Monday, 9 March 2015

5 Ciri Utama dalam Mengurus Rezeki dangan Baik

Untuk menyempurnakan kedudukan ekonomi yang baik, 5 ciri utama haruslah dipenuhi selaras dengan tuntutan syariah.

Assalamualaikum & hai.

Baca: 10 Formula Mudahnya Menjemput Rezeki

5 CIRI UTAMA DALAM MENYEMPURNAKAN KEDUDUKAN EKONOMI YANG BAIK

1) Menetapkan Matlamat dalam Kewangan
Wujudkan aliran kewangan yang teratur tanpa gangguan terhadap sumber kewangan sedia ada. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, selain mengawal selia perbelanjaan agar tidak berlebihan dan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu.

Baca: Doa Murah Rezeki

2) Meningkatkan Pengetahuan Pengurusan Kewangan
Ianya meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan. Usaha meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan dapat membantu menguruskan kewangan dengan baik.

5 Ciri Utama dalam Mengurus Rezeki dangan Baik
5 Ciri Utama dalam Mengurus Rezeki dangan Baik - google image

3) Pengurusan Hutang yang Bijaksana
Berazamlah untuk melunaskan hutang kerana ia membebankan kita di dunia dan akhirat.

4) Menguruskan Pelan Pelaburan
Harta perlu dikembangkan melalui pelbagai kaedah seperti pelaburan dan sebagainya.

Libatkan ahli keluarga dalam pengurusan kewangan. Antara prinsip pengurusan kewangan keluarga yang baik ialah dengan memastikan setiap ahlinya berdisiplin membuat simpanan asas secara tetap disamping memastikan perbelanjaan dibuat dengan teratur dan berhemah.

Baca: 7 Strategi Melunaskan Hutang

5) Menguruskan Rezeki dengan Cara Betul
Sebagai umat Islam, kita mesti menguruskan rezeki dengan cara yang betul dan menyalurkannya dengan cara yang betul.

Secara umumnya, 2 Aspek Utama yang Dititikberatkan dalam Pengurusan Harta;

1) Bagaimana Harta Diperolehi?
Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.

2) Bagaimana Harta Dibelanjakan?
Samada untuk kebaikan atau perkara yang dilarang, berpandukan kewajipan yang diamanahkan oleh-Nya seperti nafkah, zakat, sedekah dan lain-lain.

Ia boleh dijadikan teras dalam menguruskan rezeki dengan betul. Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira dalam perancangan kewangan ialah MEMPEROLEH KEBERKATAN-NYA.

Sumber: Majalah Iman. Bil: 36.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.