Sebelum ni nuha dah kongsi tentang foremilk dan hindmilk merangkumi definisi foremilk dan hindmilk dan penghasilannya, kesan pengambilan foremilk dan hindmilk yang tidak seimbang bagi si comel dan langkah mengatasinya.
Assalamualaikum & hai.
Topik selepas hindmilk dan foremilk yang akan nuha kongsikan adalah tentang mastitis. Apa itu mastitis?
Mastitis
Mastitis adalah radang payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi.
Ia akan membuatkan ibu berasa seperti dijangkiti selsema atau demam dengan keadaan payudara keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti.
Ini dinamakan "duktus tersumbat" kerana ibu akan terasa benjolan yang disebabkan oleh ketakungan susu dalam duktus payudara.
Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5°c dan keletihan melampau. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.
Kira-kira seorang dalam sepuluh (1:10) orang ibu yang menyusu badan akan mengalami mastitis dan sesetengah ibu yang memberi susu formula kepada si comel juga boleh dijangkiti.
Walapun ibu mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada sekali, jangkitan jarang melibatkan kedua-dua belah payudara pada satu-satu masa.
Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Nuha
017-4991289
Shaklee id: 1017481
FB: nuha hayati
Bukan semua demam boleh pandang ringan
-
Demam adalah satu keadaan di mana suhu badan kita meningkat di atas julat
normal, biasanya melebihi 38°C (100.4°F). Ini adalah respons tubuh terhadap
jan...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.