Thursday, 26 September 2019

7 Masalah Kesihatan Selesai Dengan Detox

Setiap hari badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan boleh melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ini boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin berlebihan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah sangat penting untuk kesihatan yang optima.

7 MASALAH KESIHATAN SELESAI DENGAN DETOX

Sebelum ni Nuha dah kongsi banyak info detox. Awak boleh baca dalam entri-entri sebelum ni. Detox yang masyarakat kita sangat familiar cuma untuk turunkan berat badan je. Tapi sebenarnya ada banyak masalah kesihatan lain yang dapat diselesaikan dengan detox.

RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT 

Pengumpulan toksin biasanya mengakibatkan kesan seperti berat susah diturunkan dan kita akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan risiko mudah mendapat penyakit kolon dan juga kanser kolorektum.

Masalah Kembung dan Sembelit Selesai dengan Detox
Masalah Kembung dan Sembelit Selesai dengan Detox
Gambar dari: wearable-technologies.com

Dengan berdetox, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, detox juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh.

BADAN LESU DAN TIDAK BERTENAGA

Tubuh badan kita mempunyai organ yang melakukan detox dengan sendiri secara semulajadinya bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses itu sendiri.

Kekurangan tenaga akan mengakibatkan badan cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh badan dipenuhi dengan toksin. 

Dengan berdetox akan membantu dalam menyokong organ-organ detox untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih tenaga dan stamina agar kita dapat buat pelbagai aktiviti yang lebih menyeronokkan.

NAFSU MAKAN BERLEBIHAN

Membersihkan tubuh daripada toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makanan yang sihat dan bernutrisi. Takdelah tekak mengidam makanan manis-manis makanan tak berkhasiat je setiap masa!

KULIT KUSAM KULIT BERJERAWAT

Kulit membantu dalam pembuangan toksin dan kotoran dengan cara berpeluh.

Detox Mencantikkan Kulit Wajah
Kulit Lebih Sihat Berseri Selepas Detox
Gambar dari: edtreatmentplan.com

Apabila sistem serta kelenjar peluh dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat dan ini termasuklah jerawat.

Kalau toksin terkumpul lebih cepat daripada ianya dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah. Dengan berdetox dapat membuang toksin daripada badan dan apabila ia tidak lagi tekumpul, perubahan ketara akan dapat dilihat pada kulit.

SENANG SAKIT


Kehadiran radikal bebas setiap hari akan merosakkan sistem imunisasi dan mengakibatkan keradangan.

Detox dapat membantu tubuh badan untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal bebas, malah badan kita akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semulajadinya.

Baca: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

SUSAH TIDUR

Melalui detox, logam berat berlebihan dalam sistem badan dapat disingkirkan dan membantu badan untuk "re-set" corak tidur dan kita akan menikmati tidur yang lebih lena seterusnya mendapat rehat yang berkualiti.

GEMUK DAN INCI BERLEBIHAN

Berapa ramai yang setiap tahun renew azam nak kurus tapi tak kurus-kurus. Penat tahan nafsu makan alih-alih berat turun berapa gram je. Lepas tu jadi yoyo naik balik berat badan. Naik lebih lagi dari sebelum bertahan makan! Sedih sangat. 


Kurus Mudah dengan Detox
Berat Badan Turun, Inci Badan Hilang

Dengan detox impian nak kurus mudah sangat nak capai dan dengan cara yang sihat. Kita ada banyak proven result hasil daripada detox.

Baca: Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus

Awaklah orangnya yang selama ini tercari-cari penyelesaian untuk masalah di atas. Badan awak perlu kan detox.

Lahirkan tubuh badan baru dengan detox.

Baca: Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan

Hubungi Nuha sekarang untuk book penyertaan awak dalam Program Jom Detox Jutawan 16.0 yang akan bermula 1 Oktober 2019 nanti.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

1 comment:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.