dan simple dan sengal. susun-susun saja. di awal perancangan, mak nuha agak menentang idea mini pelamin ni. sebabnya.. "orang lain semua duduk bawah, awak sorang nak dok atas pelamin tu. mual mak" haha. ayat famous amos mak nuha. lagipun makan space kalau ada mini pelamin sebab hall rumah kecil. tapi nuha kan kepala batu, nak jugakkkk! degil
 
 
barang-barang yang nuha guna untuk diy mini pelamin:
 
- bantal nikah
- kain bulu-bulu
- pallet katil lama (pallet katil nuha & adik yang dah roboh ;p)
- kotak balut meja guestbook
- kain chiffon 2.5meter
- potongan riben
- bantal kecil 6 biji
 
 

yes this is my mini dais
 
kelakar kan? one of my nichicon family tanya "pelamin ko tu dah siap ke?" bila tengok pelamin nuha macam ni je rupa parasnya. hahaha. sendiri gelak. ok mari nuha justify pelamin ni.
 
 
dinding rumah sudahla putih, nuha guna lagi chiffon putih <--- apekejadah
nuha tak cover whole wall tu. tengok siap ade power point lagi disitu ye kawan-kawan. nuha hang kain chiffon pada skrew. skrew tu asalnya guna untuk sangkut frame. frame diturunkan..dan ikat backdrop di situ. guna dawai je. mak nuha tak bagi drill dinding. so itu la jadinya. ribbon strips tu nuha tiru idea photoboth si cantik Rina Hamid. idea last minute yang senang. tapi versi kesian. tak cukup riben. haha.
 
 
comel tak ring pillow tu ;p

perhati ketinggian mini pelamin nuha. tak tinggi langsung kan? mak nuha tak komen apa pun lepas pelamin ni siap. wuhu.. tak pun da malas nak layan. kotak balut meja guestbook tu nuha buat lapik atas pallet. pallet kan jarak-jarak susunan kayunya.
 
 
langsung tiada bunga @ pasu bunga di sisi pelamin? yes memang. sebab nanti akan lebih makan ruang. bantal nuha susun di belakang. juga untuk meminimumkan penggunaan ruang. bila ambil group foto..bantal memang terlindung, ribbon strips tu pon dah kira kirim salam la. haha.
 
 
ha nampak la sikit ribbon strips kat belakang tu.
 
but, mini pelamin ni fit my objective. nuha cuma nak gambar waktu nikah nuha ada sedikit backdrop dan deko. nikah kan duduk..separuh je la gambarnya :)
 
 
 
anak buah nuha suka je mini pelamin ni
 
 
ok..habis cerita tentang mini pelamin nuha. to brides to be sekalian, here are some tips. better seek dulu opinion parents a.k.a orang tua tentang pelamin nikah. sebab ada segelintir orang tua yang tak setuju pengantin perempuan duduk di atas pelamin. this is true k..it happen tu my bff too. ada mini pelamin, tapi nikah duduk di bawah. batal air sembahyang pon tidak di atas pelamin. kalau pelamin tu guna untuk bersanding sekali, then ok. tak membazir. last and always my tips: avoid last minute preparation. ala kadar nanti hasilnya macam aku.
>.<
 
 
nak sewa barang-barang pelamin? PM nuha k.
selamat berhujung minggu :)

Wednesday, 10 October 2012

wordless wednesday

 
hye!
 
 
 


 
 
currently working on this
>.< 

Tuesday, 9 October 2012

review: make up nikah dan sanding

Salam.. :)
Nuha dah berjaya pos draft thesis untuk disemak pemeriksa minggu. study pon pjj jugak uollss. Sementara tunggu untuk fedback dan buat correction, mari nuha review apa yang ada.


