Blog Nuha Hayati

Diy: bunga konvo

Assalamualaikum.
Seminggu lebih nuha menyepi. Ke dua minggu ye? Sangat sibuk buat correction thesis + kerja di office sangat banyakkkkk. Stress.


Back to topic..nuha suka diy. In fact sangat suka. Latest project was diy bunga konvo untuk SIL. At first memang nuha nak beli je..tapi terasa nak cuba buat. Saja nak bersusah payah. Ngehehe. Google2 tutorial diy bunga konvo ni tak jumpa yang lengkap. Kalau ada pon tiba-tiba dah tunjuk bouquet yang dah siap.


So ini nuha sediakan sedikit tutorial diy bunga konvo. Harap dapat membantu bagi idea kepada anda-anda yang berhasrat untuk diy bunga konvo. Antara barang-barang yang nuha guna:


- span basah
- Plastik
- dua jenis bunga (nuha guna ros dan lavender)
- riben
- kertas pembalut corak (tak tahu jenis apa)



roses, lavenders and the wrapper


First of all..potong span basah kepada bentuk ala-ala base bouquet.



guna yang sebelah kanan


Secondly..guna plastik untuk balut span tadi. Ini bertujuan untuk elak air leak daripada span dan basahkan kertas pembalut.







tape guna masking tape


Selepas itu..celup span tadi ke dalam air. Bagi span tu basah sikit je. Later kita akan letak air lagi. Ni kira buat-buat ada. He.






Lepas tu apa lagi..susun-susun dan cucuk-cucuk bunga ros kat span. Selang selikan dengan lavender untuk efek penuh. Takdela bouquet tu nampak kosong je..





Then biar kat tepi dulu bunga-bunga tadi. Kita buat pembalutnya pula. Try lipat dan susun kertas pembalut ikut sedap anak tekak kita. Nuha nak explain pon tak reti. Tapi nuha boh gambar kat bawah ni dengan harapan membantu korang untuk berimaginasi. Heheh.



gambar lengkap dengan shadow ;p


Ha..faham ke. Tak faham kan? Lalala. Biasa florist guna plastik pembalut, tak guna kertas. Sebab plastik kan water proof. Plus plastik lebih keras dan senang dibentuk. Bouquet ni first trial nuha..imaginasi tu ada walaupun tak banyak. Tapi raw material dan skill nuha terhad. Nuha beli 2 pembalut je. 12 midnite mana nak dapat kertas pembalut dah kan. Cukup atau tidak..nuha kena bagi jadi juga bouquet ni.


Ok bila dah try and error lipat dan susun pembalut tadi..kita satukan bunga dan pembalut. Pastu ikat guna riben. Tambah lagi air bagi span basah. Jangan sampai basah kertas pembalut ye.






Pada hari kejadian...



ini adik ipar saya


Nuha guna 8 kuntum ros dan banyak batang lavender. Sempat survey-survey harga convo bouquet yang dijual di tapak konvo. 3 kuntum ros dan BANYAK baby breath harganya rm60. Kalau nak 10 kuntum ros + baby breath + bear = rm100. Mine?


Limited raw material + flowers: rm41. Semua nuha beli di floristika bangsar. Balance roses and lavenders nuha bagi kat adik nuha untuk diletak di meja study :)


Satu lagi perbezaan bouquet nuha dan florist: florist tak guna span basah. Rasanya bunga-bunga disusun dan diikat. Pastu terus masuk dalam plastik pembalut yang dah siap disusun dan ikat lagi sekali. Then buboh air untuk maintain kesegaran bunga. Bila kita goyang-goyang bouquet, boleh nampak dan dengar air berkocak-kocak kat dalam tu kan.?

Ok Bye!


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. good idea diy bunga konvo.save.tq 4 sharing,boleh practise untuk convo BIL saya nanti.

    ReplyDelete
  2. hye..sis...pembalut tu bli dkt kdai florist ke??

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox