Thursday, 28 May 2015

Breastfeeding: Ilmu, Usaha, Doa Dan Tawakal

Ilmu penyusuan susu ibu, susu terbaik untuk bayi, susu untuk bayi baru lahir, tips penyusuan susu ibu, cara dan tips untuk memperbanyakkan penyusuan susu ibu, susu ibu, khasiat susu ibu, dan info-info lain tentang penyusuan susu ibu.

Assalamualaikum & hai.

Penyusuan susu ibu adalah suatu rezeki, pemberian daripada Allah kepada hamba-hambaNya. Penulisan nuha hari ini adalah pandangan peribadi nuha, tidak merujuk kepada mana-mana individu.

Semoga kita sama-sama beroleh sesuatu yang bermanfaat daripada penulisan ini.

PENYUSUAN SUSU IBU: ILMU, USAHA, DOA DAN TAWAKAL

Sejak little Dahlea masih dalam kandungan, nuha maklum yang nuha seorang ibu dengan inverted nipple. Nuha bersedia dan mempraktikkan apa yang jururawat ajar.

Rasanya nuha sudah buat seperti yang diajar, namun nuha tetap berhadapan dengan isu inverted nipple selepas little Dahlea dilahirkan.

22 bulan lalu, nuha cemburu dengan ibu-ibu yang tidak berhadapan dengan masalah inverted nipple. Hari ini, nuha bersyukur dan maklum yang ibu dengan inverted nipple boleh dan mampu untuk menyusukan bayi masing-masing seperti ibu-ibu lain.

Hakikatnya, ramai ibu yang mengalami masalah inverted nipple.

Baca: Inverted Nipple - Boleh Breastfeed Anak Ke?

Dalam keghairahan bakal ibu dan bakal bapa menyambut kelahiran penyeri dalam hidup, nuha amat menggalakkan agar anda dan pasangan mendalami ilmu penyusuan susu ibu.

Tampak mudah namun, ianya tidak semudah disangka tetapi tidak mustahil untuk menjayakan misi yang murni ini.

Kenapa bakal bapa terlibat sama?

Di saat ibu baru menahan kesakitan dan keletihan tubuh badan selepas proses melahirkan, tatkala bayi menangis-nangis minta disusukan, tatkala sang ibu buntu tak tahu apa yang boleh dilakukan, maka bapalah yang memainkan peranan untuk menenangkan isteri, memberi semangat kepada isteri dan si kecil untuk terus sama-sama berusaha memberi dan menerima susu ibu.

Baca: Faedah Susu Ibu kepada Bayi

Hadirkan diri ke kelas atau seminar penyusuan susu ibu agar anda dan pasangan mendapat pendedahan tentang penyusuan susu ibu.

InshaAllah, dengan ilmu yang diperolehi, pasangan ibu bapa baru tidak terlalu terkejut dan panik dan akhirnya memberi kesimpulan "anak saya tidak pandai menyusu badan, susu badan saya sedikit, bukan rezeki anak saya" dan sebagainya kepada cabaran dalam penyusuan susu ibu.

Breastfeeding @ penyusuan susu ibu
Setiap ibu ayah mahukan yang terbaik untuk zuriat masing-masing. Selepas penuh ilmu di dada dan mempraktikkannya sebaik sahaja bayi dilahirkan, berdoa dan bertawakallah kepada Allah.

Hanya Allah yang maha pemberi rezeki susu, rezeki bayi pandai menyusu badan, rezeki kesihatan dan kekuatan fizikal & mental kepada ibu dan sebagainya.

Sekali lagi nuha tekankan di sini, penulisan ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.

InshaAllah, andai Allah izinkan nuha untuk terus menyusukan little Dahlea sehingga usianya 2 tahun, nuha akan kongsi pengalaman pahit manis masam manis nuha, suami dan little Dahlea dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu kepada little Dahlea.

Mudah-mudahan dapat menyuntik semangat kepada semua ibu dan bapa, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mei 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.