Nuha hire kak salima sebagai mua. Oh b2b melaka yang nak dapatkan list mua boleh refer di entry dira di sini k. Waktu survey stage, nuha dapat harga kak salima ni standard harga mua area selangor kl. Tapi bukan rate mua yang kebabomm okeh. tak mampu saye! Kalau compare dengan mua lain yang nuha survey, ada lagi mua lain yang boleh bagi harga lebih murah. Bila nuha fikir-fikir balik, nuha hanya yakin dengan kak salima. How nuha define 'yakin'?
 
Bila nuha tengok mua lain..nuha akan ada suka dia make up si A dan si B, tapi nuha tak suka dia make up si C. Nanti make up nuha pula macam mana? Ah sudah..nak test make up pun bukan free kan? Total up sama je harganya kalau nuha hire kak salima. Tengok gambar-gambar brides yang kak salima make up, semua nuha suka. So nuha book kak salima dalam bulan 3 kalau tak salah. Tu pon dia available untuk make up nikah je. Sanding kak salima tinggalkan assistant.

 
 
gambar dengan kak salima
 
 
as nikah dan sanding nuha berlangsung pada hari yang sama, (nikah pagi sanding tengahari) kak salima make up nuha sekali saja. assistant kak salima cuma touch up dan saja. hu. nuha nikah jam 9 pagi. dua hari sebelum majlis, kak salima beritahu akan sampai rumah nuha jam 7.30 pagi. nuha macam ada risau-risau sedikit disitu. tapi takpela..she knows how to arrange make up time better than me. on that day, kak salima sampai rumah nuha jam 8 pagi! sampai serentak dengan OP nuha. even OV sampai paling awal. oh my..tapi nuha berpura-pura tenang. nak stress pon tak guna dah kan.
 
 
then kak salima terus mula make up. tenang je beliau bekerja. dah biasa kan..nuha request air brush make up. kak salima promo harga air brush make up lebih RM50 saja daripada make up biasa. jam 8.45 pagi imam dah sampai. the sad part is nuha sign-sign borang setuju untuk nikah dengan t-shirt dan jeans dan make up yang belum siap. OP and OV pon shoot je la nuha dalam keadaan begitu. wuu..sedih. selalu tengok video orang nikah sign-sign borang, betul-betulkan tudung sebelum nikah..sweet dan cantik je.
me? takde.. :(
 
 
rombongan lelaki tiba nuha baru kelam kabut nak tukar baju. spoiled my mood. lagi bertambah kalut. sepatutnya masa tu nuha dah duduk bertenang dan baca selawat etc. rasa nervous nak nikah macam hilang sebab nuha kelam kabut belum siap. tak best kan? tapi, nuha berjaya disiapkan sebelum imam panggil nuha keluar dari bilik. hu..alhamdulillah.
 
 
adik nuha cakap make up nuha macam orang jahat! dengan muka nuha yang tak berapa nak manis ni, lagi la nampak garang. ohhooooo. tapi nuha ok je..sebab nuha sangat suka make up kak salima. make up tahan sampai petang walaupun nuha dah banjir dengan peluh. haha.
 
 
sudala muka garang..tak pandai nak senyum pulak tu - sebelum nikah
 
 
 
suka gambar ni. tak nampak muka garang - batal air sembahyang



berarak - super hot




majlis tepung tawar - panas beb



x-housemate - waktu ni dah petang
 
overall, nuha suka make up kak salima. cuma sedikit terkilan dengan kelewatan beliau. b2b yang nak hire kak salima boleh search FB Salima. kalau tak pon, google je Salima make up artist. confirm jumpa.
 
 
tips: jangan survey mua lama-lama sangat. nanti date kita dah kena book oleh b2b lain. MUA memang hot!!
 
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Friday, 5 October 2012

Alhamdulillah..

