Thursday, 16 February 2017

Pengalaman Penyusuan - Dari Hamil

Setiap ibu pasti ada pengalaman tersendiri dalam dunia penyusuan suu ibu. Nuha nak tanya. 

Kenapa anda nak susukan anak anda dengan susu ibu?

PENGALAMAN PENYUSUAN - DARI HAMIL

Kalau tanya kat Nuha, sebelum ambil tahu tentang khasiat dan manfaat susu ibu ni, Nuha cuma pasang niat nak menyusui anak sebab seronok tengok rakan sekerja pam susu. Macam best je. 

Lepas dah tahu betapa hebatnya ciptaan Allah tentang susu ibu, makin bertambah kuat keinginan nak susukan anak. 

Pengalaman penyusuan - dari hamil
(Gambar hiasan: Google)

KHASIAT SUSU IBU KEPADA BAYI

1) Mengurangkan cirit-birit dan infeksi - mengurangkan risiko kematian bayi

2) Mengurangkan risiko jangkitan sistem pernafasan kepada bayi 

3) Mendapat antibodi yang sempurna untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit

4) Membantu dalam pembentukan tulang, rahang, gigi dan pertuturan yang baik

Lepas dapat berita Nuha positif hamil, mulalah pasang niat nanti nak susukan bayi Nuha dengan susu ibu. 

Waktu mengandung, Nuha sama seperti kebanyakan bakal ibu yang lain. Membuat persiapa untuk sambut ahli keluarga baru termasuklah menyediakan peralatan untuk penyusuan susu ibu. 

Survey pam susu, cooling bag, ice pack, botol dan plastik simpan susu ibu yang diperah (EBM) dan lain-lain keperluan. 

Peti sejuk pun Nuha survey jugak. Semangat kan? Hehe

Empat tahun lepas pilihan pam susu lebih terhad berbanding sekarang. Hari ini dah ada banyak pilihan pam susu di pasaran dengan pelbagai anggaran harga. Anda punya lebih banyak opsyen untuk memilih sesuai dengan keperluan dan budget masing-masing. 

Paling tak dapat dilupakan momen salah seorang bekas rakan sekerja yang bermurah hati bagi pinjam pam susunya kepada Nuha.

Sampai sekarang Nuha sangat berterima kasih dengan beliau dan sentiasa doakan agar rezekinya dilimpah-limpahkan dengan penuh keberkatan. Nuha diberi dengan pam model Medela Swing. Sampai sekarang masih Nuha gunakan pam ini. 

Satu lagi pengalaman penyusuan dari kehamilan yang tak mungkin dapat dilupakan ialah tentang puting tenggelam (inverted nipple). Nuha bersyukur sebab dapat tahu awal dan dapat rujuk kepada nurse awal sejak dari hamil lagi. 

Pesan nurse, urut dan tarik puting keluar setiap kali selepas mandi untuk bantu puting susu keluar. 

Ada pendapat menyatakan jangan guna pam susu untuk bantu puting keluar ketika hamil. Penggunaan pam susu ketika hamil dikatakan boleh merangsang contraction dan situasi ini boleh memberi risiko kepada proses kelahiran pramatang. 

Nuha pasti anda juga punya pengalaman penyusuan tersendiri di fasa kehamilan. Mari kongsikan di ruang komen. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu, produk Shaklee atau jika ingin mendapatkan produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.