Saturday, 24 December 2016

Resepi Ayam Masak Merah

Lauk ayam apa yang anda paling suka? Ayam goreng kunyit, ayam masak black pepper, tomyam ayam, ayam kicap, gulai lemak cili padi ayam, ayam masak merah, ayam panggang ataupun lain-lain resepi ayam. 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Resepi ayam masak merah

Kali ini Nuha nak berkongsi resepi mudah, ayam masak merah (hidangan 3 - 4 orang).

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu cili boh
4 sudu sos cili
1 biji tomato

Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:

1) Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng menggunakan api perlahan sehingga ayam masak. Tak perlu goreng sampai garing.

2) Ketepikan ayam yang telah digoreng. Kurangkan minyak hingga cukup untuk menumis sahaja.

3) Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau (Nuha hiris je tak kisar sebab malas). 

4) Masukkan cili boh dan kacau hingga sedikit garing.

5) Masukkan sos cili dan kacau rata. 

6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan sedikit garam. 

Nuha tambahkan potongan tomato untuk dapat sedikit rasa masam. 

Selamat mencuba!

Alang-alang berkongsi resepi tentang ayam ni, Nuha ada soalan. 

Berapa banyak ayam (purata dalam kuantiti ekor) yang anda dan keluarga biasa makan dalam tempoh sebulan?

Menurut Puan Sarah, salah seorang Nutritionist Shaklee, adalah memadai untuk setiap keluarga mengambil secara maksimum 2 ekor ayam sebulan. Selebihnya lebih elok sumber protein itu diambil dari ikan-ikan dan makanan lain.

Ini kerana ayam yang dijual dipasaran (selain ayam kampung dan organik) adalah ayam GMO.

Ayam-ayam ini telah diubah genetiknya dan mengandungi kandungan hormon yang boleh memudaratkan tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan terutamanya untuk jangka masa panjang. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.