Saturday, 14 January 2017

10 Do's & Don'ts Jika Mahu Menyusui Anak Secara Ekslusif




Terfikir untuk menyusui bayi lepas bersalin nanti? Breastfeeding boleh jadi sangat mudah apabila kita menjadi pemerhati, dan menjadi sangat susah apabila mengalaminya sendiri. Tapi, ibu jangan panik ya.
Entri ini Nuha kongsikan do's dan don'ts kalau ibu ingin menyusui anak.

10 DO'S & 5 DON'TS JIKA MAHU BREASTFEED ANAK SECARA EKSLUSIF


5 DO'S JIKA MAHU BREASTFEED BABY SECARA EKSLUSIF 

1) DALAMI ILMU TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Set temu janji dengan pakar laktasi/ kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di kawasan anda. Individu-individu ini sangat berbesar hati membantu anda untuk menjayakan misi anda menyusui bayi secara ekslusif. Sebaiknya ilmu tentang penyusuan susu ibu ini dipelajari oleh ibu sejak bayi di dalam kandungan lagi.

2) MULA MENYUSUI BAYI SEBAIK SELEPAS BERSALIN

Susui bayi mengikut permintaannya atau sekurang-kurangnya selepas setiap 2 jam. Walaupun aliran susu ibu kelihatan seperti perlahan dan sedikit, teruskan mencuba. Semakin kerap ibu menyusui bayi dalam masa 7 ke 10 hari pertama, inshaAllah semakin mudah perjalanan ibu menyusui bayi pada hari-hari mendatang.

Ibu harus faham dengan jelas konsep penghasilan susu ibu. Semakin tinggi permintaan, semakin banyak susu ibu akan dihasilkan.


3) MINUM BANYAK AIR

Pastikan ibu minum segelas air (suam), jus atau apa-apa cecair yang menyihatkan. Adalah dipercayai bahawa meminum segelas air atau jus sebelum menyusui bayi membantu dalam meningkatkan aliran susu.

Ibu menyusu perlu minum banyak air

Nuha suka amalkan pengambilan protein ESP sepanjang tempoh menyusui anak-anak. Ia membantu memekatkan susu dan memberi Nuha lebih tenaga.

4) JAGA DIET IBU

Pastikan ibu tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin (kembung perut) atau sembelit kerana setiap apa yang ibu makan atau minum boleh menjejaskan penghadaman bayi yang disusui. Pastikan ibu mengambil makanan-makanan bersumberkan protein dan vitamin serta mineral supaya susu ibu yang terhasil adalah susu yang berkualiti tinggi dan membantu dalam pertumbuhan serta perkembangan bayi.

Jadikan pengambilan susu secara kerap sebagai habit baru ibu. Disamping itu, pengambilan Set Menyusu Premium Shaklee adalah amat digalakkan untuk membantu ibu kekal sihat, bertenaga dan mampu menghasilkan susu ibu yang terbaik untuk bayi.


5) PERAH DAN BEKUKAN AIR SUSU IBU (ASI)

Perah dan bekukan ASI jika ibu perlu ke suatu tempat lain tanpa membawa bayi bersama. Daripada meninggalkan bayi anda dengan susu formula, bayi boleh terus mendapat susu ibu melalui botol.

Apabila ibu tidak bersama bayi, ibu hendaklah memerah keluar air susu ibu secara tetap sekurang-kurangkan 3 - 4 jam sekali bagi memastikan payudara ibu dikosongkan dan penghasilan susu ibu tidak terjejas.


5 DON'TS JIKA MAHU BREASTFEED BABY SECARA EKSLUSIF


1) JANGAN TERLALU CEPAT MEMPERKENALKAN PUTING TIRUAN/ BOTOL SUSU
Memperkenalkan puting tiruan atau botol susu terlalu awal boleh menjadikan bayi keliru antara puting payudara ibu dan puting tiruan. Sebaiknya, susui bayi secara terus dari payudara ibu ke mulut bayi.

Bagi ibu yang bekerja, dicadangkan untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi 2 minggu sebelum ibu kembali bekerja.


2) JANGAN TERLALU CEPAT MENUKAR BAYI KE PAYUDARA SEBELAH

Ini bagi memastikan bayi mendapat fore milk (susu awal) dan hind milk (susu akhir) secara seimbang. Hind milk mengandungi lebih kandungan kalori dan lemak untuk bayi kenyang lebih lama.


3) JANGAN SKIP SESI MENYUSUI BAYI
Skip sesi menyusui bayi boleh mengakibatkan penghasilan susu semakin berkurang. Kerapkan memberi susu kepada bayi samada secara terus atau melalui botol susu. Jika ibu tidak bersama bayi atau dalam keadaan terpaksa memberi susu formula kepada bayi, ibu hendaklah memerah/ mengepam keluar susu bagi tujuan pengosongan payudara.

Ibu jangan sangka payudara 'lembik' tiada atau susu sikit. Memerah susu yang sedikit itu akan menghasilkan lebih banyak susu pada masa akan datang.


