Tuesday, 28 July 2015

Alahan Seorang Wanita Mengandung

Alahan diawal tempoh mengandung berlaku disebabkan oleh perubahan hormon tubuh seseorang wanita. Ada individu yang mengalami alahan yang sangat teruk. Sampai bila tempoh alahan mengandung adalah subjektif dan bergantung kepada individu. Bagaimana cara anda berhadapan dengan situasi alahan mengandung dan cara untuk mengatasinya?

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha kongsikan pandangan salah seorang teman nuha sewaktu di bangku sekolah dulu tentang pengalamannya berhadapan dengan alahan di awal kandungan. Ini adalah pengalaman mengandung beliau yang pertama.

ALAHAN SEORANG WANITA HAMIL

Puan Lisa (bukan nama sebenar) hamil 14 minggu, seorang wanita bekerja dan perlu memandu dan berulang dari rumah ke tempat kerja dengan jumlah jarak 100km setiap hari. Ditambah dengan tekanan tempat kerja yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental. Alhamdulillah Puan Lisa sudah melepasi fasa muntah-muntah yang teruk.

Walau bagaimanapun, beliau mengalami tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Doanya setiap hari agar kesakitan yang dialami tidak memberi kesan kepada pertumbuhan dan kesempurnaan kandungannya.

Kata Puan Lisa lagi, sakit semasa mengandung ini adalah anugerah Allah, sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu mithali. Dekati Allah dan dalam masa yang sama anak dalam kandungan turut beribadat sama. 

Alahan Seorang Wanita Hamil
Tatkala Puan Lisa tidak dapat tidur pada waktu malam, beliau bangun dan melakukan solat-solat sunat. Kejut baby sekali untuk sama-sama solat sunat.

"Daripada terus-terusan menangis menahan kesakitan dan scroll down newsfeed di Facebook, lebih baik "jumpa" Allah dan rayu bantuan daripadaNya."

Doa sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Ihsan daripada Dia yang amat diharapkan.

Ini adalah pandangan peribadi Puan Lisa, nuha bersetuju dengan pandangan ini dan semoga bermanfaat kepada semua pembaca. Kepada semua wanita mengandung, sentiasa berfikiran positif, syukuri dan nikmati detik indah mengandung kerana bukan semua wanita Allah pilih untuk merasai nikmatnya mengandung.

Shaklee dalam rangkaian produk makanan tambahan menyediakan produk yang boleh membantu mengurangkan alahan wanita mengandung dan memberikan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan kandungan sepanjang tempoh mengandung. 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.