Saturday 12 December 2015

Petua Awet Muda Kulit Dan Minda

Petua orang-orang lama terutama untuk kekal awet muda memang sangat mengujakan. Cuma tepuk dada tanya semangat sahaja samada nak amalkannya atau tidak.

Assalamualaikum & hai.


Kalau ditanya kepada kaum hawa, mustahil ada yang menjawab tidak mahu cantik dan awet muda. Sekarang pun dah banyak alternatif yang boleh diamalkan untuk tujuan mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran para wanita.

PETUA AWET MUDA KULIT DAN MINDA

Dengan ini nuha menjemput semua pembaca blog ini untuk sama-sama ke satu sesi seminar kesihatan tentang PETUA AWET MUDA KULIT DAN MINDA. Tidak terhad kepada kecantikan semata-mata, tetapi juga petua minda yang awet muda.


Semua dijemput hadir. Jumpa anda disana. InshaAllah.

Baca: Promosi Shaklee Disember 2015

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Wednesday 2 December 2015

Wordless Wednesday: Enchanted

Siapa tengok cerita ni malam tadi?

Enchanted
Enchanted
Nuha tengok sambil-sambil buat poster promosi dan kemaskini blog.

Promosi Shaklee Disember 2015

Promosi hujung tahun 2015 yang sangat mengujakan. Pastinya nuha dan ribuan rakyat Malaysia yang lain tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan suplemen hebat kegemaran ramai ini.

Assalamualaikum & hai.

Terlebih dahulu nuha memohon maaf atas "kehilangan" nuha di dunia blog sejak beberapa bulan lepas. InshaAllah, nuha akan terus konsisten mengemaskini blog ini.

PROMOSI SHAKLEE DISEMBER 2015

Promosi Shaklee Disember 2015


Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Saturday 1 August 2015

Rancang Perjalanan dengan Easybook

Rancang Perjalanan dengan Easybook
Rancang Perjalanan dengan Easybook
Punya rancangan untuk bercuti dalam masa yang terdekat ini? Atau ingin menikmati cuti hujung minggu bersama rakan-rakan anda? Trip perjalanan jarak jauh  sememangnya amat memenatkan lebih-lebih lagi jika anda harus memandu. Begitu juga dengan jumlah wang ringgit yang harus anda keluarkan ke atas perbelanjaan petrol dan tol.

Assalamualaikum & hai.

Jangan bimbang, kerana kini anda boleh merancang perjalanan anda dengan mudah melalui Easybook! Anda bukan sahaja dapat merehatkan badan sepanjang perjalanan, malah ia juga memberikan anda penjimatan yang lebih.

Rancang Perjalanan dengan Easybook
Rancang Perjalanan dengan Easybook
Secara asasnya, Easybook merupakan sebuah online portal yang menjual pelbagai tiket termasuklah tiket bas, tiket kereta api, tiket feri, perkhidmatan kereta sewa, perkhidmatan tempahan hotel dan banyak lagi. Dengan adanya online portal ini, anda tidak perlu bersusah payah membeli tiket di kaunter kerana segala transaksi boleh anda lakukan secara online di bawah satu laman web.

Dan anda juga tidak perlu risau kerana, harga tiket yang dijual di laman web ini adalah sama atau kurang daripada harga tiket yang dijual di kaunter. Rebut juga peluang untuk menikmati potongan hebat bagi harga-harga tiket tertentu tertakluk kepada promosi yang ditawarkan pada setiap hari!

Rancang Perjalanan dengan Easybook
Rancang Perjalanan dengan Easybook
Selain itu, anda juga berpeluang meraih ganjaran cashback apabila anda membuat tempahan tiket anda di Easybook melalui laman web Shopback Malaysia. Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja!

Layari laman web Shopback Malaysia dan cari ikon easybook (terpapar di halaman merchant). Kemudian, klik pada ikon tersebut dan anda akan disambungkan terus ke laman web Easybook.

Kemudian, buat tempahan dan pembelian tiket anda seperti biasa dan ganjaran cashback akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa 1-3 hari bekerja. Best kan? Buat tempahan anda di Easybook hari ini juga dan klik tawaran dan promosi Easybook!

