Sunday, 9 November 2014

7 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA

Kaya & berjaya pasti jadi impian semua kan. Nuha sendiri ada impian utk jadi golongan yg kaya dan berjaya.

Assalamualaikum & hai.. Mungkin ramai yg dah baca forward message ni. Nuha pun dapat dari kawan di whatsapp.

7 Sebab Kenapa Perlu Kaya dan Berjaya 

1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka? 

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? 

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka?

Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". 

Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

Sumber: google
 
5. Bila ibu bapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? 

Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? 

Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah?

Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? 

Ketahuilah.... walau apa pun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah.... apakah nilainya pada kita?

Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....

Sedarlah wahai sahabat2 semua.. berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup.... sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita... Buktikan!!!

Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata.

Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Terkesan dengan kata2 di atas. Nuha bukan nak buat cubaan utk point ke siapa2. Sekadar peringatan utk diri sendiri juga. Semoga kita semua terus gigih berusaha utk jadi kaya dan berjaya demi bahagia dan membahagiakan ibu bapa kita, inshaAllah.

Selamat berhujung minggu. 

3 comments:

  1. tiba2 rasa ringan je air mata bila baca nombor 4 tu.. :(

    ReplyDelete
  2. Apa2 berkaitan dgnn parents mesti sedih. mereka makin tua..kita makin dewasa ikut jejak mereka pula

    ReplyDelete
  3. Teringat kat arwah tok wan zumal... Zumal singgah balas dan follow Nuha :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.