Berapa usia bayi anda sekarang? Entry ini nuha kongsikan cara buat bubur bayi 6 bulan, cara buat bubur bayi 7 bulan, cara buat bubur bayi 8 bulan, cara buat bubur bayi 9 bulan atau berapa pun usia bayi anda sekarang yang masih diberi makan bubur.
Cara ini amat mudah, menjimatkan masa dan ianya adalah homemade! Tiada perasa, pewarna mahupun pengawet tambahan.
Assalamualaikum & hai.
HOMEMADE CERELAC TEKNIK SANGAI BERAS
Sangai adalah satu kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Nuha dah cuba buat homemade cerelac ini guna beras biasa (putih), kali ini nuha buat untuk beras perang pula.
Ada pendapat kata beras perang perlu direndam dulu sebelum dimasak. Tapi nuha tak rendam.
CARA SANGAI BERAS UNTUK BUAT BUBUR BAYI
1) Cuci bersih beras dan toskan airnya. Tujuan toskan untuk memendekkan lagi tempoh menyangai.
Nuha toskan lebih 3 jam sampai beras tu "kering" seperti sebelum dicuci.
2) Sangai dengan api perlahan sehingga air air kering dan bertukar warna menjadi keperangan.
3) Nuha sangai hingga beras masak supaya waktu masak bubur nanti tak perlu tunggu lama untuk beras masak. Boleh ambil sebutir dua beras dan rasa samada masih jelantah atau beras sudah masak.
Proses menyangai ni mudah. Gunakan api yang perlahan, jadi tak perlu kerap kacau beras. Tapi jaga-jaga jangan sampai hangit!
4) Bila dah yakin beras dah masak boleh padam api, pindahkan ke bekas lain untuk disejukkan. Hati-hati kalau sejukkan dalam kuali. Walaupun api dah padam tapi haba dari kuali panas mampu merentungkan beras anda.
5) Kisar guna pengisar kering.
6) Ayak untuk dapatkan tekstur beras yang halus. Ulang proses kisar - ayak hingga semua beras melepasi lubang penapis anda.
Bayi yang sudah mula tumbuh gigi mungkin tidak memerlukan tekstur beras yang terlalu halus. Jadi ibu-ibu yang bayinya sudah tumbuh gigi boleh campurkan beras sangai kisar halus dan beras sangai yang sedikit kasar.
7) Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya dalam peti sejuk untuk ia tahan lebih lama. Jangan lupa letak label dan tarikh penyediaan cerelac ini.
CARA NUHA BANCUH HOMEMADE CERELAC
1) Ambil 3/4 sudu besar (guna sudu bersih dan kering) cerelac, masukkan ke dalam periuk. Ini kuantiti untuk 2 kali hidangan Luthfi Aduqa.
2) Tambahkan air ikut kepekatan yang nuha mahu. Kalau terlebih air masa memasak akan jadi lebih lama untuk biar air kering dan cerelac memekat.
3) Kacau rata sebelum panaskan di atas dapur.
4) Biar mendidih seketika, padam api apabila nuha dapat kepekatan bubur cerelac yang nuha mahu.
5) Asingkan cerelac untuk 2 kali hidangan. Tambahkan puri yang Luthfi Aduqa "dah lulus".
Semoga usaha ibu-ibu untuk memberikan makanan yang kurang pengawet, pewarna, dan perasa tiruan ini dipermudahkan. Selamat mencuba!
Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
Slm mohon penjelaskan boleh ke bubur air panas sahaja
ReplyDeleteCara ni untuk menyingkatkan masa penyediaan bubur tiap-tiap hari. Contoh kalau biasa kita masak bubur 20 - 30 minit, tapi kalau dah buat macam ni boleh singkatkan masa kepada 7 - 10 minit.
DeleteIn case travel takde dapur etc, mungkin boleh letak air panas mendidih. Tapi masa sangai beras tu kena sangai sampai beras masak.
Harap menjawab soalan.
buat utk 2hidangan. yg 1lagi tu mcm mne ye? simpan utk next punye makan. kne letak dlm peti ke?
ReplyDeleteHair Afiza Nur Anis,
Delete2 hidangan tu dah siap masak dlm bentuk bubur atau masih dlm bentuk serbuk beras?
Seeloknya nak makan baru sediakan utk baby. Kalau dah siap masak boleh biar je dalam periuk utk next meal hari yang sama.
Salam kalo simpan beras yg telah dikisar dalam peti ais...tahan brape lama ye?
ReplyDelete