Friday, 9 January 2015

15 Tips Penjagaan Diri Dan Kediaman Daripada Gangguan Makhluk Halus

InshaAllah, mari sama-sama kita amalkan tips ini. Mudah-mudahan kita semua bebas daripada gangguan makhluk halus.

15 Tips Penjagaan Diri Dan Kediaman Daripada Gangguan Makhluk Halus

1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab kawasan kesukaan syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.

2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci al-quran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dan lain-lain kerana itu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Elakkan buka pintu atau tingkap waktu malam kerana angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala(jangan lepaskan ke atas bantal).

9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus.

10. Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Amalkan membaca surah Al-Baqarah.

15. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai kerana perkara-perkara ini yang akan menarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Semoga sedikit sebanyak membantu anda semua :)

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.