Blog Nuha Hayati

BAD VENDOR: PART II

 Salam.
nuha nak continue cerita vendor tak jadi kami. previously dah diceritakan dalam entry ini.
 
 
then kami deal untuk datang fitting minggu pertama ramadhan. biasala kalau awal ramadhan kan semua orang nak puasa dengan family masing-masing. terkejar-kejar kami waktu tu. janji nak jumpa hari Ahad, 22 Julai 2012 bersamaan 2 Ramadhan jam 11 pagi. nuha ingat ni sebab nuha memang mark semua perancangan nuha dalam planner especially yang melibatkan hujung minggu sebab waktu tu nuha masih sibuk dengan kelas dan thesis. tunang gerak dari Pasir Gudang hari Jumaat malam, 20 Julai. sampai Bangi jam 2 pagi 21 Julai. waktu tu nuha still menyewa di Bangi. then shoot terus ke rumah mak dia di Kuala Selangor sebab nak sahur sama dengan family. then lepas berbuka puasa dengan family, tunang singgah Bangi. kami gerak balik Melaka sama-sama.


Ahad pagi, 22 Julai dalam jam 10.15 kami dah siap nak keluar ke butik tersebut. nuha dapat text daripada dia berbunyi begini "sori tak dapat nak fitting baju harini sebab tailor baju lelaki ada emergency, family member meninggal. baju nuha pon petang baru siap". i was like... o ou~ this sounds not good. hari rabu or khamis minggu yang sama waktu nuha confirmkan either baju kami dah siap ke belum dia kata dah siap. tetiba baju nuha tak siap lagi pulak. kami boleh terima 'emergency' tersebut. nama pon emergency kan. mana kita boleh predict orang nak meninggal dunia. tapi part baju tak siap lagi yang haru.


nuha dah ada gaya nak naik hangin waktu tu. kami bincang-bincang sesama sendiri dan bertenang sekejap. then tunang kata kita datang butik petang ni tengok baju nuha je. tadi dia kata baju nuha petang siap kan. at least ada hasil jugak kami dok terkejar-kejar hujung minggu tu. then tunang call dia untuk deal yang kami nak datang petang tu tengok baju nuha. nuha memang dah tak nak call lagi. dah takde hati. call tak berjawab. text tak be-reply. hu..best kan? petang tu kami pergi juga ke butik walaupun dia tak respond apa-apa. tapi kami tak harap banyak..bawak niat nak dating supaya tak sakit hati sangat.


sampai-sampai butik tutup. call lagi and nobody pick up. yeay~. at last nuha text dia dengan agak panjang. ayat sebenar nuha dah tak ingat tapi isinya macam ni "akak tak bole buat kami macam ni. tadi akak kata baju nuha dah ready by petang. akak lari-lari macam ni pon benda tak setel jugak. kalau baju tu tak siap lagi, bagitau je. tak la kami rasa kena tipu. kami ni dari jauh kelam kabut balik sini, akak treat macam ni. kita patut win-win situation. kami dah bayar, akak patut bagi service yang sempurna". oh by the way kami dah bagi deposit RM500. and as expected, dia tak reply pon. haha. then kami jalan-jalan kat Pantai Pengkalan Balak sebelum balik rumah mak berbuka puasa dan kembali ke negeri tempat kerja masing-masing.


hari selasa minggu berikutnya tunang berjaya contact dia. dia kata ok kita jumpa minggu ni hari Sabtu, 28 Julai 2012 jam 10 pagi. baju dah siap katanya. hari Khamis tunang call lagi untuk confirmkan appointment kami. dia gagal dihubungi. benda sama jadi hari Jumaat. apekahhh... kami balik Melaka lagi on 27 Julai. cop cop. sebelum meneruskan. vendor ni wallahuallam la terfikir ke tak duit kami yang laju keluar untuk tol and petrol setiap kali balik Melaka. Penat toksah cerita la kan. so sabtu pagi kami ke sana lagi. ajak mak nuha sekali teman kami. mudah-mudahan dia segan sikit ada orang tua dengan kami. sengaja kami gerak lewat. tahu pulak dia call tanya kami kat mana. sampai area butik dia ajak terus ke kedai tailor dia.


kami follow saja. sampai-sampai nuha memang dah tak nak memandang muka dia. tailor keluarkan baju nuha suruh cuba. baju nuha siap, tapi belum lengkap dengan detailing. kosong je. jahitan nampak tak kemas langsung. tau la kerja last minute..bila nak siap detailing entah nuha tak tahu. the best part is baju untuk tunang tak siap lagi. in fact kain nak buat baju tunang pon tak beli lagi!! it was 27 Julai 2012 and majlis kami 1 September 2012. sebulan lagi kan? ini sikit lebih kurang conversation antara dia dan tailor dia


vendor: "aku dah bagi kan kain warna turqoise untuk baju lalaki"
tailor: "mana ada kau bagi aku kain warna tu"
vendor: "oh aku belum beli la tu..ok la nanti aku dah beli kain aku bagi kau"


lagi best diorang ambil semula ukuran badan tunang. eh eh bukan kami dah siap ukur badan ke bulan 3 dulu? hilang la tu... tunang nuha layankan je dia dan tailor-tailor dia. mak nuha masih menjadi observer. at last diorang deal dengan tunang untuk fitting seminggu selepas raya (25/26 Ogos 2012)  which is seminggu sebelum majlis kami. nuha tak setuju sebab kami baru je balik tempat masing-masing lepas raya. terpaksa lagi balik semata-mata untuk fitting baju. dan lagi, kalau hasilnya nanti lain macam daripada yang kami nak..it was too late! and of course penat kot. duit lagi. bila nuha cakap kat tunang yang nuha tak setuju, tunang nuha tak layan. malas nak bising-bising mungkin.


nuha rasa cerita pasal BAD VENDOR ni akan berakhir dalam PART III kot. sebab panjang lagi ni.
selamat berhujung minggu... bye~

5 comments:

  1. teruskn bercerita. seronok kite nk bace ni.

    ReplyDelete
  2. salam
    Nice part2 ..sambung pls

    ReplyDelete
  3. ish....bencilah mcm tu...slalu juga ade vendor mcm ni....menyusahkan...sape nk byr tol2 n minyak..ingt murah...geram pulak..

    ReplyDelete
  4. stress baca tentang vendor nuha ni.. xsabar nak tahu kesudahannya.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox