Sunday, 29 September 2019

Mudahnya Buat Bisnes Shaklee Di Hujung Jari

Apabila sebut pasal bisnes, kita mesti terfikirkan kedai. Kat mana kita nak buka kedai, berapa harga sewa bulanan untuk tapak kedai, berapa ribu perlu sediakan modal mula bisnes, modal stok produk dan macam-macam lagi kos untuk mulakan suatu bisnes. Tapi dengan Bisnes Shaklee tak perlukan awak sewa tapak kedai, tak perlukan modal ribu-ribu, tak perlukan stok produk bertimbun-timbun. Segalanya mudah di hujung jari anda. Rebut peluang ini sekarang!

MUDAHNYA BUAT BISNES SHAKLEE DI HUJUNG JARI

Bisnes di hujung jari hari ini pada tahun 2019 dah jadi satu trend dan kerjaya bagi ramai individu. Kalau 10 tahun lepas orang yang bisnes atau jadi penjual online tu suatu yang agak rare, tapi harini ia dah jadi suatu yang normal. Malah sangat bagus sebab mampu beri pendapatan sampingan mahupun pendapatan utama kepada ramai orang termasuklah Nuha sendiri.

Bisnes Shaklee Mudah di Hujung Jari
Bisnes Shaklee Mudah di hujung Jari

Nuha dah kongsi topik ni banyak kali dan Nuha akan terus berkongsi peluang ni supaya lebih ramai lagi insan-insan memerlukan tahu dan ambil peluang yang ada.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

Ada banyak bisnes online awak boleh buat, pilih je mana yang berkenan dan sesuai dengan minat kemudian bolehlah mula buat marketing. Tunggu! Nuha kongsikan hari ini kenapa awak mesti buat bisnes Shaklee.

1- SENTIASA ADA MENTOR SEBAGAI RUJUKAN

Kadang-kadang bila kita nak mulakan sesuatu tu kita blur, tak tahu nak mula macam mana. Ada masa bukan semua perkara kita ada "geng" nak buat sama-sama. Ada sesetengah keadaan yang perlukan kita untuk bergerak sendiri.

Dengan bisnes Shaklee, sentiasa ada mentor yang akan pandu awak mulakan bisnes, latih sampai awak boleh berdikari boleh run bisnes serta kembangkan team sendiri. 

Siapa mentor untuk bisnes Shaklee awak?

Nuha lah!

2- SUPPORT GROUP

Tadi mentor, sekarang support group pula. Bisnes Shaklee ni bisnes berjemaah. Buat bisnes ramai-ramai ni best sebab boleh saling bagi semangat, tukar-tukar idea dan info. Bila meriah kita tengok kawan semangat berbisnes kita pun secara tak langsung akan menggerakkan bisnes kita sendiri.

Dalam keluarga ada mak ayah dan adik beradik, dalam bisnes Shaklee ada mentor dan sidelines dalam support group yang sama.

Sebut pasal support group ni, Nuha di bawah payung besar #Jutawan. Kami ada support group media sosial yang sentiasa aktif dengan kelas-kelas ilmu bisnes dan juga info tentang produk.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

3- 3 STEP MUDAH BISNES SHAKLEE

Relaks tau bisnes Shaklee memang mudah terutamanya untuk orang yang memang dah jadi pengamal Produk-produk Shaklee. Awak dah tahu betapa bestnya produk Shaklee sebab tu awak terus-terus top up produk bila habis kan?

#KesanShaklee tu awak dah rasa. Jadi apa yang awak rasa tu kongsikan kepada lebih ramai orang. Beritahu pada semua ahli keluarga dan kawan-kawan biar mereka semua jadi lebih sihat, lebih bertenaga, lebih cantik macam awak juga.

Baca: 3 Step Mudah Jana Duit Tepi Di Media Sosial

4- MODAL PERMULAAN DI BAWAH RM80

Memang, modal permulaan bisnes Shaklee hanya RM75 saja (kit keahlian dan kos penghantaran kit keahlian). Ramai orang pening kepala bila sebut pasal mulakan bisnes perlukan modal beratus-ratus dan ada juga mencecah ribuan ringgit. Tapi modal permulaan bisnes Shaklee sangat rendah. Bisnes jual produk antarabangsa tapi modal mesra poket.

Peluang yang mesti awak rebut!

Baca: Ada Apa Dengan Shaklee?

Kita berbisnes nak jana pendapatan bukan kerugian. Tapi kalau belum pun mula bisnes perlu laburkan sejumlah modal yang besar, pening kepala juga tu kan. Bisnes Shaklee bisnes modal rendah dan risiko menanggung kerugian pula hampir tiada.

5- TAWARAN PULANGAN BESAR

Modal permulaan rendah, risiko untuk tanggung kerugian pun sangat rendah. Sudahlah macam tu syarikat tawarkan macam-macam bonus pula. Itu tak termasuk untung runcit hasil jualan produk tau.

Bonus peribadi, bonus prestasi kumpulan, bonus sebagai pemimpin perniagaan, bonus kereta, trip melancong percuma pun ada!

Baca lanjut di link di bawah.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

Tahun ni Nuha dah masuk tahun keenam berbisnes Shaklee. Secara peribadi Nuha rasa bisnes Shaklee adalah salah satu pilihan yang tepat Nuha dah buat dalam hidup ini. Nuha akui bisnes Shaklee ada cabarannya yang tersendiri, tapi bisnes lain pun ada cabaran masing-masing. Jadi daripada menjadi pemerhati dan penunggu, mari kita melangkah seiringan berganding bahu bersama Shaklee.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.