Friday, 13 January 2017

Bila Allah Nak Beri Yang Lebih Baik

BILA ALLAH NAK BERI YANG LEBIH BAIK DARI YANG KITA SANGKAKAN TERBAIK

Seminggu ni Nuha dengan rutin baru. Siapkan Ez-Zahra Dahlea ke tadika dan tengahari jemput dia balik ke rumah. Seminggu sudah episod separuh hari di rumah bersama Luthfi Aduqa seorang. 

Quality time Nuha sebagai seorang WAHM adalah bila Dahlea dah pergi sekolah dan Luthfi tidur. Biasanya antara jam 9 pagi hingga jam 11 pagi. Dapat sejam pun dah syukur sangat. 

Waktu ini Nuha gunakan sebaiknya untuk buat "tugasan harian" menggunakan laptop. 

Pagi semalam Alhamdulillah Luthfi Aduqa tidur lebih kurang jam 9 pagi. Seronok Nuha buka laptop nak mulakan kerja. Dalam hati cakap "ini dapat mengadap laptop buat kerja sejam ke sejam setengah". 

Tak sampai 5 minit kat depan laptop, cikgu Dahlea whatsapp beritahu Dahlea cirit birit di sekolah. Cikgu minta ambil Dahlea awal bimbangkan dia tercirit lagi. Aduh. Nuha rasa sedikit frust. Baru nak mula fokus buat kerja. 

Dhuha pun tak buat lagi ni. Luthfi tidur belum sampai setengah jam. Dalam masa yang sama risaukan Dahlea yang sakit di tangan orang lain pulak tu. 

Tapi Nuha cuba sedapkan hati. "Tak apa, anak kat sekolah tu lebih perlu diutamakan." Perlu buat sesuatu ikut keutamaan. Nuha bagitahu cikgu yang Nuha akan datang ambil Dahlea segera. 

Terus Nuha bersiap. Angkat Luthfi yang tengah tidur, pergi tadika tempat Dahlea sekolah. Sampai rumah semula dalam pukul 10.20 pagi. Nuha layan anak-anak makan, minum, menyusu, bersihkan Dahlea, lepas tu Nuha Dhuha dan Al-Waqiah. 

Lepas Zuhur anak-anak ni dah letih. Nuha tidurkan mereka. Dari sepatutnya Nuha dapat fokus buat kerja sejam, petang tadi anak-anak tidur lena dan Nuha dapat buat kerja dengan tenang dan fokus selama 2 jam!

Kat sini Nuha nampak dengan jelas apabila kita terima sesuatu yang berlaku dengan terbuka, positif dan redha, inshaAllah ada sesuatu yang lebih baik Allah dah atur untuk kita. 

Salam Jumaat semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Nantikan entri terbaru Nuha tentang do's dan don'ts kalau nak breastfeed bayi secara ekslusif.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.