Tuesday, 18 March 2014

Kenali PCOS

Assalamualaikum.. Apa khabar..?? Hehe suka tanya khabar.. Sebab nuha happy bila dengar orang sihat :)

Entry kali ni nuha nak share tentang PCOS. Nuha erasa nak up entry ni lepas salah seorang daripada bekas kawan satu office tanya pendapat nuha tentang PCOS. Pastu baru nuha start googling. Nuha rasa topic ni sangat menarik untuk dikongsi bersama.Penting terutama untuk kita kaum wanita.

Polycystic Ovarian Syndrome atau lebih sinonim dengan istilah PCOS adalah penyebab masalah kesuburan wanita. Gejala PCOS biasa didengari dan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. PCOS adalah satu situasi di mana ovari menjadi bengkak akibat benih terperangkap di dalam ovari dan tidak boleh menetas pada hari subur. Apabila ini berlaku, lama kelamaan, wanita berkenaan akan mengalami masalah haid dan akhirnya menjadi punca kepada masalah kesuburan.




Antara symptom PCOS:
1) Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama
2) Sukar untuk hamil
3) Jerawat
4) Peningkatan bulu pada wajah dan badan
5) Kegemukan
6) Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari

Punca PCOS masih belum diketahui secara sahih.. Namun beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab PCOS:

1) Mungkin terjadi secara semulajadi yang mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal penghasilkan hormon.
2) Faktor pemakanan (Tabiat pemakanan tinggi karbohidrat, gula, perisa dan pengawet)
3) Stress atau tekanan kerja

Ok setakat ini dulu.. Next nuha akan share tentang suplemen Shaklee boleh diambil sebagai usaha untuk mengatasi masalah PCOS. Rezeki daripada Allah.. Yakin dan usahalah tugas kita.

Take care everybody <3

Your favourite Shaklee Independent Distributor,
Nuha
017-4991289/012-6354797
SID1017481

1 comment:

  1. lepas bersalin ni..normal lah period dah tak teratur..
    badan nak pulihkan balik.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.