4) JANGAN SABUN PAYUDARA IBU

Kawasan sedikit gelap pada areola ibu menghasilkan minyak pelincir semula jadi untuk membantu bayi menyusu. Menggunakan sabun untuk mencuci bahagian tersebut boleh menghilangkan minyak ini. Adalah lebih baik untuk ibu membilas kawasan ini menggunakan air suam bersih sahaja.

5) JANGAN PUTUS ASA!

Ada kalanya ibu seperti terlalu penat, tertekan dan mahu berputus asa lalu memikirkan idea memberi bayi susu formula adalah solusi terbaik. Tunggu dulu ibu!

Ada ibu melalui perjalanan menyusui bayi dengan mudah. Tetapi kebanyakkan ibu mengambil masa beberapa minggu untuk mencuba.


Bukan ibu seorang yang berusaha untuk mencuba, bayi anda juga berusaha keras untuk mencuba. Yakinlah ibu, banyakkan bertenang dan teruskan berusaha serta berdoa kepada Nya. Kawal tekanan ibu. Bayi anda boleh merasai tekanan yang ibu alami dan boleh menjadikannya tertekan juga.


Sebagai tambahan, ibu boleh like dan follow FB page Projek Susu. Page ini mengumpulkan penulisan ibu-ibu menyusu untuk berkongsi ilmu nutirisi ketika hamil, berpantang dan juga menyusu.

Kongsikan pengalaman penyusuan susu ibu anda kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Anda akan dapati bahawa kesusahan yang anda alami turut juga dialami oleh ibu-ibu lain. Penyusuan susu ibu adalah suatu proses antara ibu dan bayi.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, jika ingin mendapatkan Produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.


Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu


Friday, 13 January 2017

Bila Allah Nak Beri Yang Lebih Baik

BILA ALLAH NAK BERI YANG LEBIH BAIK DARI YANG KITA SANGKAKAN TERBAIK

Seminggu ni Nuha dengan rutin baru. Siapkan Ez-Zahra Dahlea ke tadika dan tengahari jemput dia balik ke rumah. Seminggu sudah episod separuh hari di rumah bersama Luthfi Aduqa seorang. 

Quality time Nuha sebagai seorang WAHM adalah bila Dahlea dah pergi sekolah dan Luthfi tidur. Biasanya antara jam 9 pagi hingga jam 11 pagi. Dapat sejam pun dah syukur sangat. 

Waktu ini Nuha gunakan sebaiknya untuk buat "tugasan harian" menggunakan laptop. 

Pagi semalam Alhamdulillah Luthfi Aduqa tidur lebih kurang jam 9 pagi. Seronok Nuha buka laptop nak mulakan kerja. Dalam hati cakap "ini dapat mengadap laptop buat kerja sejam ke sejam setengah". 

Tak sampai 5 minit kat depan laptop, cikgu Dahlea whatsapp beritahu Dahlea cirit birit di sekolah. Cikgu minta ambil Dahlea awal bimbangkan dia tercirit lagi. Aduh. Nuha rasa sedikit frust. Baru nak mula fokus buat kerja. 

Dhuha pun tak buat lagi ni. Luthfi tidur belum sampai setengah jam. Dalam masa yang sama risaukan Dahlea yang sakit di tangan orang lain pulak tu. 

Tapi Nuha cuba sedapkan hati. "Tak apa, anak kat sekolah tu lebih perlu diutamakan." Perlu buat sesuatu ikut keutamaan. Nuha bagitahu cikgu yang Nuha akan datang ambil Dahlea segera. 

Terus Nuha bersiap. Angkat Luthfi yang tengah tidur, pergi tadika tempat Dahlea sekolah. Sampai rumah semula dalam pukul 10.20 pagi. Nuha layan anak-anak makan, minum, menyusu, bersihkan Dahlea, lepas tu Nuha Dhuha dan Al-Waqiah. 

Lepas Zuhur anak-anak ni dah letih. Nuha tidurkan mereka. Dari sepatutnya Nuha dapat fokus buat kerja sejam, petang tadi anak-anak tidur lena dan Nuha dapat buat kerja dengan tenang dan fokus selama 2 jam!

Kat sini Nuha nampak dengan jelas apabila kita terima sesuatu yang berlaku dengan terbuka, positif dan redha, inshaAllah ada sesuatu yang lebih baik Allah dah atur untuk kita. 

Salam Jumaat semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Nantikan entri terbaru Nuha tentang do's dan don'ts kalau nak breastfeed bayi secara ekslusif.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Wednesday, 11 January 2017

5 Why Mengapa Menyusui Anak

Ada tak ibu yang merancang untuk tidak mahu menyusukan si comel? Kalau difikirkan secara logik, tiada ibu dalam dunia ini yang tidak mahu menyusui anak.

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk permata hati masing-masing. 

5 SEBAB MENGAPA SAYA MENYUSUI ANAK-ANAK

Mengapa saya menyusui anak-anak

Seperti ibu-ibu lain, Nuha juga memasang niat untuk menyusui si comel sejak doktor mengesahkan kehamilan. Entri ini Nuha kongsikan 5 sebab mengapa Nuha menyusui anak-anak.

