Thursday, 29 January 2015

4 Kepentingan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan

Masih ingat saat pertama kali bertemu si manja anda? Apa perasaannya? Yang pasti rasa sakit bersalin hilang serta merta buat sementara waktu. Rasa bersyukur, terharu, nak nangis, nervous, happy, semua ada.

Assalamualaikum & hai.

Waktu pertama kali jumpa little dahlea, nuha rasa semua perasaan yang nuha senaraikan kat atas tadi. Ditambah dengan rasa terkejut bila nuha tahu baby nuha perempuan. Masa scan doktor kata lelaki. Tapi tak kisah asal semuanya selamat dan sihat. Bersyukur sangat-sangat.


Gambar hiasan: Sumber dari shutterstock.com

Lepas doktor lap-lap sikit little Dahlea, terus letak kat dada nuha untuk sesi sentuhan kulit ke kulit. Perasaan masa tu.... "waaaaaa, ni anak aku. Aku dah jadi mak orang." Nak nangis okey. Untuk ibu yang bukan pertama kali bersalin mungkin situasi ini tak terlalu menyentuh jiwa eceh. Ibu baru macam nuha ni, rasanya perasaan tu sama.

Baca: Doa Banyakkan Susu Ibu

Gambar hiasan. Sumber: Google. Hilang sakit lepas tengok anak




Harini nuha nak kongsi Kepentingan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit anda akan dilakukan selama sekurang - kurangnya 10 minit hingga ke 1 jam.

Baca: Risiko Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu

KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN

1) Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang.
2) Menggalakkan hubungan anda dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan.
3) Membantu bayi anda memahami bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat.
4) Membantu bayi anda menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa darahnya.

*Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Baca: Inverted Nipple Boleh Breastfeed Anak Ke?

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.