Friday, 4 October 2019

Kenapa Semua Orang Perlu Detox?

Terdapat banyak toksin wujud di dalam persekitaran kita. Ia hadir secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia. Udara yang kita sedut, air yang kita teguk, peralatan dan perkakas yang kita guna tiap-tiap hari, tempat yang kita selalu berada. Antara sedar atau tidak kita dikelilingi dengan unsur bukan semula jadi atau unsur racun.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini menjadikan tubuh kita sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ia berfungsi kepada yang lebih teruk lagi. Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan dengan pelbagai masalah dalam perubatan, malah meningkatkan risiko serangan pelbagai jenis penyakit.

SEMUA ORANG PERLU DETOX SEBAB KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Kenapa Semua Orang Perlu Detox?
Semua Orang Perlu Detox
Gambar dari: pngio.com

DETOKSIFIKASI ATAU DETOX

Seringkali kita dengar perbincangan tentang detoksifikasi atau detox, atau terbaca berita tentangnya. Tapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini?

Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita nampak dan rasa lebih hebat.

Apabila kita berdetox, kita sebenarnya membuang racun dan kesemua yang tidak baik daripada sistem tubuh badan kita. 

Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan oleh tubuh badan manusia.

Baca: 7 Masalah Kesihatan Selesai dengan Detox

5 SALURAN UTAMA TOKSIN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

1- PEMAKANAN
Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun biasanya terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

2- UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

Baca: Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

3- AIR
Hujan asid, sisa daripada pencemaran tanah dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia dan juga besi yang merbahaya dan mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan pada organ dalaman.

Jom Detox Jutawan
Pengambilan Air Tercemar Punca Pelbagai Penyakit
Gambar dari: dlpng.com

4- TUBUH BADAN KITA
Setiap hari tubuh badan kita juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja harian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

5- GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih!
Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak daripada yang sedia ada.

Baca: Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan

DETOX MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi, sekiranya tubuh kita membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita perlu detox?

Awak perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memparbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan agar nampak lebih baik, sihat dan segar!

Bayangkan diri kita seperti kereta dimana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak. Namun sehebat mana pun kereta itu, lambat laun ia tetap mengalami kerosakan. Untuk mengekalkan prestasi kereta itu pada peringkat yang optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Tanpa bantuan tambahan, badan kita mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh.

Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox dalam badan.

Artikel asal: www.shaklee.com.my

Sekarang kita dah makin jelas tentang detox, toksin dan keperluan untuk melakukan detox. Kita takkan pernah terlambat untuk ambil langkah baru bagi melahirkan tubuh badan baru yang diidam-idamkan.

Program Jom Detox Jutawan 17.0
Daftar Program Jom Detox Jutawan 17.0 sekarang!

Pendaftaran Program Jom Detox Jutawan ambilan ke 17.0 sudah dibuka. Hubungi Nuha sekarang untuk menyertai program detox terbaik ini.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.