Tuesday, 14 April 2015

4 Fungsi Hati

Hati manusia letaknya di bahagian abdomen dan di bawah tulang rusuk. Hati merupakan organ dalaman terbesar dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan dan metabolisma badan. 

Assalamualaikum & hai.  

4 Fungsi Hati
Kedudukan Hati Manusia - Google Image
Hebat sungguh hati kita sebenarnya. Terasa betapa besarnya kuasa Allah. Hati merupakan satu-satunya organ yang berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. 

Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hebatkan bukan? 

Jadi hari ini mari kita tambah ilmu dengan menyetahui 4 Fungsi Hati.

4 FUNGSI HATI

1) Rembesan Hempedu 

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hemedu adalah perlu untuk pencernaan lemak. Ianya memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule).

Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A, D, E, F, K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hembedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

2) Bertindak Sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolim protin.

Untuk detokifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuklah sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3) Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) daripada kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.

4 Fungsi Hati
Gula dalam Darah - Google Image
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.

Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

Baca: DTX Complex Shaklee - 6 Formulasi yang Dipaten

4) Penting dalam Metabolisma Lemak

Penting di dalam sistesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk Penyimpanan.

Baca: Perbezaan DTX Complex Shaklee

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.