*tribute entry*


*versi gambar besar daripada biasa*

assalamualaikum :)
bila nuha start review yang dah terlepas-terlepas tu tentang majlis kami, nuha terasa tak adil pada diri sendiri. beria betul nak review itu ini tapi tak sebut langsung insan-insan yang contribute untuk majlis nuha. walaupun majlis nuha tak se-grand majlis orang lain, but still they were our (nuha & husband) back bone. 


firstly, nuha panjatkan syukur kepada Allah yang menentukan husband sebagai pasangan hidup nuha. thank you Allah. syukur, majlis kami berjalan dengan sempurna. nuha percaya apa yang ditentukan tuhan adalah yang terbaik untuk kita. 



suami saya! - gambar OP


secondly, terima kasih kepada kedua mak abah nuha kerana kahwinkan daku. huahuahua. big thank you for the thoughts yang kadang-kadang sampai bertikam lidah! and the financial support. and also their doas. nuha tahu semua parents akan dan pasti mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. ceh syahdu la pulak aku.
 
 
my mak abah yang duduk sebelah kami

 
next tribute is absolutely for my one and only little sister tapi fizikal lagi besar daripada nuha. merangkap orang kanan nuha. memang kukerah adik ini tolong buat macam-macam! nasib baik ada adik. i lap you so strong!
 

adik saya
 
dan..tak kurang juga kepada siblings nuha yang lain. abang, adik lelaki, dan satu-satunya kakak ipar nuha di muka bumi ini. diorang ni pon orang kuat nuha. tempang i kalau diorang takde!

repeat same picture - semua siblings saya yang berdiri termasuk SIL


plus, forever penyeri: my niece, cik bunga ilhami. my niece tolong menyerikan majlis :)

penyeri baru bangun tidur terus tegar menjalankan tanggungjawab


nah lagi satu



hai! im on duty 


selain itu, jangan dan haram dilupakan! my Nichicon family Nichicon ni nama company lama tempat nuha kerja. kami sssaaannngggaaatttttt close. walaupun nuha dah tak kerja sana lagi, mereka masih sudi tolong nuha. thats why nuha guna 'family' instead of colleagues. kita memang macam family dah.. my NichiBridal Nichicon + Bridal la yang menyumbang masa dan tenaga untuk tolong diy pelamin majlis bersanding. i love you guys!



my nichicon family - baru siap diy pelamin!


4 of them - versi cantik-cantik dan melaram ;p


besides, of course la MIL dan family husband! adik-adik ipar, biras dan bakal biras, atok, opah, pakcik, makcik, cousin. semuala senang cerita. complete package! thank you very much.


ha..family husband. belum ingat lagi nama sorang-sorang ;)


adik ipars. semua perempuan. lelaki tu biras nuha
 

and last but not least, semua saudara-mara, kawan-kawan, geng-geng blogger, colleagues dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis kami, yang sudi datang ke majlis kami, yang tak dapat hadir tapi tetap hadiahnya hadir hehe, dan semua yang mendoakan kami. 


no best words except THANK YOU. 




selalu ingat pada arwah abang, Raffin. almost 4years dy..Al-fatihah.


Wednesday, 3 October 2012

diy: handbouquet for my bff

Salam Oktober..hehe bole ke gitu.
Dip dap dup dap tak b2b yang tinggal beberapa hari je nak nikah? hu..rindu perasaan itu.
 
 
Kawan baik nuha pon dah selamat kahwin minggu lepas.
Tak nak cite panjang-panjang. Sebenarnya nak share diy hb untuk both majlis nikah dan reception bff nuha.
 
 


wajah model adalah dirahsiakan heheh



Ni nuha sponsor untuk majlis nikah. Bunga ros dan carnation beli di floristika.




ini model memang tak misteri langsung. pakai baju nikah :)

 
ini untuk reception. bunga bff beli sendiri..nuha tolong diy je :)

 
 
Ok kah?
Sebenarnya nuha baru perasan yang nuha sangat suka bunga. Tiba-tiba pulak.


Ada siapa-siapa minat untuk nuha diy-kan hb?

Pm me for best price :)

 
 
 
P/s: thesis sikit lagiiiiii...go nuha go
 
 
posted from Bloggeroid