Thursday 30 July 2015

SENARAI NAMA PESERTA SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA

Untuk Segmen Pencarian Senarai Blog Bulan Ogos dan September Oleh Nuha, nuha telah menerima sebanyak 20 penyertaan. Dalam 20 penyertaan ini, hanya seorang blogger yang menulis tajuk entry menggunakan pilihan "Custom Permalink". Saja nuha letak nama segmen panjang-panjang. Hehe. Walau bagaimanapun, ini tidak mempengaruhi kelayakkan para peserta untuk memasuki senarai blog nuha.

Assalamualaikum & hai.

SENARAI NAMA PESERTA SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA  

1) http://theathra.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

2) http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

3) http://inibelognufarsa.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

4) http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

5) http://jmbelog.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

6) http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

7) http://officalmissyana.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

8) http://yangbaik.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

9) http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

10) http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

11) http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan-ogos-dan-september-oleh-nuha.html

12) http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

13) http://jombercontest.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

14) mimirheem.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html?m=1

15) http://myemosaid.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

16) http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

17) http://www.aimisyahirah.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

18) http://zahiyazainuddin.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

19) http://wadaluna.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html?m=1

20) http://emmadianastory.blogspot.com/2015/07/segmen-pencarian-senarai-blog-bulan.html

Nuha akan melawat blog para peserta kemudian umumkan senarai nama pemenang. Nantikan pengumuman daripada nuha.  

Tuesday 28 July 2015

Alahan Seorang Wanita Mengandung

Alahan diawal tempoh mengandung berlaku disebabkan oleh perubahan hormon tubuh seseorang wanita. Ada individu yang mengalami alahan yang sangat teruk. Sampai bila tempoh alahan mengandung adalah subjektif dan bergantung kepada individu. Bagaimana cara anda berhadapan dengan situasi alahan mengandung dan cara untuk mengatasinya?

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha kongsikan pandangan salah seorang teman nuha sewaktu di bangku sekolah dulu tentang pengalamannya berhadapan dengan alahan di awal kandungan. Ini adalah pengalaman mengandung beliau yang pertama.

ALAHAN SEORANG WANITA HAMIL

Puan Lisa (bukan nama sebenar) hamil 14 minggu, seorang wanita bekerja dan perlu memandu dan berulang dari rumah ke tempat kerja dengan jumlah jarak 100km setiap hari. Ditambah dengan tekanan tempat kerja yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental. Alhamdulillah Puan Lisa sudah melepasi fasa muntah-muntah yang teruk.

Walau bagaimanapun, beliau mengalami tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Doanya setiap hari agar kesakitan yang dialami tidak memberi kesan kepada pertumbuhan dan kesempurnaan kandungannya.

Kata Puan Lisa lagi, sakit semasa mengandung ini adalah anugerah Allah, sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu mithali. Dekati Allah dan dalam masa yang sama anak dalam kandungan turut beribadat sama. 

Alahan Seorang Wanita Hamil
Tatkala Puan Lisa tidak dapat tidur pada waktu malam, beliau bangun dan melakukan solat-solat sunat. Kejut baby sekali untuk sama-sama solat sunat.

"Daripada terus-terusan menangis menahan kesakitan dan scroll down newsfeed di Facebook, lebih baik "jumpa" Allah dan rayu bantuan daripadaNya."

Doa sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Ihsan daripada Dia yang amat diharapkan.

Ini adalah pandangan peribadi Puan Lisa, nuha bersetuju dengan pandangan ini dan semoga bermanfaat kepada semua pembaca. Kepada semua wanita mengandung, sentiasa berfikiran positif, syukuri dan nikmati detik indah mengandung kerana bukan semua wanita Allah pilih untuk merasai nikmatnya mengandung.

Shaklee dalam rangkaian produk makanan tambahan menyediakan produk yang boleh membantu mengurangkan alahan wanita mengandung dan memberikan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan kandungan sepanjang tempoh mengandung. 

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Monday 27 July 2015

SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA

Segmen ini dianjurkan untuk nuha menyenaraikan 10 blog yang bertuah ke dalam senarai blog di blog nuha. Ikuti syarat mudah di bawah untuk melayakkan anda menyertai program ini.

Assalamualaikum & hai.

SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA

Segmen Pencarian Senarai Blog Bulan Ogos Dan September Oleh Nuha

Syarat-syarat penyertaan:

1) Follow blog Nuha

2) Follow Google+ Hayati Hanisah

3) Follow instagram Rakan Penyusuan Susu Ibu

4) Buat satu entry bertajuk "SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA".

