Saturday, 27 September 2014

Side Income Satu Keperluan?

Assalamualaikum & Hai semua.. Nuha tengah makan cokelat masa taip entry ni. hehe. Nuha doakan korang semua sihat..

Side income? Perlu ke? Kenapa perlu? Gaji tak cukup? Tamak?

Wah wah wah.. banyak nya soalan. Mari nuha share pendapat peribadi nuha.

Nuha yakin lebih dari 60% individu kat Malaysia yg bekerjaya memerlukan side income. Pendapatan sampingan selain drpd pendapatan tetap setiap bulan. Ada jugak yg rasa tak perlu side income. Mungkin rasa sangat selesa. Mungkin... Atau gaji memang sangat besar.

Kenapa perlu side income?

... Sebagai back up kepada pendapatan tetap

Point ni lebih kepada yg makan gaji kepada syarikat2 swasta. Kakitangan kerajaan mungkin 'tak terasa' sangat sebab kalau kerja ok, takde buat kes etc.. inshaAllah kerja tetap sampai la pencen. Even dah pencen pun masih dapat wang persaraan. Back up kepada pendapatan tetap contohnya bila tiba2 terrrpaksa berhenti kerja sebab ikut suami bertugas oversea ke.. atau macam nuha dulu berhenti kerja sebab mabuk mengandung. Siapa rancang utk situasi macam ni jadi pada kita kan? 

... Sebagai kawalan kepada main income

Sebut pasal annual increment.. kita bekerja mesti harap kenaikan gaji kan. Contoh, tahun 2013 gaji bulanan RM2500 takkan 2016 gaji bulanan RM2650 je? Atau lagi parah gaji tak naik2. Bukan tak bersyukur, tapi kita mesti harap kenaikan gaji kena balance dgn komitmen kita betul tak? 3 tahun status seseorang boleh berubah. Contoh dari bujang kpd berkahwin.. dari takde anak dah jadi mak orang. So to be save, selain memastikan prestasi kerja kita tip top supaya increment gaji cantik, kan bagus kalau kita ada pendapatan dari sumber lain. Setidak2nya kita dapat survive dgn ekonomi kita. Tak la stress..

... Peluang menabung lebih banyak

Kalau kita ada main income + side income and incomes ni dapat cover semua commitments kita. Of course kita dapat menabung dgn lebih banyak. Bukan menabung je.. dapat buat investment, bagi lebih banyak duit belanja pada parents, nak bersedekah pun lebih laju & dapat melunaskan hutang dengan lebih cepat. Dengan kata lain.. financial freedom. Sape tak nak ada kebebasan kewangan kan.

... Sebagai peluang utk jadi insan yg lebih hebat

Ramai tak tahu.. atau kurang sedar yg 'buat' side income ni menuntut seseorang utk jadi lebih berdisiplin, jadi lebih produktif, lebih menghargai masa utk commit dgn side income. Hebat kat sini maksud nuha hebat dlm menguruskan diri, keluarga, kerja tetap & side income. Bukan syok sendiri. Tapi nuha perasan masa nuha semakin berharga sejak terjebak dgn side income. Nuha dah kurang tengok tv, bersuka ria bermalas-malasan dah kurang sangat dah. Setuju sangat dgn prasa "masa itu emas". 

Side income pilihan nuha of course lah biz shaklee. Biz kasih sayang, biz modal rm75, biz tak meeting tengah2 malam, biz tak beli stok simpan bawah katil & yg penting biz online. Hehehe.

Semoga dapat sedikit manfaat dari sharing nuha ni. Hubungi nuha utk sebarang pertanyaan dan pesanan sebarang produk shaklee atau nak sertai shaklee bersama nuha pun boleh. Sangat dialu-alukan.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati








No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.