Monday, 23 February 2015

Variasi Menu BBQ

Mahukan variasi dalam menu bbq anda? Boring asyik-asyik ayam, daging, hot dog, daging dan ikan?

Ini bukan entry promosi. Sekadar berkongsi idea dalam mempelbagaikan menu bbq. Andai kena dengan selera anda, apa salahnya mencuba.

Assalamualaikum & hai. 

Aktiviti yang sekali-sekala kami adik beradik buat apabila berkumpul waktu cuti ialah bbq. Senang.. tak perlu keluar rumah dan yang penting senang nak handle anak masing-masing.

Bila dah ramai berkeluarga, baru faham cabaran nak berkumpul satu family, cabaran nak conduct sesuatu aktiviti keluarga. Masing-masing punya komitmen dah makin bertambah.

Baca: Resepi Bubur Labu Versi Nuha

Jumaat lepas, nuha dan adik-beradik buat bbq. Alhamdulillah aktiviti yang dirancang menjadi. Seronok.

Antara menu kami malam tu ialah daging bakar, ayam bakar, udang bakar.



Menu lain adalah terung bakar, jagung bakar dan nanas bakar. Sedap.



Baca: Resepi Kuih Bakar

Menu last minute adalah kupang bakar. Tak perap langung. Bersihkan dan terus panggang!

Kalau ada ubi keledek pon sedap dibakar. Nyum Nyum..!

Sebenarnya tujuan utama bbq bukan nak makan sangat, sekadar nak ada bekerjasama dalam buat aktiviti dan sambil-sambil tu berbual-bual.

Apa pula menu bbq anda sekeluarga?

1 comment:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.