Ilmu penyusuan susu ibu ni luas.
Bagaimana susu ibu terhasil, apa hormon yang terlibat dalam penghasilan susu ibu, cara lekapan yang betul, nutrisi ibu menyusu dan banyak lagi. Jadi marilah sama-sama kita para ibu dan bapa menggali dan terus mendalami ilmu dunia penyusuan susu ibu ini semaksima mungkin.
Assalamualaikum & hai.
KEPERLUAN MEMERAH/ MENGEPAM SUSU WALAUPUN PAYUDARA 'TIDAK PENUH'
Terpanggil nuha untuk kongsikan topik ini. Ada ibu yang bertanya,
"Payudara saya lembik. Rasa macam tak ada susu je. Lagi-lagi lepas menyusukan anak. Perlu ke untuk saya pam susu?"
Ok begini. Jawapannya adalah YA. PERLU.
Situasi 1: Payudara 'lembik'/ 'kosong' walaupun tidak menyusukan bayi.
Dalam situasi 1, adalah penting untuk ibu memerah/ mengepam susu walaupun dirasakan payudara ibu seperti kosong. Ini kerana ibu sendiri tak tahu betul ke payudara yang kosong itu tidak bersusu?
Walaupun hasil perahan tidak sampai 1 oz, penting untuk ibu perah/ pam susu supaya payudara betul-betul kosong dan signal dapat dihantar ke otak untuk proses penghasilan lebih banyak susu. Lebih banyak demand lebih banyak supply kan?
Hasil perahan selepas menyusukan si comel. Siapa sangka hasilnya sebanyak ini?
Situasi 2: Adakah perlu untuk ibu perah/pam susu selepas menyusukan si comel?
Jawapannya YA. Konsepnya masih sama seperti situasi 1. Untuk memastikan yang payudara betul-betul kosong dan lebih banyak susu akan terhasil kelak.
Cuba ibu amalkan kaedah 'mengosongkan payudara' dengan serius. Anda tak akan menyangka yang dalam payudara yang lembik dan dirasakan kosong itu ada 1 - 3 oz susu lagi atau cukup untuk 1 sesi menyusu anak anda!
Selepas mengosongkan payudara, ibu boleh cuba amalkan Alfalfa Complex untuk membantu proses "refill" susu ke dalam payudara.
Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
Bukan semua demam boleh pandang ringan
-
Demam adalah satu keadaan di mana suhu badan kita meningkat di atas julat
normal, biasanya melebihi 38°C (100.4°F). Ini adalah respons tubuh terhadap
jan...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.