Tuesday, 17 September 2019

4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

Berkongsi kisah kejayaan bukan untuk mendabik dada bangga dengan apa yang kita dapat. Mari tengok dari sisi berbeza. Nuha nak berkongsi beberapa kisah kejayaan Nuha sepanjang bersama Shaklee. Apa yang kurang baik kita jadikan iktibar, mana yang baik boleh diambil menjadi inspirasi dan contoh.

Ikuti bagaimana Nuha berjaya relactation dengan sokongan suplemen-suplemen Shaklee, hadiahkan Vivix untuk emak, dapat Youth Starter Pack PERCUMA dan rank up level senior supervisor pada bulan ke empat bersama Shaklee.

4 KISAH KEJAYAAN NUHA DALAM SHAKLEE

Nuha mulakan dengan kejayaan pada diri sendiri. Pada Nuha ini kejayaan peribadi pertama Nuha asbab Shaklee.

BERJAYA RELAKTASI DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE 

Enam tahun lepas Nuha mula ambil produk Shaklee (ESP) atas sebab nak banyakkan susu badan. Nuha letak harapan yang tinggi bila baca testimoni ibu-ibu yang mangamalkan suplemen Shaklee ramai yang berjaya mengumpul stok susu badan. Tapi sayangnya, Nuha agak kecewa apabila hasil yang Nuha dapat tidak seperti orang lain. Rupanya Nuha tersilap!

Nuha berjaya relaktasi Dahlea dengan sokongan produk-produk Shaklee
Nuha silap bila tak tahu serba-serbi tentang penyusuan susu ibu. Macam mana proses penghasilan susu ibu, konsep asas dalam penyusuan, keadaan yang mempengaruhi pengeluaran susu dan macam-macam lagi ilmu dan teknik dalam penyusuan. Nuha ingat suplemen boleh selesaikan masalah penyusuan Nuha. Sangkaan Nuha meleset sama sekali!

Tapi Allah gerakkan Nuha untuk mintak pendapat kawan-kawan senior yang berjaya dalam penyusuan badan. Banyak tip dan sokongan daripada kawan-kawan. Perlahan-lahan Nuha cuba buat apa yang dicadangkan kawan-kawan. Nuha mula google info berkaitan penyusuan.

Dalam masa yang sama, Nuha masih terus minum ESP tiap-tiap hari. Selain ESP, Nuha mula tambah suplemen yang lain juga. Nuha mula faham. Suplemen tidak menjanjikan susu badan melimpah-limpah, tapi suplemen beri nutrisi tambahan kepada badan Nuha supaya badan Nuha lebih bertenaga, lebih tenang, lebih fokus dan happy dengan apa yang Nuha tengah usahakan.

Ya, baru Nuha faham konsep suplemen sebenar masa ni. Suplemen untuk tampung keperluan nutrisi badan kita. Bila badan terima cukup nutrisi, bolehla berfungsi dengan lebih baik.

Alhamdulillah, Nuha berjaya dalam relactation dengan bantuan suplemen-suplemen Shaklee.

HADIAH VIVIX UNTUK EMAK

Bila dah amalkan produk-produk Shaklee, Nuha secara tidak sengaja dah berkongsi pengalaman Nuha guna produk Shaklee pada kawan-kawan. Kawan-kawan mula dapatkan produk Shaklee daripada Nuha. Mula daripada sinilah Nuha mula jana pendapatan dengan Shaklee.

Hasil jualan produk-produk Shaklee, Nuha pernah hadiahkan sebotol Vivix kepada emak. Macam yang awak tahu, Vivix merupakan minuman botanikal ekslusif Shaklee. Nuha yakin, hampir setiap anak berimpian nak beri mak ayah masing-masing vivix. Harga jualan sebotol Vivix RM475.

Hadiah terbaik untuk emak tersayang
Mungkin pada sesetengah orang, hadiahkan Vivix pada mak ayah satu perkara kecil. Mungkin juga ada yang mampu nak hadiahkan yang lebih besar pada emak ayah masing-masing. Tapi bila Nuha tahu kebaikan dan khasiat Vivix, terus Nuha dah pasang niat nak hadiahkan emak Nuha Vivix.

