Sunday, 14 June 2015

Aktiviti Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

Pastinya umat Islam seluruh dunia tak sabar-sabar menanti Ramadhan. Bulan yang diwajibkan berpuasa bagi semua umat Islam yg memenuhi syarat wajib puasa.

Assalamualaikum & hai.

Nuha yakin ramai yang mengambil peluang hujung minggu terakhir ini untuk pelbagai aktiviti agar dapat mengurangkan aktiviti di bulan Ramadhan dan dapat fokus untuk memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya.

Ada yang membeli-belah persiapan Aidilfitri buat diri dan keluarga, membersihkan rumah, membeli bahan-bahan untuk membuat kuih raya, menyediakan barang basah untuk memasak juadah berbuka puasa dan sebagainya. Tak kurang juga yang baru pulang dari membawa keluarga bercuti sebelum sesi persekolahan baru yang akan bermula esok.

AKTIVITI MENJELANG RAMADHAN

Nuha dan suami mengambil peluang hari ini untuk mengemas rumah. Bersihkan sawang, kipas, tandas, tukar langsir, sapu dan mop lantai. Aktiviti membakar sedikit kalori. Hihi.

Gosok Jangan Tak Gosok - Gambar Hiasan - Google
Kami gunakan cecair 1001 kegunaan, Basic H dalam kerja-kerja pembersihan. Kerja menjadi semakin mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.

Mop Lantai Tak Perlu Bilas
Biasanya operasi mengemas rumah berskala besar ini dilakukan menjelang Syawal. Tapi kali ini kami buat sebelum Ramadhan. Makin tak sabar kami nak sambut Ramadhan, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.