Friday, 20 March 2015

5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam

Pengurusan harta tanah, harta pusaka, harta modal, harta pusaka amanah raya dan lain-lain. Seorang muslim harus didorong agar bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pengurusan hartanya secara Islam.

Assalamualaikum & hai.


5 ELEMEN PENGURUSAN HARTA SECARA ISLAM

1) MENCARI HARTA
Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal, dibenarkan oleh syarak dan tidak hanya pasrah pada qadak dan qadar.

Baca: Doa Murah Rezeki

5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam
5 Elemen Pengurusan Harta Secara Islam - Google image

2) PENGUMPULAN DAN PENGEMBANGAN HARTA
Adalah tidak wajar andai harta disimpan begitu saja tanpa dilabur atau diniagakan. Mengumpul dan mengembangkan harta boleh dilakukan melalui aktiviti perdagangan, perniagaan dan pelaburan yang diharuskan dalam Islam.

3) PERLINDUNGAN HARTA
Selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, harus diingat bahawa diri dan harta juga mesti dijaga daripada musibah dan perkara yang tidak diingini.

Baca: 5 Ciri Utama dalam Mengurus Rezeki dengan Baik

4) PENGAGIHAN HARTA
Islam memperuntukkan beberapa kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antaranya ialah wakaf, waiat, hibah dan pelbagai lagi.

5) PENYUCIAN HARTA
Sebagai muslim, kita tidak harus sewenang-wenangnya membelanjakan atau menggunakan harta mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta kita ada hak orang lain untuk diagihkan sebagai amal jariah seperti zakat, sedekah dan sebagainya.

Sumber: Majalah Iman Bil:36

Baca: Jum Lambatkan Penuaan Pada Tahap Sellular

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.