Alhamdulillah, Nuha happy sangat dapat hadiahkan vivix pada emak hasil daripada titik peluh Nuha dengan Shaklee.

YOUTH STARTER PACK PERCUMA

Awak tahu tak Shaklee ada buat Program Jom Shaklee bermula hujung tahun lepas? Program ini terbuka kepada semua yang belum mendaftar keahlian Shaklee.

Welcome to Shaklee. Program ni masih berjalan sehingga akhir bulan 9 2019
Awak pilih salah satu daripada tiga set (rujuk poster) ini dengan potongan harga sebanyak 10%. Awak juga akan dapat keahlian Shaklee percuma, kos penghantaran juga percuma dan rebet tunai 5% dengan belian tadi.

Tawaran ni memang sangat best.

Bagi Pengedar Shaklee yang berjaya mendaftarkan 6 orang ahli baru di bawah organisasinya dan setiap seorang daripada 6 orang ni beli Set Jom Shaklee, pengedar ini akan dapat ganjaran. Apa ganjarannya?

Boleh pilih salah satu daripada set dalam Jom Shaklee. Alhamdulillah, bulan Mei 2019 haritu Nuha cabar diri dan layak dapat ganjaran Shaklee yang ini. Twin pack Vivix, Daily Essential Set ataupun Youth Starter Pack. Pilih nak mana satu.  Nuha betul-betul nakkkk sangat Youth Starter Pack percuma. Bila pihak syarikat telefon tanya Nuha nak set yang mana, terus dengan yakinnya Nuha jawab SAYA NAK YOUTH STARTER PACK!

Youth Starter Pack bernilai RM850 Nuha dapat percuma
 Syukur, Alhamdulillah.

PANGKAT SENIOR SUPERVISOR DALAM SHAKLEE

Alhamdulillah, kejayaan Nuha paling besar sepanjang berbisnes Shaklee abila Nuha daripada level Pengedar Shaklee berjaya naik pangkat ke level pemimpin perniagaan (business leader) pada bulan keempat Nuha bersama Shaklee. Paling Nuha tak sangka rezeki Allah nak bagi,  Nuha terus naik ke level Senior Supervisor. Nuha lahirkan seorang business Leader dan skip terus pangkat Supervisor.

Image result for pangkat dalam shaklee
Nuha skip level Supervisor, terus ke Level Senior Supervisor
Gambar dari: Mardiah.com


Masa ni Nuha memang tak fikir apa dah. Nuha tahu Nuha nak rank up jadi Business Leader. Nuha doa, usaha, pulun habis-habis. Allah maha mendengar. Dia bagi lebih lagi daripada apa yang Nuha minta. 

4 kisah Nuha dalam Shaklee ni antara kenangan terindah Nuha sepanjang berShaklee setakat ini. Mungkin kecil pada orang lain, tapi sangat besar maknanya dalam hidup Nuha. Daripada keempat-empat kisah yang Nuha kongsikan ini, Nuha simpulkan bila kita mahukan sesuatu, terus gerak jangan fikir apa halangan yang kita akan tempuh kat depan. Percaya pada Allah dan percaya pada diri sendiri. Teruskan usaha dan berdoa dengan yakin.

InshaAllah, akan ada sinar kejayaan menanti.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

Kepada awak yang nak buat bisnes terutamanya bisnes Shaklee, just go for it. Melangkah berani. Jom sertai Nuha, kita buat bisnes Shaklee sama-sama. Nuha akan guide awak satu-persatu dari A to Z sampai awak boleh berdikari uruskan bisnes Shaklee awak dan team awak sendiri. Jangan risau, bisnes Shaklee bukan bisnes sorang-sorang. Awak akan sentiasa ada sokongan daripada Nuha dan business leaders lain dalam Group Jutawan.

Peluang jana income Shaklee beri terbuka kepada semua dan semua orang layak untuk mendapatkannya. Tepuk dada tanya hati. Kalau betul mahu pasti ada jalannya. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang bisnes Shaklee and join Team Excellenters bersama-sama Nuha.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

1 comment:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.