5) Sertakan banner di atas di dalam entry anda dan linkkan ke entry ini.

6) Tinggalkan link entry tersebut di ruang komen entry ini.

Segmen ini berlangsung dari jam 12:00 tengahari 27 Julai 2015 dan akan tamat pada 11.59 pagi 28 Julai 2015 (24 jam).

Jemput semua rakan blogger untuk menyertai segmen ini.

Tambahan: Mohon kerjasama semua peserta segmen ini memilih "Name/URL" dalam pilihan "Comment as".

Sunday 26 July 2015

CARA UNTUK MENAIKKAN JUMLAH PENGUNJUNG DI BLOG

Jumlah pengunjung blog yang tinggi pasti akan menyuntik lebih semangat untuk seorang blogger terus menulis di blog. Jumlah pengunjung blog yang banyak memberi peluang yang tinggi kepada sesebuah blog untuk naik ke muka pertama enjin carian.

Assalamualaikum & hai.

Terdapat beberapa cara untuk anda yang ingin menaikkan jumlah pengunjung di blog. Salah satunya adalah dengan menganjurkan dan menyertai segmen atau pertandingan di blog.

CARA UNTUK MENAIKKAN JUMLAH PENGUNJUNG DI BLOG

Cara Untuk Menaikkan Jumlah Pengunjung Di Blog
Bulan lepas untuk pertama kalinya nuha telah menyertai segmen pencarian bloglist yang dianjurkan oleh rakan blogger mialiana.

Cara Untuk Menaikkan Jumlah Pengunjung Di Blog
Alhamdulillah, rezeki ramadhan. Blog nuha terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist di blog mialiana. Dengan adanya blog nuha dalam bloglist blogger mialiana, pelawat-pelawat yang berkunjung di blog tersebut dapat melihat dan klik artikel nuha dari bloglist mialiana. Cara ini boleh menaikkan jumlah pelawat blog nuha dengan syarat nuha perlu meningkatkan kekerapan menulis artikel supaya blog nuha sentiasa berada di atas dalam bloglist blog mialiana.

Cara Untuk Menaikkan Jumlah Pengunjung Di Blog
Anda boleh cuba cara ini sebagai salah satu usaha untuk menaikkan jumlah pengunjung blog anda. Nuha merancang untuk menganjurkan segmen yang sama, segmen mencari senarai blog di blog nuha.

Nantikan pengumuman dari nuha ya.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

4 Manfaat Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama

Seorang pakar kanak-kanak berbangsa Cina pernah menasihati nuha untuk cuba menyusukan little Dahlea sekurang-kurangnya sepanjang tempoh berpantang. Lebih baik katanya jika dipanjangkan sehingga usia little Dahlea 6 bulan dan sekiranya mampu dipanjangkan sehingga usia dua tahun.

Assalamualaikum & hai.

Penyusuan susu ibu adalah nikmat yang diberikan Allah kepada setiap ibu yang melahirkan. Berjayanya penyusuan susu ibu perlu disertai dengan ilmu dan teknik penyusuan yang betul serta dengan izinNya. Susu ibu tertanya susu terbaik buat anak.

Baca: 4 Keadaan yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu

4 MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN PERTAMA

1) Mengurangkan cirit-birit dan infeksi - Mengurangkan risiko kematian bayi

Baca: Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan

2) Mengurangkan risiko jangkitan sistem pernafasan kepada bayi 

3) Mendapat antibodi yang sempurna untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit

4 Manfaat Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama
4 Manfaat Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama - Google
Baca: Kesilapan yang Membawa Impak Besar Kepada Pengeluaran Susu Ibu

4) Membantu dalam pembentukan tulang, rahang, gigi dan pertuturan yang baik

4 Manfaat Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama
4 Manfaat Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama - Google
Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Saturday 25 July 2015

8 JENIS VITAMIN DALAM B COMPLEX SHAKLEE

Vitamin B Complex Shaklee antara vitamin yang nuha sangat suka. Cara nuha makan B Complex Shaklee adalah 1 biji pada waktu pagi dan 1 biji sebelum tidur. Harga B Complex Shaklee yang sangat berpatutan menjadikannya suplemen pilihan ramai.