1) KANDUNGAN NUTRIEN LENGKAP DALAM SUSU IBU

Antara sebab utama Nuha menyusui anak-anak adalah kerana susu ibu adalah 'hidangan' terbaik buat anak-anak Nuha dalam masa 6 bulan pertama selepas mereka dilahirkan. Susu ibu membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama.

2) SUSU IBU KAYA DENGAN AIR

Hampir 88 % kandungan dalam susu ibu terdiri daripada air. Bayi tidak memerlukan air tambahan walaupun dalam keadaan cuaca panas. Susu ibu juga tidak membebankan buah pinggang bayi dan risiko untuk bayi sembelit adalah sangat rendah.

3) SUSU IBU MEMBERIKAN IMUNITI YANG OPTIMUM KEPADA BAYI


Susu ibu bermanfaat dalam membina sistem imun bayi. Semakin mantap sistem imun, semakin jarang atau kurang risiko si comel untuk jatuh sakit.

4) MENGURANGKAN RISIKO ALAHAN KEPADA BAYI

Alahan mungkin terjadi apabila berlaku ketidaksesuaian bayi terhadap susu formula/ makanan lain yang diberikan. Namun, ini tidak bermakna ibu menyusui boleh mengambil makanan dan minuman secara sesuka hati.

Bayi mungkin boleh mengalami sakit perut, kembung, atau alahan pada kulit jika alah pada sesuatu makanan.

Setiap makanan dan minuman yang ibu ambil akan sampai kepada bayi melalui susu ibu. Jika berkhasiat makanan yang ibu makan, maka khasiat makanan akan turut sama dirasai oleh si comel.

Pernah Nuha makan epal dalam kuantiti yang banyak sewaktu tempoh berpantang Luthfi Aduqa, bila Nuha rasa susu Nuha ada rasa epal.

5) SEDIA DIMINUM DAN MENEPATI KEPERLUAN BAYI

Susu ibu adalah sedia untuk diminum, sentiasa segar pada suhu yang terbaik dari payudara ibu terus kepada bayi tanpa bahan kimia, perasa dan pengawet tambahan. Adalah penting bagi ibu menyusui untuk mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat demi menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.

Set Menyusu Premium Shaklee dapat membantu ibu dalam menghasilkan susu ibu yang berkhasiat dan berkualiti.

MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

(Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)

Wanita yang menyusuI bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko:

1) Kanser Payudara dan kanser ovari

2) Patah tulang di usia emas

3) Pengekalan lemak semasa hamil mungkin boleh menyebabkan obesiti selepas bersalin

4) Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal

5) Jarak kehamilan yang singkat

Ibu yang menyusui bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan yang lebih rapat dengan bayi. Saat ibu dan si comel bertentang mata semasa proses penyusuan adalah satu nikmat dan momen yang sangat indah.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

Monday, 9 January 2017

6 Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada IBU

Baca entry-entry sebelum ni: Doa Banyakkan Susu Ibu, Komposisi dalam Susu Ibu, Faedah Susu Ibu Kepada Bayi, Risiko Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu, dan tips-tips penyusuan susu ibu yang lain.

Assalamualaikum & hai.

Entry kali ni nuha nak share Feadah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu itu sendiri.

6 Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada IBU

Telah Allah ciptakan wanita untuk mampu mengandung selama 9 bulan, mampu menahan sakit ketika melahirkan anak dan mampu untuk menyusukan anak yang dilahirkan.



Gambar hiasan. Ibu menyusu dan anak yang disusukan.

Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko:

1) Kanser payudara dan kanser ovari
2) Patah tulang di usia emas
3) Pengekalan lemak semasa hamil yang mungkin menyebabkan obesiti selepas bersalin

4) Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
5) Jarak kehamilan yang singkat
6) Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan rapat dengan bayi mereka

*Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Baca: Inverted Nipple Boleh Breastfeed Anak Ke?

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati

Thursday, 5 January 2017

Promosi Shaklee Bulan Januari 2017

Rasanya belum terlambat untuk Nuha ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 buat semua pengunjung blog Nuha. Semoga tahun 2017 ini akan lebih bermakna buat kita semua. InshaAllah.

PROMOSI SHAKLEE BULAN JANUARI 2017

1) PERCUMA 1 BOTOL VIVIX

Dengan setiap belian 6 botol Vivix.

* Percuma kos penghantaran, percuma keahlian dan cash rebate bernilai RM241. Dengan promosi ini anda dapat berjimat sehingga RM554.

2) VIVIX DISKAUN 5% 

Dengan belian 2 botol Vivix.

* Percuma kos penghantaran, percuma keahlian dan cash rebate bernilai RM34. Dengan promosi ini anda dapat berjimat sehingga RM126.

Baca: Info Tentang Vivix

Promosi Shaklee Januari 2017
Sumber: www.shaklee2u.com.my

3) PERCUMA 1 BOTOL VITALEA FOR CHILDREN

Dengan setiap belian 3 botol Vitalea for Children.

Dengan promosi ini anda dapat berjimat sehingga RM111. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
012-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu