Sunday, 25 December 2016

Merry Christmas

Nuha ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua teman dan pembaca yang menganut Agama Kristian. 

Sumber dari Google

Merry Christmas and a Happy New Year. 

Dapatkan Shaklee Collagen Powder pada harga istimewa untuk dihadiahkan kepada insan-insan tersayang.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saturday, 24 December 2016

Resepi Ayam Masak Merah

Lauk ayam apa yang anda paling suka? Ayam goreng kunyit, ayam masak black pepper, tomyam ayam, ayam kicap, gulai lemak cili padi ayam, ayam masak merah, ayam panggang ataupun lain-lain resepi ayam. 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Resepi ayam masak merah

Kali ini Nuha nak berkongsi resepi mudah, ayam masak merah (hidangan 3 - 4 orang).

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu cili boh
4 sudu sos cili
1 biji tomato

Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:

1) Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng menggunakan api perlahan sehingga ayam masak. Tak perlu goreng sampai garing.

2) Ketepikan ayam yang telah digoreng. Kurangkan minyak hingga cukup untuk menumis sahaja.

3) Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau (Nuha hiris je tak kisar sebab malas). 

4) Masukkan cili boh dan kacau hingga sedikit garing.

5) Masukkan sos cili dan kacau rata. 

6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan sedikit garam. 

Nuha tambahkan potongan tomato untuk dapat sedikit rasa masam. 

Selamat mencuba!

Alang-alang berkongsi resepi tentang ayam ni, Nuha ada soalan. 

Berapa banyak ayam (purata dalam kuantiti ekor) yang anda dan keluarga biasa makan dalam tempoh sebulan?

Menurut Puan Sarah, salah seorang Nutritionist Shaklee, adalah memadai untuk setiap keluarga mengambil secara maksimum 2 ekor ayam sebulan. Selebihnya lebih elok sumber protein itu diambil dari ikan-ikan dan makanan lain.

Ini kerana ayam yang dijual dipasaran (selain ayam kampung dan organik) adalah ayam GMO.

Ayam-ayam ini telah diubah genetiknya dan mengandungi kandungan hormon yang boleh memudaratkan tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan terutamanya untuk jangka masa panjang. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 22 December 2016

Doa Banyakkan Susu Ibu

Ramai Ibu yang mencuba pelbagai cara untuk memperbanyak susu. Namun jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada yang Maha Memberi rezeki.

DOA BANYAKKAN SUSU IBU

Susu ibu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk si comel kita. Mohon dan minta dariNya untuk dikayakan rezeki menyusukan si comel. 

Doa banyakkan susu ibu

InsyaAllah doa dari hati ibu yang ikhlas pasti didengariNya.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuaan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 21 December 2016

Gangguan Bekalan Air: Bekalan Air Bersih Yang Mesra Poket

Boleh dikatakan hampir setiap rumah ada satu unit penapis air. Paling tip top penapis air yang siap sambungan terus dari paip air, lengkap dengan pilihan air panas, air suhu bilik mahupun air sejuk.

TIP BAGAIMANA MENDAPAT BEKALAN AIR BERTAPIS KETIKA GANGGUAN BEKALAN AIR 

Tapi musim gangguan bekalan air ni, air paip kering, penapis air pun kering sama. 

Tip bekalan air bersih ketika gangguan bekalan air

Terpaksa shopping air di supermarket. Bukan kehendak, tapi keperluan. 

Kan bagus kalau ada penapis air yang tip top, mudah alih, ringan dan menyenangkan?

Sememangnya ada!

Portable jug untuk tapis air. Get Clean Water Pitcher nama diberi. Khas dan istimewa dari Shaklee.

SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

Masukkan air, tunggu sekejap sementara air ditapis, dan sedia untuk diminum!

Ianya ringkas, ringan, mudah alih, servis sendiri sahaja (tak perlu khidmat juruteknik) dan semestinya pada harga yang mesra pengguna. 

Paling best jug penapis ini dilengkapi dengan meter hidup (life meter) untuk sukat berapa banyak air yang sudah lalu di penapis. Hanya perlu tukar sendiri selepas setiap 80 gallon air. 

Jadi pengguna tidak akan ragu-ragu atau tertanya-tanya bilakah tempoh yang sesuai untuk menukar penapis yang baru. 

Pelaburan berbaloi untuk gangguan bekalan air sekarang dan persediaan di masa akan datang.

Hubungi Nuha untuk info lanjut tentang Get Clean Water Pitcher ini dan belian. 

Seperti biasa, hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/  whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Tuesday, 20 December 2016

Wanita: Menopause Fasa Penting Seorang Wanita

Menopause adalah satu fasa penting dalam kehidupan seorang wanita. Fasa ini banyak terjadi perubahan yang bersifat fisiologi. 

MENOPAUSE FASA PENTING SEORANG WANITA

Perubahan hormon yang terjadi pada fasa ini melibatkan pelbagai sistem dan organ. Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem yang mengalami perubahan di antara begitu banyak sistem pada wanita menopause.

Menopause fasa penting seorang wanita

Perubahan hormon pada wanita menopause membawa kepada peningkatan tekanan darah.

Tekanan darah pada wanita yang belum mengalami menopause perlu dijaga agar tetap dalam batas normal dengan menjaga pola makanan sihat.

Nutriferon mampu membantu kesihatan wanita menjadi lebih baik di mana ia mengurangkan gejala-gejala seperti hipertensi, tekanan darah tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopause.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.  

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Monday, 19 December 2016

Vitamin Yang Tidak Boleh Di Ambil Oleh Ibu Mengandung

Walaupun suplemen itu fungsinya sebagai pelengkap nutrisi, namun bukan semua jenis suplemen boleh diambil oleh semua golongan. Beberapa produk Shaklee tidak sesuai untuk di amalkan oleh ibu mengandung.
 
VITAMIN SHAKLEE YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH IBU MENGANDUNG

Vitamin Shaklee yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung
Sumber gambar: Google

Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah:

1) Alfalfa complex
2) DTX complex
3) Collagen powder
4) Garlic Complex
5) Herblax
6) Lecithin
7) Caratomax
8) Nutriferon
9) Vitamin E complex
10) GLA complex
11) Vivix


MENGAPA TIDAK BOLEH UNTUK IBU MENGANDUNG? 

Suplemen yang disenaraikan di atas adalah bersifat antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E, Caratomax, GLA dan Nutriferon. 

Ada juga yang bersifat panas seperti Garlic Complex, Peppermint Ginger, Alfalfa Complex dan Vivix.

Suplemen-suplemen ini adalah tidak digalakkan untuk ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan daripada memberi kesan yang kurang baik terhadap kandungan. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil, ibu perlu merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI BAGI IBU MENGANDUNG?

Ringkasnya:

ESP: Protein soya untuk membekalkan tenaga kepada ibu dan membantu dalam pembentukan sel. Soya bukan GMO ini sangat bagus dan rasanya juga sedap.

Ramai juga ibu memberitahu kulit si comel jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.

B Complex: Kandungan asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi. 

Vitamin C: Penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Perubahan hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Walapun vitamin ini juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak setinggi Vitamin E dan A dan selamat untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung.

Vita-Lea with iron formula: 
Mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformulasikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah Hb rendah, sangatlah digalakkan pengambilan Vitalea ini.

OsteMatrix: Mengandungi kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh bayi. Kerana itulah badan sering kejang, ibu mengalami simpul biawak, gigi rosak dan lain-lain lagi.

Yang paling penting semasa bersalin dan meneran bayi keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sehingga memberi kesan kepada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.

OmegaGuard: Suplemen ini biasa diamalkan pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan otak bayi.

6 suplemen ini adalah sangat lengkap mengikut keperluan ibu mengandung. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 15 December 2016

Susu Ibu: 6 Tip Sokongan Padu Seorang Suami

Suami tempat si isteri bermanja, dambakan perhatian dan bantuan. Selari dengan gelaran ketua keluarga yang diberikan, suami harus bijak dan peka dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga.

Dalam proses penyusuan. Sokongan dan perhatian dari suami sangat memainkan peranan. 

SUAMI, BANTULAH ISTERIMU!


6 Tip suami sokong penyusuan susu ibu

Sebagai isteri, sangat bahagia jika suami dapat:

1) Sama-sama bantu menguruskan anak. Sebagai bapa baru mungkin kekok untuk melayan anak. Tapi suami boleh tanyakan pada isteri apa yang boleh abang bantu. Ia dah cukup buat hati si isteri berbunga bahagia.

2) Suami yang tidak cerewet. Sebagai ibu yang bekerja dan menyusukan. Ia memang sangat mencabar. Mahu uruskan urusan pejabat, urusan anak-anak, urusan susu, urusan rumahtangga.

Adalah membahagiakan jika suami faham situasi isteri dan tidak cerewet dengan hal remeh temeh.

3) Suami turut sama menggali ilmu penyusuan. Sekarang terlalu banyak blog yang bercerita tentang penyusuan. Suami juga boleh turut sama dalam kelas-kelas laktasi yang diadakan.

4) Beri bantuan kewangan. Belikan pam yang berkualiti untuk proses penyusuan si comel. Sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasih kepada si isteri atas pengorbanan mengandung dan melahirkan si comel.

Sentiasa ada apabila isteri memerlukan. Bukan bermakna isteri mahu berkepit 24 jam dengan suami. Tapi sebagai "sandaran" pada isteri apabila menghadapi masalah dalam penyusuan. 

5) Manjakan isteri. Tidak dinafikan, isteri yang menyusu tanpa mengambil sebarang supplement sangat meletihkan. Sebagai suami yang perkasa, anda boleh mengurut badan isteri yang keletihan semasa mengepam atau menyusu. 

Boleh juga hadiahkan isteri minuman tenaga seperti Energizing Soy Protein untuk pastikan si isteri kekal bertenaga dan ceria.

6) Hargai isteri. Peranan isteri sangat besar dalam rumahtangga. Suram isteri maka suramlah seisi rumah. Hargai mereka. Tidak salah seorang suami yang dikatakan sebagai tulang rusuk wanita ini menghargai insan yang sanggup berkorban bentuk badan mengandungkan si comel. 

Mungkin sebagai suami pada awalnya rasa sukar atau rasa tip di atas sebagai remeh. Namun percayalah ianya sangat membantu si ibu dalam proses menyusukan si manja. 

Ibu bahagia si comel kenyang gembira.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 14 December 2016

Susu Ibu: Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Hebat sungguh ciptaan Allah. Diciptakan hanya wanita yang mampu mengandung, melahirkan serta menyusui bayi. Nuha sendiri diawal-awal bergelar ibu tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil. 

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

ALVEOLI

Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara ibu. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

DUKTUL

Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

DUKTUS SUSU

Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada si comel ibu. 

Bayangkan duktus susu ibu sebagai penyedut-penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting ibu dan menyalirkan susu ke dalam mulut si comel. 

Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa ibu hamil. Ibu mungkin mempunyai kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa ibu mula menyusukan si comel. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi pengusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wordless Wednesday: Ini Rabu!

Sumber: GeniusQuotes.net

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 9 December 2016

Doa Nabi Yunus

Saat diri resah gelisah dan gundah gulana dalamkesulitan, Allah sebaik-baik tempat mengadu. 

DOA NABI YUNUS

Doa Nabi Yunus

Doa ini juga banyak diamalkan oleh wanita yang sedang dalam kesakitan ketika proses melahirkan bayi. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 8 December 2016

6 Tip Menyusui Bayi Untuk Ibu Bekerja

Penyusuan bagi ibu yang bekerja memang agak mencabar. Ramai ibu bekerja dalam dilema mahu menyusukan bayi mereka. 

6 TIP MENYUSUI BAYI UNTUK IBU BEKERJA

Mari Nuha kongsikan 6 tip penyusuan untuk menjayakan misi penyusuan bagi ibu yang bekerja.

6 Tip Menyusui Bayi Untuk Ibu Bekerja

6. Sediakan stok susu ibu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum bekerja. 

5. Rancang masa dan tempat yang sesuai dan selesa untuk mengepam di pejabat.

4. Beritahu majikan ibu akan ambil sedikit masa untuk mengepam ketika berada di pejabat.

3. Berfikiran positif dan katakan "Aku Boleh".

2. Keluarkan sedikit modal untuk membeli pam yang sesuai digunakan sewaktu bekerja.

1. Carilah ilmu penyusuan dan kumpulan sokongan penyusuan terutama vagi ibu bekerja.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pedapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 7 December 2016

Wordless Wednesday: Dos Asid Folik Sebelum Hamil, Ketika Hamil, dan Ketika Menyusui Bayi

Dos asid folik sebelum hamil, ketika hamil, dan ketika menyusui bayi

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Sunday, 4 December 2016

Susu Ibu: Konsep Demand And Supply

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied. 

SUSU IBU: DEMAND AND SUPPLY

Analoginya kilang susu ibu adalah seperti kilang roti keju. Semakin banyak permintaan roti keju, semakin banyak roti keju yang akan dibuat di kilang tersebut.