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha kongsikan fungsi setiap satu daripada Vitamin B yang terkandung di dalam Vitamin B Complex Shaklee

Baca: 9 Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee

8 JENIS VITAMIN DALAM B COMPLEX SHAKLEE

1) Thiamine (Vitamin B1)
Berfungsi membantu sel tubuh menghasilkan tenaga, kesihatan jantung serta metabolisme karbohidrat.

8 Jenis Vitamin dalam B Complex Shaklee - Google
2) Riboflavin (Vitamin B2)
Berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit kanser, mencegah migrain serta katarak.

Baca: 4 Tips Bagaimana Memilih B Complex yang baik

3) Niacin (Vitamin B3)
Bermanfaat untuk melepaskan tenaga daripada zat-zat nutrien, membantu menurunkan kadar kolesterol, mengurangi depresi dan gangguan pada sendi.

4) Asid pantothenate (Vitamin B5)
Membantu sistem saraf dan metabolisme, mengurangi alergi, lelah dan migrain. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.

5) Pyridoxine (Vitamin B6)<br/> Membantu penghasilan sel darah merah dan meringankan gejala hipertensi, asma serta PMS.

6) Biotin (Vitamin B7)
Bermanfaat dalam proses pelepasan tenaga daripada karbohidrat, pembentukan kuku serta rambut.

7) Asid Folik (Vitamin B9)
Membantu perkembangan janin, merawat anemia dan pembentukan hemoglobin.

Baca: Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee

8) Cobalamine (Vitamin B12)
Membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

SHE TURNS TWO

Selamat hari lahir Ez-Zahra Dahlea binti Aziz Zariff. Happy birthday to you. Selamat hari lahir. Sheng ri kuai le. Semoga menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, sihat, bahagia dan membahagiakan serta kaya dan berjaya dunia akhirat.

Assalamualaikum & hai.

EZ-ZAHRA DAHLEA DUA TAHUN

27 Julai 2013, nuha selamat melahirkan anak pertama kami. Pejam celik sudah dua tahun kami diberi pinjaman ini dari Allah.

She Turns Two
Malam tadi kami sekeluarga makan malam bersama adik-beradik suami. Makan malam yang tidak dirancang. Nuha masak makan malam seperti biasa. Suami goreng char kuey tiaw. Adik ipar hadiahkan brownies.

She Turns Two
She Turns Two
Asalnya kami semua bersiap sempurna lengkap bertudung untuk sesi bergambar. Tapi terlupa nak ambil gambar bersama-sama ibu saudara little dahlea. Cuma ambil gambar little dahlea bersama mommy dan daddy sahaja.

She Turns Two
Apa pun, syukur atas nikmat yang Allah berikan ini. Sekarang little dahlea sedang bersiap sedia untuk menjadi kakak. Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. InshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Friday 24 July 2015

SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA

Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger Cik Yana bagi mencari blogger bertuah yang akan dimasukkan ke dalam senarai blog beliau.

SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA
SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA
Klik banner di atas untuk menyertai segmen ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11:59 malam 26 Julai 2015.

Thursday 23 July 2015

8 Jenis Penyakit Dan Penawarnya

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Penyakit fizikal seperti stress, migrain dan sakit tubuh badan, penyakit hati dan segala jenis penyakit.

Assalamualaikum & hai.

"Kalau sakit, cepat-cepat jumpa doktor".

Pesanan yang sering didengar sejak kecil.

8 JENIS PENYAKIT DAN PENAWARNYA

Hari ini nuha kongsikan kepada anda penawar untuk 8 jenis penyakit seperti di dalam gambar di bawah.

8 Jenis Penyakit Dan Penawarnya
Sumber asal: Universiti Of Life

Asasnya adalah kembali kepada Allah, yang maha BESAR lagi maha BERKUASA.

Selamat berhujung minggu, hari ke-8 syawal.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Home Made Garlic Bread

Garlic bread atau Bahasa Melayunya dipanggil roti bawang putih. Sering kita makan bersama sup dan hidangan utama di Pizza Hut dan Domino's Pizza.

Assalamualaikum & hai.

HOME MADE GARLIC BREAD

Nuha penggemar roti bawang putih. Makan waktu ianya masih panas memang sangat sedap. Sekarang nuha sudah tahu cara untuk buat sendiri roti bawang putih ni.


Boleh terus buat apabila tekak terasa nak makan. Ada masa nuha kongsikan resepinya. InshaAllah.

