Sunday, 13 July 2014

Benda Tak Ada Jangan Diada-adakan!

Assalamualaikum. Macam hot tak tajuk entry? Hahaha. Saja je.. Tak ada apa pun sebenarnya. Nuha baru discharge dari Hospital Serdang. Operate buang breast lump. Masa warded, ada sorang kawan datang melawat.

Kawan ni cerita. Dia baru buat ujian MRI kat salah satu hospital swasta di Selangor ni. Masa kat sana, saja la kawan ni tanya kat pihak hospital. "Boleh claim takaful ke?".

Nak dijadikan cerita, pihak hospital faxkan report ke pihak takaful. Pihak hospital tulis bla bla bla bla...yang mana penyakit ni boleh membawa kepada strok. Strok?

And then pihak takaful reply fax minta full report kawan nuha yang mengalami strok. Kawan ni terkejut besar la bila dengar. "Kenapa nak kena tulis saya kena strok? Saya sihat walafiat you nak buat2 cerita kata saya kena strok. Saya tanya je kalau boleh claim. Kalau tak boleh claim saya boleh bayar".

"Tak pe puan, kita boleh modify sikit report ni untuk bantu puan. Nak raya ni mesti puan nak pakai duit untuk raya" in charged person tu cakap. "Haih la.. kalau tak mampu takde la saya datang buat check up kat sini. Saya boleh bayar la dari nak mengada-adakan penyakit yang tak wujud. Macam minta doa. Orang sihat nak kata orang kena strok pulak semata-mata nak claim insuran".

Nuha bukan nak mengata private hospital dan takaful 'linked' in making money. LANGSUNG TAK. Tapi dari situasi kawan nuha ni, seems like mereka dah biasa 'alter' report untuk tujuan tuntutan kepada pihak perlindungan (insuran/takaful). Memang bukan semua hospital/syarikat takaful/insuran begini. Tapi tetap tak sedap bila didengar kan? Sebab nila setitik rosak semua susu sebelanga katanya. No wonder private hospital pun ada kejadian 'berebut katil'. Ingat GH je tak cukup2 katil. Wallahuallam.

Motif cerita yang nuha cuba nak sampaikan.. Hargai kesihatan. Apa yang kita fikir tu doa. Apa yang kita buat tu doa. Apa yang kita cakap tu doa. Kawan nuha tu sendiri cakap.. "duit kita boleh cari.. kesihatan nak beli kat mana beb?"

Selamat berhari Ahad.

*promo Vivix Julai 2014. Beli 6 percuma 1.

Nuha
017-4991289/012-6354797 (sms/whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.