Saturday, 28 June 2014

Set Berpuasa Shaklee

Assalamualaikum. Apa khabar semua. InshaAllah esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Bersalah dengan diri sendiri sebab nuha terlupa nak share info pasal Set Berpuasa Shaklee dan Kelebihan2nya. Set berpuasa yang kita cadangkan ada 3; Meal Shakes, Performance Drink dan ESP.

Kelebihan Set Berpuasa Shaklee

1. MEAL SHAKES

Membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat. Meal Shakes ni pun berfungsi sebagai milk booster ibu menyusu.

Badan kita tak dapat hasilkan sendiri asid amino ni. Badan kita sangat perlu asid amino. Jadi kita dapat asid amino daripada makanan seharian yang kita ambil. Tapi tahulah kan..makanan yang kita makan kan biasanya kita masak, jadi zat dan vitamin termusnah masa proses masak memasak tu. Sebab tu kita digalakkan ambil makanan tambahan.



Anak-anak yang baru mula nak belajar puasa pun bagus ambil Meal Shakes ni. InshaAllah, anak lebih cergas bertenaga.. Kurang rasa lesu dan pedih perut tu.

2. PERFORMANCE DRINK

Minuman isotonik semulajadi dengan perasa oren, rendah sodium dan gula. Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit. Performance drink ni ala-ala 100 plus tapi rasanya lebih sedap tau. Dengan perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.

Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mommies yang berpuasa sebab banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahidratan. Plus, Performance drink membantu mengekalkan kelembapan kulit juga.. kecantikan tetap diutamakan. Setuju puan2 semua? :)



3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. ESP ni memang favourite Nuha. Sebab ESP ni la Nuha jatuh cinta dengan Shaklee. ESP boleh mencantikkan wajah dan kulit walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

Nuha dah cuba puasa dengan ESP dan oat masa bersahur. Alhamdulillah memang membantu. Kalau tak, 10 pagi dah rasa pedih2 perut. Banyak khasiat ESP ni. Sambil-sambil kita niat untuk puasa dan menyusu, inshaAllah dapat manfaat lain. Kulit cantik menjelang Shawal siapa tak nak kan?





Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur :)

Tahun lepas rasa syahdu je Ramadhan datang. Ramadhan pertama sebagai isteri dan tengah mengandung masa tu. Tahun ni..InshaAllah Ramadhan sebagai seorang isteri dan ibu pula. Pun rasa syahdu jugak tah tak tahu kenapa. Macam poyo2 sikit kan? Hahahaha.. Perasaan ini benar belaka okay. ;p

Oklah..Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Hubungi Nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. Da~~

Nuha
017-4991289/012-6354797 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.