Terfikir untuk menyusui bayi lepas bersalin nanti? Breastfeeding boleh jadi sangat mudah apabila kita menjadi pemerhati, dan menjadi sangat susah apabila mengalaminya sendiri. Tapi, ibu jangan panik ya.
Entri ini Nuha kongsikan do's dan don'ts kalau ibu ingin menyusui anak.10 DO'S & 5 DON'TS JIKA MAHU BREASTFEED ANAK SECARA EKSLUSIF
5 DO'S JIKA MAHU BREASTFEED BABY SECARA EKSLUSIF
1) DALAMI ILMU TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Set temu janji dengan pakar laktasi/ kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di kawasan anda. Individu-individu ini sangat berbesar hati membantu anda untuk menjayakan misi anda menyusui bayi secara ekslusif. Sebaiknya ilmu tentang penyusuan susu ibu ini dipelajari oleh ibu sejak bayi di dalam kandungan lagi.
2) MULA MENYUSUI BAYI SEBAIK SELEPAS BERSALIN
Susui bayi mengikut permintaannya atau sekurang-kurangnya selepas setiap 2 jam. Walaupun aliran susu ibu kelihatan seperti perlahan dan sedikit, teruskan mencuba. Semakin kerap ibu menyusui bayi dalam masa 7 ke 10 hari pertama, inshaAllah semakin mudah perjalanan ibu menyusui bayi pada hari-hari mendatang.
Ibu harus faham dengan jelas konsep penghasilan susu ibu. Semakin tinggi permintaan, semakin banyak susu ibu akan dihasilkan.
3) MINUM BANYAK AIR
Pastikan ibu minum segelas air (suam), jus atau apa-apa cecair yang menyihatkan. Adalah dipercayai bahawa meminum segelas air atau jus sebelum menyusui bayi membantu dalam meningkatkan aliran susu.
Ibu menyusu perlu minum banyak air |
Nuha suka amalkan pengambilan protein ESP sepanjang tempoh menyusui anak-anak. Ia membantu memekatkan susu dan memberi Nuha lebih tenaga.
4) JAGA DIET IBU
Pastikan ibu tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin (kembung perut) atau sembelit kerana setiap apa yang ibu makan atau minum boleh menjejaskan penghadaman bayi yang disusui. Pastikan ibu mengambil makanan-makanan bersumberkan protein dan vitamin serta mineral supaya susu ibu yang terhasil adalah susu yang berkualiti tinggi dan membantu dalam pertumbuhan serta perkembangan bayi.
Jadikan pengambilan susu secara kerap sebagai habit baru ibu. Disamping itu, pengambilan Set Menyusu Premium Shaklee adalah amat digalakkan untuk membantu ibu kekal sihat, bertenaga dan mampu menghasilkan susu ibu yang terbaik untuk bayi.
5) PERAH DAN BEKUKAN AIR SUSU IBU (ASI)
Perah dan bekukan ASI jika ibu perlu ke suatu tempat lain tanpa membawa bayi bersama. Daripada meninggalkan bayi anda dengan susu formula, bayi boleh terus mendapat susu ibu melalui botol.
Apabila ibu tidak bersama bayi, ibu hendaklah memerah keluar air susu ibu secara tetap sekurang-kurangkan 3 - 4 jam sekali bagi memastikan payudara ibu dikosongkan dan penghasilan susu ibu tidak terjejas.
5 DON'TS JIKA MAHU BREASTFEED BABY SECARA EKSLUSIF
1) JANGAN TERLALU CEPAT MEMPERKENALKAN PUTING TIRUAN/ BOTOL SUSU
Memperkenalkan puting tiruan atau botol susu terlalu awal boleh menjadikan bayi keliru antara puting payudara ibu dan puting tiruan. Sebaiknya, susui bayi secara terus dari payudara ibu ke mulut bayi.
Bagi ibu yang bekerja, dicadangkan untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi 2 minggu sebelum ibu kembali bekerja.
2) JANGAN TERLALU CEPAT MENUKAR BAYI KE PAYUDARA SEBELAH
Ini bagi memastikan bayi mendapat fore milk (susu awal) dan hind milk (susu akhir) secara seimbang. Hind milk mengandungi lebih kandungan kalori dan lemak untuk bayi kenyang lebih lama.
3) JANGAN SKIP SESI MENYUSUI BAYI
Skip sesi menyusui bayi boleh mengakibatkan penghasilan susu semakin berkurang. Kerapkan memberi susu kepada bayi samada secara terus atau melalui botol susu. Jika ibu tidak bersama bayi atau dalam keadaan terpaksa memberi susu formula kepada bayi, ibu hendaklah memerah/ mengepam keluar susu bagi tujuan pengosongan payudara.
Ibu jangan sangka payudara 'lembik' tiada atau susu sikit. Memerah susu yang sedikit itu akan menghasilkan lebih banyak susu pada masa akan datang.
4) JANGAN SABUN PAYUDARA IBU
Kawasan sedikit gelap pada areola ibu menghasilkan minyak pelincir semula jadi untuk membantu bayi menyusu. Menggunakan sabun untuk mencuci bahagian tersebut boleh menghilangkan minyak ini. Adalah lebih baik untuk ibu membilas kawasan ini menggunakan air suam bersih sahaja.
5) JANGAN PUTUS ASA!
Ada kalanya ibu seperti terlalu penat, tertekan dan mahu berputus asa lalu memikirkan idea memberi bayi susu formula adalah solusi terbaik. Tunggu dulu ibu!
Ada ibu melalui perjalanan menyusui bayi dengan mudah. Tetapi kebanyakkan ibu mengambil masa beberapa minggu untuk mencuba.
Bukan ibu seorang yang berusaha untuk mencuba, bayi anda juga berusaha keras untuk mencuba. Yakinlah ibu, banyakkan bertenang dan teruskan berusaha serta berdoa kepada Nya. Kawal tekanan ibu. Bayi anda boleh merasai tekanan yang ibu alami dan boleh menjadikannya tertekan juga.
Sebagai tambahan, ibu boleh like dan follow FB page Projek Susu. Page ini mengumpulkan penulisan ibu-ibu menyusu untuk berkongsi ilmu nutirisi ketika hamil, berpantang dan juga menyusu.
Kongsikan pengalaman penyusuan susu ibu anda kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Anda akan dapati bahawa kesusahan yang anda alami turut juga dialami oleh ibu-ibu lain. Penyusuan susu ibu adalah suatu proses antara ibu dan bayi.
Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, jika ingin mendapatkan Produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.