Konsep demand dan supply susu ibu

Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.

Ketahuilah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan ibu itu cukup untuk bayi.

Yang utama dalam konsep ini ialah

"BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN"

dan bukan

"BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA"

Ketahuilah bahawa payudara ibu sentiasa menghasilkan susu selagi si manja memerlukannya.

Ibu demand kan ESP? Nuha boleh supply untuk ibu. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Saturday, 3 December 2016

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti

Kempen #ShakleeImmunity masih diteruskan. Bulan ini, (Disember 2016) Shaklee telah mengaturkan ceramah kesihatan dengan topik kekal sihat sewaktu bercuti. 

KEKAL SIHAT SEWAKTU BERCUTI

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Kawasan Utara

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Pantai Timur


Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Lembah Klang

Kekal Sihat Sewaktu Bercuti - Timur Malaysia

Rujuk tarikh dan kawasan berhampiran anda. Ceramah ini adalah percuma dan terbuka kepada umum. Jemput hadir ya. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017482
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Friday, 2 December 2016

3 Produk Bantu Tambah Berat Badan Secara Sihat

Bagaimana untuk menambah berat badan secara sihat samada untuk lelaki atau wanita? Ada sesetengah individu lebih fokus untuk mencari tip menambah nafsu makan. 

Awas, jangan kerana hanya mahukan nafsu makan bertambah dan makan apa saja makanan tanpa had. Kelak boleh mengundang situasi lain pula. 

3 PRODUK BANTU TAMBAH BERAT BADAN SECARA SIHAT

 3 Produk bantu tambah berat badan secara sihat

Apa yang penting dalam usaha menaikkan berat badan adalah badan seseorang mendapat nutrisi yang lengkap pada kadar yang tepat. 

Nuha kongsikan 3 produk yang boleh membantu dalam menambah berat badan secara sihat. 

1) Meal Shakes

Meal Shakes - Bantu tambah berat badan secara sihat

Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Meal Shakes membekalkan kalori yang diperlukan badan bersama dengan serat dan vitamin serta mineral.

Ianya sumber makanan segera yang kaya kalsium, fiber dan protein.

2) Vitalea

Vitalea - Bantu tambah berat badan secara sihat

Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). 
Vitalea memenuhi keperluan zat harian tubuh akibat amalan diet yang tidak seimbang.

Selepas semua zat dalam badan cukup, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap yang optima.

Selain daripada itu, Vitalea membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut secara dalaman. Ia juga mengurangkan risiko mengidap penyakit tiroid.

Di samping itu, ia membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga.

3) B Complex

B Complex - Bantu tambah berat badan secara sihat

B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Vitamin B1, B2 dan Niacine yang terkandung di dalam B Complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat.

Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan selera makan terganggu dan menurun.

Di samping itu, antara kelebihan lain vitamin B Complex adalah ianya dapat mengawal kadar metabolisme badan, dan mempertingkat kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit

Surah Al-Ikhlas, "Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi". 

5 KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

1. Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

2. Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.

Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

4. Khatam Al-Quran

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyyidina Ummar bersuara kepada Saiyyidina Ali bahawa Saiyyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 juzuk Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

5. Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah S.A.W) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail A.S, Lamyalid Walam Yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail A.S, Walam Yakullahu Kufuwan Ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil A.S.

Tulisan di atas Nuha Copy dan Paste daripada group Whatsapp. Salam Jumaat penuh keberkatan. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Thursday, 1 December 2016

Promosi Disember Dan Istimewa Akhir Tahun!

Selamat datang Disember 2016. Bulan akhir untuk tahun 2016. Shaklee bawakan promosi istimewa kepada semua. 

PROMOSI DISEMBER DAN ISTIMEWA AKHIR TAHUN

Vitalea for Children

1) Vitalea for Children - Beli 4 pada Harga 3 Botol


Collagen Powder

2) Collagen Powder - Beli 7 pada Harga 6 Kotak


Collagen Powder Twin Pack

3) Collagen Powder Twin Pack - Beli 2, diskaun 5%


Caratomax

4) Istimewa Akhir Tahun - Caratomax Beli 1 Percuma 1 Botol

Dengan pembelian produk Shaklee bernilai minimum 150 uv dalam satu resit.


Multi-Stack Dispenser

5) Multi-Stack Dispenser RM13.78 Sahaja

Dengan setiap pembelian produk Shaklee bernilai 150 uv dalam 1 resit. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu