Saturday, 1 November 2014

Sejarah Shaklee & Dr. Forrest C. Shaklee

Dr Forrest C. Shaklee adalah pengasas Syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80-an beliau.

Assalamualaikum & Hai..

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Mari kita belajar sedikit sejarah harini ye..

Dr Forrest C. Shaklee

Dr Forrest C. Shaklee


Beliau adalah seorang yg berbilang bakat, laluan kerjaya yg pelbagai Dr Shaklee termasuk chiropractor, pencipta, penulis, paderi dan personaliti radio. Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau. Harini, falsafah Shaklee adalah "Better You Better World" mencerminkan secara langung visi awal Dr Shaklee.

Semangat Kehidupan:

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yg cukup, makanan yg berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar Bandar Lowa. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam bertahun2 pembentukan beliau.

Setuju tak kalau nuha kata apa yg kita lakukan adalah apa yg kita suka. Suka shopping, so pegi shopping. Sama dengan Dr Shaklee ni.

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan yg optima membawa beliau dari lapangan, ke makmal dan bilik peperiksaan. Beliau percaya bahawa pemakanan yg baik adalah asas utk kesihatan keseluruhan dan keejahteraan.

Dr Shaklee sentiasa mencuba. Antaranya beliau membangunkan teknik utk mengektrak nutrien dari makanan. "Vitalized Mineral" telah diperkenalkan pada tahun 1915 sebelum konsep vitamin difahami sepenuhnya.

Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yg amat berjaya, yang mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yg baik diperlukan utk memupuk kesejahteraan, bukan sekadar hanya merawat penyakit.

Selain itu, Dr Shaklee juga merupakan orang yg terawal dlm amalan membantu diri sendiri. Beliau menulis beberapa buku tentang pemikiran positif, yg mempunyai hak cipta sebagai "Thoughtsmanship". Beliau juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yg berjaya di program radio migguannya sendiri.

Mengikut falsafah pemakanan pencegahan dan konsep hidup secara poitif tertumpu pada tahun 1956 apabila Dr Shaklee dan 2 orang anaknya, Forrest Jr dan Lee (Raleigh), mengasaskan Shaklee Corporation.



Ok setakat ni dulu. InsyaAllah nuha akan continue kelas sejarah ni as Part II kat entry lain pulak ye.

Hubungi nuha untuk pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee.

Nuha
017-4991289 (SMS/ Whatsapp)
SID 1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.