Friday, 15 May 2015

Siapa Saya

Assalamualaikum & hai.

Nama saya Nurul Hayati Hanisah. Saya selesa dipanggil Nuha (NUrul HAyati). Saya berumur 28 tahun (2015).

Saya berkelulusan Sarjana dalam Jurusan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2013 - UUM).

Berkahwin dengan Aziz Zariff dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Saya seorang ibu yang bekerja dari rumah (Work at Home Mother - WAHM) dengan menjalankan perniagaan produk kesihatan nombor 1 di US, Shaklee.

Keluarga Aziz Zariff dan Nuha Hayati
Kami (saya dan suami) menawarkan khidmat COD produk Shaklee di Kawasan Bandar Seri Putra, Bangi, Bandar Baru Bangi, Bukit Mahkota dan Putrajaya serta khidmat penghantaran produk ke Seluruh Malaysia.

Saya mempunyai minat yang sangat mendalam dengan aktiviti diy. Banyak aktiviti diy telah berjaya saya lakukan semasa majlis perkahwinan saya dan suami (boleh rujuk entry-entry lama). 

Saya sangat berminat dengan dunia penyusuan susu ibu. Seperti ibu-ibu lain, perjalanan misi penyusuan susu ibu yang saya tempuhi juga agak mencabar. Alhamdulillah, diizinkan Allah dan diberi kekuatan serta kesabaran kami (saya dan anak) semakin menuju ke garisan penamat misi kami.

Saya punya impian. Salah satu impian saya adalah untuk membantu ibu-ibu menjayakan impian penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Semoga impian ini dipermudahkan Allah, InshaAllah.

Saya juga ingin berjaya. Berjaya membantu insan lain menjayakan hasrat dan impian masing. Kata Razzi Almansur, 'manusia yang berguna ialah manuia yang memberi faedah kepada manusia lain. 

Hubungi saya untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.