Thursday, 18 October 2012

Review: diy hantaran for him

Assalamualaikum :)
Hantaran ni macam hadiah kepada pasagan. Kan? Kan? Nuha dan husband setuju dengan jumlah 7 berbalas 9 dulang. Hantaran daripada nuha kepada husband: cincin, sandle, buah-buahan, kuih bahulu, samsung galaxy s2, wallet & belt, sireh dan netbook.


Asalnya nuha nak hiasan seperti gambar bawah ni. Maklumla konon nak theme coral beach kan. Nuha berjaya hubungi butik yang ada koleksi cengkerang besar ni. Tapi butik ni hanya jual cengkerang. Takde perkhidmatan sewaan. Satu cengkerang harganya RM90. Mak aihhh. Cancel!
 
 
cantik kan? RM90 tuhhh
 
 
cengkerang by Siti Hadijah Lovely Touch
 
 
Lepas cengkerang anganku musnah, nuha mula kutip cengkerang di pantai-pantai. Pantai-pantai okeh. Kalau kat melaka tu semua pantai nuha pergi. Pantai kuala selangor pon pergi juga. Tapi alahai sadis betul. Banyak jumpa cengkerang kerang yang kita makan tu..tapi nuha kutip juga la yang agak-agak cantik tu. Jangan pergi takde hasil la orang kata. Kak Dewi (nichicon family) pon ada sponsor cengkerang yang dibeli dari Sarawak...ha semangat kau.
 
 
cengkerang dah ada tapi bekas untuk letak hantaran belum ada. ish..Then nuha tengok si anggun rilla review hantaran kahwin beliau. Rilla guna cermin kayu MALMA Ikea yang berharga Rm2.90 sekeping. macam best je sebab murah. Nuha pon kirim kat Aina (nichicon family) waktu Aina ke Ikea. Seminggu sebelum majlis, nuha mula lekat-lekatkan cengkerang ni pada kayu. senang dan enjoy. suka nuha buat...
 
 

cengkerang yang besar-besar Kak Dewi belikan a.k.a belanja

 
 
lekat pada keliling kayu je. sebab nak jimat cengkerang. lagipun kalau dah letak hantaran terlindung suda cengkerang-cengkerang tu.
 
 
lekat sampai ketengah untuk letak barang-barang yang tak besar sangat
 
 
fasa try and error
 
pada hari kejadian...
 
 
ini saja gambar yang nuha ada
 
rough cost:
cermin kayu MALMA: RM2.90 x 9
bunga peach & biru: RM8.00 x 6
riben + hot glue: RM 15 (lump sum)
gelas untuk sireh: RM5.00 (Hinode Shop)
bakul: RM 8.00 (Pasaraya Giant)
 
Total: RM102.10
 
 
pada nuha kos diy ni masih mahal. mahal pada harga bunga. plan asal nak guna bunga segar. nuha dah siap survey bunga segar di Floristika [klik sini]. dah kira-kira budget. dan berangan bagai.. tapi tunang dan adik nuha tak setuju sebab takut bunga rosak kalau beli awal 4 hari sebelum majlis.
 
 
overall..nuha suka diy hantaran nuha ni.
>.<

 

p dot s - banyak kan nuha quote nichicon family. see.. we are family :)
 
posted from Bloggeroid

9 comments:

  1. nuhaaa..sweetnya hantaran awk..simple gila tp tetap cute,comel,sweet :)) sukanyaaa :D

    ReplyDelete
  2. hai!
    we're throwing a giveaway! come and join our giveaway contest at www.cintaheartlove.blogspot.com
    ~spread the love~

    ReplyDelete
  3. cantik menarik. pandai nuha berDIY...

    ReplyDelete
  4. unik la idea nuha ni! thumb up!

    ReplyDelete
  5. pandai pilih bunga..nampak fresh..nyway ur idea fresh jugak..kretip..hihi

    ReplyDelete
  6. Alahaii nuha ni.. apsal kretif sgt..hikhikhik.. i lioke..curi idea sikit boleh?? Kui3

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.