Baca: Khasiat Bawang Putih

Bawang putih antara bahan utama dalam masakan seharian kita. Banyak khasiat dan manfaat bawang putih yang tidak diketahui umum seperti sebagai antibiotik semula jadi, penguat sistem imun dan mengawal tekanan darah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Survey: Susu Anak Umur Dua Tahun

Pemilihan susu untuk bayi ibarat proses cuba dan jaya kerana setiap bayi berbeza pemerimaannya. Apa yang penting adalah kandungan susu tersebut, si anak sihat dengan pola berat badan yang cantik, tidak sembelit serta tiada kesan sampingan lain (cirit birit, muntah, dan lain-lain) kepada anak.

Assalamualaikum & hai.

Syawal hari ke 7. Alhamdulillah, rata-rata sudah kembali menjalani kehidupan hakiki seperti sedia kala.

Memandangkan usia little Dahlea semakin menghampiri 2 tahun (lusa), Nuha dan suami dalam proses untuk memperkenalkan kembali susu formula kepada little Dahlea (Dahlea minum susu formula di awal kelahirannya sehingga usia 5 bulan).

Kami ada kisah disebalik nikmat menyusu dengan susu ibu yang Allah berikan ini. InshaAllah nuha akan kongsikan di masa akan datang.

Susu Anak Umur Dua Tahun
Susu Anak Umur Dua Tahun (Google) - Gambar Hiasan
Berbalik kepada tujuan utama entry ini, nuha amat berbesar hati sekiranya para ibu dapat melengkapkan survey ini.

SURVEY: SUSU ANAK UMUR DUA TAHUN

Susu apakah yang menjadi pilihan para ibu dan mengapa susu tersebut menjadi pilihan anda?

Kerjasama anda semua nuha dahului dengan ucapan terima kasih. Nuha sayang anda semua.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Wednesday 22 July 2015

Wordless Wednesday: 11 Cara Kekalkan Pengunjung Laman Web Anda Agar Berada Lebih Lama

Tips untuk para blogger terutama yang menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan serta mementingkan pengunjung laman web.

Wordless Wednesday: 11 Cara Kekalkan Pengunjung Laman Web Anda Agar Berada Lebih Lama

11 Cara Kekalkan Pengunjung Laman Web Anda Agar Berada Lebih Lama
Semoga bermanfaat.

Aidilfitri 2015

Aidil Fitri 2015 disambut penuh kesyukuran dan kesedarhanaan. Namun tetap meriah disamping keluarga. Anda beraya di mana? Berapa pasang baju raya?

Assalamualaikum & hai.

Sudah dua tahun berturut-turut, kami beraya awal di kampung suami. Perancangan raya adalah atas persetujuan kami bersama. Petang 1 Syawal baru bergerak ke kampung nuha di Melaka. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar ke semua destinasi.

Aidilfitri 2015
Syawal pertama di kampung suami. Jika anda rakan blogger nuha dari waktu nuha bujang pasti perasan baju yang nuha pakai di hari pertama Syawal ini. Guna semula baju nikah kami hampir tiga tahun lalu. 

Aidilfitri 2015
Syawal kedua di rumah keluarga nuha. Bergambar satu keluarga. Tahun depan bakal bertambah seorang lagi menantu dan cucu-cucu keluarga Cikgu Azizah. InshaAllah.

Aidilfitri 2015
Wefie candid!

Aidilfitri 2015
Syawal hari ke 3. Dalam proses menyediakan rendang daging. Ketupat rendang sila nikmati kawan.

Aidilfitri 2015
Little Dahlea di tengah-tengah antara dua orang sepupu. Beraya di rumah moyang.

Nuha ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan lalu tidak terhenti apabila Shawal tiba, InshaAllah

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015




Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Senarai Keperluan Ibu Berpantang

Barang keperluan ibu bersalin, senarai keperluan ibu berpantang, keperluan ibu selepas bersalin, senarai keperluan ibu dan bayi selepas bersalin, senarai semak keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu untuk ke hopital, senarai keperluan bayi di hospital, keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu semasa berpantang, senarai keperluan bayi, dan keperluan ibu dan bayi baru lahir.

Assalamualaikum & hai.

Terdahulu nuha telah kongsikan Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir dan Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital. Hari ini nuha kongsikan Senarai Keperluan Ibu Berpantang.

SENARAI KEPERLUAN IBU BERPANTANG

1. Set Berpantang
2. Tungku
3. Sweater 

Senarai Keperluan Ibu Berpantang
Senarai Keperluan Ibu Berpantang
4. Kain batik 3 - 4 helai
5. Stokin 3 - 4 pasang
6. Nursing bra
7. Maternity Pad
8. Tuala mandi
9. Breast pad
10. Tukang urut
11. Bengkung
12. Minyak panas 
13. Selimut

Mengikut pengalaman nuha, set berpantang tidak perlu disediakan awal atas sebab kemungkinan bayi mendapat jaundis dan ibu tidak boleh mengamalkan jamu dan herba (sekiranya ibu menyusukan bayi). Untuk ibu yang mengamalkan suplemen Shaklee sejak dari tempoh kehamilan, ibu tersebut boleh meneruskan pengambilan suplemen Shaklee sejurus selepas melahirkan. 

Suplemen Shaklee adalah selamat diambil oleh ibu menyusukan bayi walaupun bayi sedang mengalami jaundis. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua ibu dan bakal ibu, inshaAllah.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015




Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Tuesday 14 July 2015

Tawaran Menjana Pendapatan untuk Graduan Lepasan Universiti

Untuk anda yang bergelar graduan, samada lepasan diploma, ijazah mahupun sarjana. Apakah perancangan anda? Pernahkah anda terfikir untuk menjalankan perniagaan secara atas talian di media-media sosial, memperolehi pendapatan sampingan dari rumah dengan modal yang sangat minimum?

Asalamualaikum & hai.

Dahulunya nuha merancang untuk bekerja selepas tamat pengajian. Melangsaikan pinjaman pendidikan, menghadiahkan wang setiap bulan buat ibu tersayang, dan semestinya ingin membeli segala yang diimpikan.

Tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan. Tambahan pula nuha bukan dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan. Nuha juga bukan graduan jurusan perniagaan

Hari ini nuha bawakan berita baik buat anda semua. Sekiranya anda bukan dalam kumpulan yang nuha maksudkan, anda boleh menyampaikan berita ini kepada ahli keluarga dan teman-teman yang anda rasakan boleh "dibantu". Membantu dengan menyampaikan informasi ini.

Tawaran Menjana Pendapatan untuk Graduan Lepasan Universiti
Tawaran Menjana Pendapatan untuk Graduan Lepasan Universiti
TAWARAN MENJANA PENDAPATAN UNTUK GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi program ini:

1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
2) Modal minimum antara RM80 - RM800
3) Perlu memperuntukkan masa antara 2 hingga 3 jam setiap hari
4) Tidak perlu memiliki atau menyewa premis
5) Tidak perlu pengalaman atau kemahiran berniaga

Tawaran Menjana Pendapatan untuk Graduan Lepasan Universiti
Panduan dan bimbingan akan diberikan secara peronal dan berkumpulan kepada setiap individu yang memenuhi semua syarat di atas. Individu yang layak berpeluang mendapat wang tunai berjumlah RM10 000 berserta trofi dan sijil.

Hubungi 017-4991289 (call, sms, atau whatsapp) untuk maklumat lanjut.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent

Saturday 11 July 2015

Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose

Jemput sama-sama memeriahkan segmen rakan blogger nuha yang baru ini.

Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose
Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose
Klik banner untuk menyertainya. Tarikah tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2015 jam 11.59 malam.

Selamat bersegmen.

Segmen: Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Mari sertai segmen daripada Nieyl. Syarat penyertaannya sangat mudah.

Segmen: Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl
Segmen: Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl
Nuha ingin mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua pembaca blog nuha andai ada ketelanjuran kata dalam penulisan blog ini. Salam lebaran buat yang teristimewa, semua pembaca blog nuha.

Klik banner di atas untuk menyertai segmen ini. 

Friday 10 July 2015

Doa Untuk Sahabat Di Jumaat Terakhir Ramadhan

Doa untuk sahabat di Jumaat terakhir Ramadhan tahun ini, semoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. InshaAllah.

DOA UNTUK SAHABAT DI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN

Ya Allah jika disaat ini, ada sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang bermasalah, berilah jalan keluar untuknya.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang kesempitan wang, Kau murahkanlah rezekinya.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang bermasam muka antara satu sama lain damaikanlah mereka.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepadanya.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepadanya.

Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku yang bersedih hati, kembalikanlah kecerian diwajahnya.

Ya Allah jika disaat ini ada sahabatku yang berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yang diredai oleh Mu.

Amin..

10 Hari Ramadhan Terakhir

Umat Islam telah memasuki fasa terakhir Ramadhan. Semakin sibuk dengan aktiviti menggandakan ibadah, berzakat dan infaq, malam Lailatul Qadar serta tidak kurang juga dengan persiapan menyambut Shawal kelak.

Assalamualaikum & hai.

Alhamdulillah, dapat juga nuha post satu entry hari ini. Banyak entry yang tertangguh minggu ini. Nuha kena "bayar" semula entry yang masih belum dipost, inshaAllah.

10 HARI RAMADHAN TERAKHIR

Semakin berkurang jumlah hari Ramadhan bermaksud semakin kita menghampiri Shawal. Sebut tentang Shawal @ hari raya, kanak-kanaklah yang paling seronok. Kita orang dewasa seronok apabila melihat keseronokan kanak-kanak.

Dalam kesibukan dan keseronokan menanti Shawal, inilah peluang untuk kita umat Islam untuk menambah pahala semaksima yang boleh. Semakin sibuk dengan aktiviti menggandakan ibadah, zakat dan infaq, mengkhatamkan Al-Quran dan malam Lailatul Qadar yang dinanti-nanti.
10 Hari Ramadhan Terakhir
10 Hari Ramadhan Terakhir
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mengambil peluang, dan bukannya golongan yang kerugian, InshaAllah.

Salam Jumaat buat semua pembaca blog nuha, dan selamat berhujung minggu.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Monday 6 July 2015

Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B penting untuk kesihatan yang baik. Tekanan hidup, pengambilan alkohol dan preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi?

Assalamualaikum & hai.

Entry hari ini nuha kongsikan Vitamin B Complex Shaklee yang berbeza daripada jenama B Complex lain di pasaran. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

Baca: 9 Manfaat Vitamin B Complex Shaklee

PERBEZAAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee
Perbezaan Vitamin B Complex Shaklee
1) Kadar Keboleh Serapan yang Sangat Tinggi
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Ini kerana aid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh. Hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

Baca: 4 Tips Bagaimana Memilih Vitamin B Complex yang Baik

2) Mengandungi 8 Komponen Penting Vitamin B
Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% biotin dan aid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan di dalam tubuh, sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil Vitamin B Complex setiap hari.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

4 Tips Bagaimana Memilih B Complex yang Baik

B Complex Shaklee, cara makan B Complex Shaklee, harga B Complex Shaklee, B Complex Shaklee untuk kesuburan, testimoni B Complex Shaklee, berapa biji sehari B Complex Shaklee, dan B Complex Shaklee untuk lelaki.

Assalamualaikum & hai.

4 TIPS BAGAIMANA MEMILIH B COMPLEX YANG BAIK


1) Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemua vitamin ini perlu diambil pada masa yang sama).

Baca: 9 Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee

2) B Complex tersebut perlu mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.


3) Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.

Baca: Cara Atasi Stress

4) Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 

Saturday 4 July 2015

9 Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee

B Complex Shaklee, cara makan B Complex Shaklee, harga B Complex Shaklee, B Complex Shaklee untuk kesuburan, testimoni B Complex Shaklee, berapa biji sehari B Complex Shaklee, dan B Complex Shaklee untuk lelaki.

Assalamualaikum & hai.

Apa yang nuha senaraikan di atas adalah antara kata carian hangat daripada Google. Tahniah, semakin ramai masyarakat kita telah mengetahui kepentingan mengamalkan suplemen dan memilih jenama suplemen yang terbaik.

Sempena promosi B Complex bulan ini (Julai 2015), nuha kongsikan kepada anda info tentang B Complex. Semoga bermanfaat.

9 MANFAAT UTAMA B COMPLEX  SHAKLEE
9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
1) Menukar Makanan kepada Tenaga
Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

2) Melawan Tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
Baca: Cara Atasi Stress

3) Membantu Tumbesaran 
Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Rambut Beruban dan Gugur 
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5) Baik untuk Mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus.

6) Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
9 Manfaat Utama B Complex Shaklee
7) Meredakan Senggugut 
Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8) Mencegah perlcche 
Ianya juga dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi 
Ia berfungsi dalam meredakan alahan.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Julai 2015



Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha